Catatan

PDPR, COVID, BISNES & KOMITMEN KELUARGA. AM I BURNING OUT?

Last entri aku, pada Mac 2021. Aduhai diri... Sukar benar kau konsisten ye? Mujurlah solat wajib dapat konsisten. 😣 Salam, pembaca (entah ada yang baca entah tidak) 🤣🤣🤣. Tapi menaip di blog ni seronok sebab macam tulis diari. Takde sesiapa boleh judge  kalau kau jenis tak famous . KAH KAH KAH Kalau kat Facebook, sekejap tu juga kena cop macam-macam. Huhuhu Aku menaip ni jam dah 4 pagi. Dah beberapa hari otak aku serabut sebab banyak sangat orang share lubang-lubang meniaga. 😅 Gila kau! Nasiblah aku dah insaf nak jual semua benda. 🤣🤣🤣 Tapi dalam masa serabut tu, otak tetap berfungsi. Dok fikir strategi dan kerja-kerja bisnes yang tergendala atas alasan keluarga. Kejap. NO NO NO!!! Keluarga bukan alasan ye. Keluarga ialah AMANAH ALLAH. 😬 Ingat kalau tak dikurniakan anak-anak atau suami atau isteri, kita semua ni akan usaha lebih ke? Tepuk dahi tanya memori. 😎 Jangan tipu diri ye. Aku lost  sekejap sebab dunia Malaysia yang tengah sibuk dengan Covid ni sangat menyesakka...

KAWAN & KELUARGA MENJAUH BILA MENJUAL?

Imej
Ramai orang selalu tulis, kawan-kawan menghilang bila mereka mula buka mulut untuk menjual. Bagi aku pula, selepas beberapa tahun masuk dunia perniagaan dengan bermacam jenis bisnes yang aku cuba, buat aku kurang setuju dengan apa saja ayat yang menyatakan kawan dan keluarga hilang kerana menjual. Pada pemerhatian aku, ia bukan kerana kita menjual. Sebaliknya, ia kerana teknik yang kita gunakan dan pelanggan yang kita patut dekati. Contoh gambar bawah ni. Ini gambar aku dan rakan lama di sekolah menengah dulu. Dia agen insurans dan juga peniaga online . Masa aku berniaga rekagrafik dan percetakan, dia tak pernah tempah apa-apa. Kenapa? Sebab tiada keperluan atau kehendak dia di situ. Masa aku promosikan minyak Bubble Belly juga dia tak beli. Sebaliknya, ahli keluarga aku yang beli. Kenapa? Diulang sekali lagi. Sebab belum atau tidak berkeperluan. Bila aku mula berniaga coklat Chocodap's, dia orang pertama membeli. Kenapa? 1. Dia pernah beli dengan orang lain. 2. Dia tahu rasa cokla...

CUBAAN BISNES DENGAN CHOCODAP'S

Imej
Ini gambar semalam (19 Mac 2021). Masa ni blackout . Memang aku dah jadualkan nak bungkus coklat semalam. Tapi petang tu hingga ke malam, blackout . Itulah cabaran pertama aku dengan bisnes Chocodap's ni. Ini pula gambar anak sulung (aku gelar The First) aku membantu membungkus Chocodap's. Seronok pula dia guna timbang tu. Selesai membungkus, The First tak sabar nak menjual. Pagi ni, dia cuba menjual keliling kampung. Tapi jam 11 pagi, mana ada sesiapa lalu-lalang. Orang ramai sibuk memasak di dapur masa tu atau keluar ke pekan/bandar. Dia tak putus asa. 😊 Dia kata jam 5 petang nanti nak cuba jual lagi. Sebab jam 5 petang ramai orang berkeliaran bermain di luar rumah. Bijak! Aku pun rasa tak sabar nak tengok hasilnya. Petang ni pun aku memang nak COD Chocodap's ke Kajang. Kalau kawan yang membeli tu nak join, ok juga. 😄 Aku join bawah tunjuk ajar kakak sepupu (isteri abang sepupu aku kira kakak sepupu la juga kan?). Dia dah jadi king dalam Chocodap...

