KELAS CLOROX BISNES BERSAMA BRC.MY

Assalamu'alaikum semua.

Hari ni baru berkesempatan berkongsi nota dari Kelas Clorox Bisnes pada 30 April 2016 lalu. Itupun selepas mendapat keizinan dari pihak BRC. Ambil ilmu, kenalah beradab kan? Kang tak berkat ilmu, kan susah nak serap dalam otak? Betul ke betul? Hehe 

Ini kali kedua saya berguru dengan Tuan Bukhari Ramli selepas kali terakhir bersua di kelas-kelas beliau selama hampir seminggu anjuran HRDF melalui program HEARTS secara percuma pada tahun 2013. Masa tu saya belum faham apa yang cuba disampaikan beliau kerana sangat baru dalam dunia sepak terajang bisnes.

Selepas beberapa tahun ikut rapat setiap post beliau di Facebook dan emel, baru kali ini saya bersedia untuk hadir ke kelas beliau yang berbayar. Saya yakin bayaran saya berbaloi. Saya sempat juga rakamkan hampir keseluruhan pembentangan dan soal jawab kelas sebagai rujukan. Nak rakam guna video, charger tak bawa. Risau pula bateri habis. Kelas sampai jam 5 petang tu. Bateri tak mampu tahan tanpa powerbank.

Sticker Peserta Kelas - saya la tu.

Apa nota saya dapat dalam kelas ini ye? Oleh sebab ini kelas TERAKHIR, kata Tuan Bukhari Ramli, maka ilmu ini saya rasa tak perlu berakhir. Eloklah disebarkan. Jom baca! Catatan ini adalah catatan saya dari buku nota saya dan bukan dari rakaman audio yang telah saya buat. Rakaman tersebut saya takkan sebar dan akan saya buang. Harap maklum.

***
NOTA 1
a) Kenapa kita tak dapat apa yang kita nak?
- Kerana kebanyakan kita tak sanggup bayar harga benda yang kita nak tu. Bayar di sini bermaksud bayar dengan usaha. Bukan wang semata-mata.
- Kerana kita tak tahu apa kita mahu sebenarnya.

b) Fikir untuk diri sendiri.
- Kita sepatutnya DESIGN HIDUP SENDIRI.

c) Jangan ikut orang.
- Jangan terpengaruh dengan agenda orang. Hati-hati!
- Berhenti jadi buah catur orang lain.
- Bila kita tidak tahu apa kita mahu, kita ikut orang.

d) Buka minda eksplorasi.
- Kita mesti TERANG dan JELAS apa yang KITA MAHU.

NOTA 2
Apa yang kita perlukan?
a) Matlamat
- Tanya diri kita, apa kita akan buat kalau tidak perlu bekerja untuk duit?
- Tanya diri kita, apa kita akan buat kalau takde duit?
b) Ilmu
c) Pelan Tindakan
d) Buat / laksanakan
e) Selesaikan masalah

Kenapa buat bisnes?
- Kita mesti bezakan matlamat bisnes dan peribadi supaya tak rompak bisnes sendiri.
- Design bisnes ikut matlamat yang kita mahu.
- Musuh terbesar dan paling besar adalah DIRI SENDIRI!!!

NOTA 3
1. Jujur tahap brutal.
- Mula dengan kesedaran.
- Jujur dengan diri sendiri.
- Terang dan jelas.
- Tanya diri: Apa benda yang selama ini kita tipu diri kita dan apa kebenaran yang paling brutal?

2. Ketololan dalam kepala
- kefahaman yang kita simpan lama.
- Antidot ketololan ini ialah kita patut persoalkan kesemuanya, be skeptic dan consider the opposite.
- Tanya diri: Apakah ketololan dalam kepala kita sekarang?

3. Tingkatkan keyakinan hapuskan ketakutan.
- Cara hapus takut adalah mindset (cara fikir).
- Senaraikan apa perlu belajar dan buat, kemudian cari cara untuk buat.
- Kalau korang takut gagal, jangan risau. Korang CONFIRM GAGAL. Jadi, rancang kegagalan.
- Ada 2 jenis gagal iaitu gagal kerana tak buat dan kerana cuba buat. Pilihan di tangan kita.
- Tanya diri: korang akan belajar semua sampai semak kepala, kemudian baru laksanakan ATAU belajar satu-satu sambil laksanakan?

Pernah dengar REGRET MINIMIZATION FRAMEWORK? Ini akan membantu kita:
- Kurangkan penyesalan akibat bertangguh atau tak buat.
- Keyakinan meningkat bila ada kejayaan mikro (kecil).
- Pilihlah antara nak tunggu yakin baru nak buat ATAU buat sikit dulu baru datang yakin.
- Bayangkan: jika kita hero, master, tahu semua, fikir apa kita akan buat?

4. Kerisauan - Buang!
- Tanda risau ialah banyak komplen dan banyak alasan.
- Kita patut fokus pada PERKARA YANG KITA BOLEH KAWAL.
- Lupakan perkara yang kita tak boleh kawal.
- Gunakan teknik SIMPAN RISAU.

5. Buat keputusan yang betul.
- Kenapa buat keputusan salah? Sebab kita TIADA PENGALAMAN.
- Dapatkan rujukan / ilmu.
- Gunakan First Principle Method iaitu guna benda paling asas.
- Gunakan Feynman Method iaitu 5 kali KENAPA dan keterangannya. Kemudian buat keputusan dengan mempertimbangkan kesan sebaliknya.
- Bersedia untuk terima kesalahan.

