GET BACK IN TRACK!!!

Bapak la lama tak update blog. Bukan bersawang je, dah penuh serangga. 

Alhamdulillah bermula 4 Oktober 2018, aku masuk balik kelas blogging dengan Akademi Bekerja Di Rumah. Dibimbing oleh guru aku yang sangat konsisten menulis blog, Puan Anys Idayu Zakaria.
Aku usahakan masuk kelas ni balik sebab risiko hilang akaun Facebook agak tinggi kan? Sayang la penulisan kat dalam tu semua jika hilang.

So, aku putuskan untuk berblog semula. Khas buat bisnes persendirian yang aku sudah aktifkan lesennya, Ziadah Artwork & Printing Services atau ringkasannya, ZAPS.

ZAPS mengutamakan servis rekagrafik (graphic design) sebagai niche. Ia juga menawarkan servis percetakan pelbagai produk seperti kad kahwin, kad bisnes, surat edaran (flyers), kain-kain rentang (bunting, banner, backdrop), pelbagai pelekat (sticker) dan sebagainya.

Selain itu, ZAPS adalah pengedar dan penjual sah dan berdaftar cenderahati khat dari Khaliframe By Dhuha Rashidi dengan kod pendaftaran DKF180515. Dengan aku, pemilik ZAPS sendiri sebagai salah seorang perekagrafik di Khaliframe.

Alhamdulillah. Oleh kerana aku sangat tak suka guna Instagram kerana kurang ilmu mengenainya, malah bengang sebab lambat faham, aku alihkan fokus aku kepada menulis blog untuk Khaliframe. Daripada aku stress, baiklah aku buat apa yang aku tahu dan faham dulu. Tenang dunia aku.
So, nanti korang sudi-sudikanlah jenguk blogshop aku tu ye. Aku tengah pasang tiang lagi sekarang ni.

Foto: Senarai tugasan yang perlu dibuat. Buku nota wajib sediakan.

Teks dan foto oleh Ziadah Zainal Abidin

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PENGALAMAN SEBAGAI PEMBANTU TADBIR N17 DI SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH, UPM

BERNIAGA KIOSK

PENGALAMAN PERNIAGAAN PERCETAKAN