HATI BAHAGIA

Sinopsis cerita hari ni bermula dengan aku yang selsema sikit. Menjelang tengahari, sambil siapkan design tempahan urgent pelanggan setia, aku dah mula tak sedap badan. The Forth (anak aku yang ke-empat) juga begitu. Selsema teruk.

Anak kecil ni, bila tak sihat lagilah kuat melekap dengan maknya. Asyik mengamuk je dia kat aku bila aku dekat dengan laptop. ~^O^~ Bila baring takde pula dia nak mengempeng. Ditinggalnya kita sesorang atas katil tu. -_-

Tengahari lepas Zohor, encik suami bawa balik KFC untuk anak-anak. Sangkanya aku tak masak. Rezeki. Syukur jelah.*^▁^* Dah kenyang semua, aku tak boleh tahan dah selsema teruk sangat. Telan sebiji chlorphenoramine maleate. Tidur terus. Adik ipar datang rumah pun aku tak layan. ^_^¦¦¦ Dia yang layan anak-anak aku. Siap bawa ke taman.(*¯︶¯*)

Sedar dari tidur (aku tidur lepas solat Asar), jam dah 6.30 petang. Badan semua sakit oi! Tak nak bangun rasanya. ^_^|| Tapi tak boleh. Kena bangun juga. Mandi dan cuba kemas rumah. Tak mampu pula. Dapat jemur kain je. Waktu Maghrib pula tu! ^_^||

Lepak dengar berita jam 8, pastu solat Isyak, terus masuk bilik. Minta suami urutkan kaki. Tak boleh tahan rasa sakit. Suami pun tak larat sama. ^_^¦¦¦ So, aku guna mesin urut kaki yang mak aku pinjamkan beberapa bulan lalu. Lama juga mengurut kaki sambil melayan kerenah The Forth yang tak sudah-sudah cuba pakaikan seluar abang dia kat kaki aku.^O^

Masa tengah urut tu, The First pula minta izin ikut adik ipar aku balik rumah mertua aku. Aku on je. Bukan selalu dia ke sana. Lagipun banyak benda dia boleh belajar di kampung. Lepas adiknya, The Second tidur, baru dia bergerak keluar. The First ni lebih banyak ciri-ciri aku yang sangat sukakan privasi.

Lepas aku habis berurut, aku tidurkan The Forth. Mujur dia mahu. Dah tidur, aku masuk ke SOHO aku. Tujuannya nak padam laptop. Aku perasan ada terselit nota di bawah laptop aku. The First yang meninggalkan nota tu rupanya. Cuba korang tengok gambar. Comel je. Hilang sikit sakit aku rasanya. *^▁^*

Aku balas dan ambil gambar kat bawah tu. Kemudian aku hantar ke Whatsapp adik ipar. Seronok betul The First baca.

Ok la. Aku dah sakit kepala dah ni. Nak kena rehat lagi. Semoga esok lebih baik dari hari ini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PENGALAMAN SEBAGAI PEMBANTU TADBIR N17 DI SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH, UPM

BERNIAGA KIOSK

PENGALAMAN PERNIAGAAN PERCETAKAN