SISTEM AKAUN TERBAIK

Saya baru saja selesai merekodkan transaksi kewangan saya untuk tahun 2014 melalui sistem akaun yang saya sewa di niagawan.com.

Dari dulu saya mula berniaga saya tercari-cari sistem akaun seperti ini. Apatah lagi saya memang aliran perakaunan semasa sekolah menengah dan pengetahuan mengenai prinsip akaun diserap lagi semasa menjejak kaki ke kolej-kolej.

Saya tidak pandai cipta sendiri sistem begini walaupun saya pelajar perakaunan dulu yang dapat markah CGPA 4.0 untuk subjek akaun ini. Malah saya teruskan membeli dan mencari sistem yang sangat menepati imaginasi saya.  Agak perfectionist kan?

Ya. Walaupun markah 4 flat dalam subjek akaun tapi kalau dah hampir 10 tahun tak pernah amalkan, confirm jadi kosong semula kan bila nak guna ilmu tu untuk bisnes sendiri? Itulah yang terjadi pada saya.  Sebab tu saya tak pernah dapat kembangkan bisnes. Akaun berterabur! Bisnes sendu, hidup segan mati tak mahu.

Untuk kawan-kawan yang baru nak belajar buat duit, saya sangat sarankan anda sewa sistem akaun ini. 100% bahasa Melayu. Tutorial yang diberi melalui video YouTube juga sangat terperinci penerangannya. Macam masuk kelas akaun masa sekolah menengah dulu pula. 

Serius saya suka sangat sistem akaun ni. Dapat juga selesaikan penyata kewangan saya yang tahun 2014 dulu. Gila lama cari sistem sempurna macam ni. Haha

Lantaklah. Asalkan LHDN tak kejar dan denda sudahlah.

Sebelum ni saya berulang-kali cuba buat sendiri akaun guna Microsoft Excel. Masalahnya, saya sering terkeliru sebab ada transaksi yang tiada resit, ada yang saya tidak tahu nak letak kategori apa, dan sebagainya yang membuatkan saya taip padam taip padam apa yang saya rekodkan. Hahaha 

OK la. Nanti sambung rekod untuk tahun 2015 dan 2016 pula. Banyak tu... Harap boleh siap sebelum Isnin sebab nak bawa ke LHDN.  Ini semua berpunca dari BR1M la ni. Ada hikmah kami sekeluarga tak dapat BR1M rupanya. 

Dah siap laporan semua ni, rasanya boleh dapat ke tak BR1M tu ye?  Tanya je... 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PENGALAMAN SEBAGAI PEMBANTU TADBIR N17 DI SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH, UPM

BERNIAGA KIOSK

AKU JUAL MASA