NOTA 4
Fokus:
- Buang semua perkara tidak penting.
- Tinggalkan perkara yang PENTING sahaja.
- Penting = tak boleh kalau tak ada.
- Jangan buat SEMUA benda!
- Tanya diri: Benda ni perlu ke tak?

Contoh: Produk yang boleh selesaikan masalah berbeza, fokus 1 masalah 1 iklan. Jangan senaraikan SEMUA.

NOTA 5
Ilmu memilih ilmu:
- Kenapa information overload? Sebab semua benda kita nak belajar.
- Teknik pilih ilmu ialah sekodeng di mana (ilmu kita takat mana), ke mana nak pergi dan apa kita PERLU untuk ke sana.

NOTA 6
Battle plan:
- 2 prinsip penting iaitu TITIK KEGAGALAN dan SAFETY FACTOR.
- Titik kegagalan / failure point mesti dikenalpasti.
- Pastikan juga faktor keselamatan yang besar.
- Buat!
- Mulakan kecil supaya dapat MOMENTUM.
- Buat tapi tak sempurna lagi elok daripada sempurna tapi tak buat.

Tanya diri:
- Apa yang anda mahu mulakan?
- Apa perkara paling kecil anda boleh buat untuk mula?

Teknik Pandang Luar Tingkap (Paksa Diri) - Ulang hingga 4 jam.
1. Set masa - 30 minit.
2. Masa tamat - 10 minit.
3. Set masa - 30 minit.

Buat versus belajar:
1. Buat sambil belajar.
2. Belajar sikit, buat. Buat, belajar lagi.

NOTA 7
Motivasi:
- Nak buat, buat je! Tak perlu tunggu semangat datang.
- Fokus pada SISTEM, bukan motivasi.

Sistem:
- Jadual kerja.
- Tabiat.
- Aturan kerja.

Minat/Passion:
- Tak salah tapi kena periksa betul-betul.
- Contoh: Little Cafe Syndrome atau Street Coffee atau Kopi Hipster dan sebagainya yang pernah viral sebelum ini adalah perangkap MINAT.
- Sepatutnya kita master (mahir) dulu, baru datang passion!

Teknik Batu Loncatan:
- Kuasai skill yang bernilai tinggi.
- Kumpul poin untuk ke level seterusnya.
- Fokus pada PROSES iaitu apa kerja terbaik boleh dibuat kali ini.

Tanya diri:
- Apa bakat / skill anda?
- Apa anda boleh buat untuk ke tahap seterusnya?

NOTA 8
Hadapi ketakutan:
- Apa perkara lebih teruk yang boleh berlaku?
- Jadi?
- Boleh terima atau tidak?
- Nak buat atau tidak?
- Buat!

Konsisten:
- Build long attention span.
- Embrace boredom.

Putus asa:
- Elakkan putus asa sebelum waktu dan elakkan terus dalam sesat.
- Mesti tahu bila perlu teruskan dan bila perlu berhenti.

NOTA 9
Teknik Highway versus Bisnes
- Partner masalah: Quit.
- RM Cashflow masalah: Quit.

Tengok BERAPA BESAR masalah dalam bisnes.

One Metric That Matters (OMTM)
- Contoh: McD gunakan visitor/guest count untuk mengukur perniagaan mereka.
- Tanya diri dalam bisnes kita apa yang patut diukur dan kenapa.

NOTA 10
Pilih Jalan Yang Betul:
- Soalan
- Ilmu
- Guru

Bezakan apa kita mahu dan apa kita perlu ATAU pencapaian dan "acah-acah" pencapaian.

NOTA 11
Sistem Produktiviti Mudah:

1. 2 rutin:
- Boot Up (pagi) - review dan update, matlamat jangka panjang, rancang hari ini, bezakan busy dan produktif. Masa: 30 minit hingga 1 jam.
- Shut Down (malam) - postmortem dan rancang esok hari. Masa: 30 minit hingga 1 jam.

2. Kunci: hentikan tabiat buruk.

3. Buat Boot Up dan Shut Down ini setiap hari selama 30 HARI!

NOTA 12
1. Dapatkan Pelanggan Sebelum Jual.
- Siapa pelanggan?
- Apa mereka mahu?

2, Restructure semula syarikat
- supaya bisnes tak "melekat".
- bezakan produksi dan kapasiti produksi.

3. Jualan bukan bisnes!
- Hasil versus keupayaan penghasilan.
- Bisnes kena tentukan untuk BINA bisnes.

NOTA 13
Apa Itu Bisnes?

1. Serius ATAU main-main?
- Fikir bagaimana nak kembangkan.
- Terus daftar dalam SDN BHD!!

2. Enterprise
- Bukan SYARIKAT.
- Lesen perniagaan.

3. Elak rugi lebih penting.

4. Elak failure point.

5. Peluang datang macam bas. Selalu ada.

NOTA 14
Customer Avatar / Profile
- Mesti simpan.
- Contoh: Gambar, nama, gaji dan sebagainya.
- Stalk fb mereka atau apa saja.
- Assumption > Update assumption > 3 advertisement.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PENGALAMAN SEBAGAI PEMBANTU TADBIR N17 DI SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH, UPM

BERNIAGA KIOSK

PENGALAMAN PERNIAGAAN PERCETAKAN