KEMBALI BERBLOG

Salam'alaik pembaca. Dah lama aku tak update blog ni. Apa mimpi tiba-tiba masuk blog? Well... Lately aku mula diserang tanda anxiety disorder semula. Mungkin kerana terlalu penat dan stress. Sejak anak mula bersekolah, aku ambil alih jawatan pemandu anak-anak ke sekolah. Jadi, beban kerja aku bertambah. Buat design biasanya aku dapat juga sentuh waktu siang, sekarang dah susah. Aku terpaksa berjaga sampai 3 pagi untuk siapkan tempahan. Setiap hari selama seminggu aku tidur jam 3 pagi dan bangun jam 6 pagi. Sediakan sarapan apa adanya, terus hantar anak-anak ke sekolah. Selesai hantar anak, balik rumah kemas seluruh rumah (sapu, kutip, basuh dsbnya). Lepas tu, sidai baju dan siapkan makanan untuk tengahari (sekali malam). Biasanya masa aku tengah nak siapkan menu tengahari tu la baby buat perangai. Dan aku yang tak cukup rehat ni, layan je la dia. Sampai satu tahap, setiap kali dia merengek, aku bukan jadi simpati. Aku rasa nak baling ke dinding. 😢 Kadang aku rasa nak mati. Asyik f...

AKU JUAL MASA

Imej
Memang tengah malam & pagi buta je aku dapat masuk opis rumah. Selebihnya dengan dorang ni la. Aku tak takut rugi customer lari sebab aku lambat reply / lambat siapkan design. Sebab ada kerugian lebih besar kalau aku follow je "customer is king" tu. Ada je customer yang aku refund duit dia.  Antara sebabnya: 1. Terlalu complicated untuk ikut & faham selera design dia. Ubah design ikut dia pun, tak kena je. End up, "Awak bagi nombor akaun. Saya refund duit awak. Cari orang lain yea." 2. Tak sabar & nak cepat. Yang jenis ni, kalau aku tengah sibuk, memang aku bagi bluetick je. Agak² hati aku panas sebab asyik kena push, aku minta nombor akaun & bagi balik duit dia. Sebenarnya dalam dunia niaga ni, kita bukan jual kemahiran/produk/servis. Kita jual MASA KITA untuk memudahkan pembeli. Pembeli takde masa nak buat design, kita buatkan. Freelance graphic designer. Pembeli takde masa nak siapkan bahan mentah untuk produk dia, kita sediakan. Pembe...

TAK MUNGKIN BOLEH KEKAL KEMAS SELAGI ADA ANAK SEDANG MEMBESAR

Aku dah faham kenapa dulu ada surirumah yang kata jangan risau kalau susun atur jadual, perabot & sebagainya agak serabai. Sebab keadaan akan sentiasa berubah setiap kali bertambah anak dan anak semakin membesar. Dari pengurusan masa hinggalah susun atur perabot. Lambat juga aku faham. Ambil masa 11 tahun. 😂😂😂 Dari #TheFirst lahir aku cuba macam-macam cara untuk stay organized. But in the end... It doesn't even matter... Eh ternyanyi lak. 😆😆😆 Ni baru selesai setup buai, alih almari & laci baju dengan encik suami. Terus rasa bantal hotel murah tu memanggil-manggil. 😴😌

AJAR ANAK SEKARANG SUPAYA MUDAH KITA DI HARI BERUSIA

Imej
Aku dah serik kena bentan. So, hari ni, ajarlah #TheFirst buat kerja dapur & macam-macam kerja rumahtangga. Bukan hari ni je baru nak ajar kerja gini. Cuma hari ni baru aku ajar dia cara siang sayur ni. Bila ajar dia buat ni, teringat masa kecik aku dulu. Mak ajar masak sayur sawi ni. Umur sebaya dia rasanya. 🤔 Apa yang mak ajar, tu la kemahiran hidup yang aku guna sampai sekarang. Cuma sekarang dah bertambah la sebab banyak belajar dengan mertua juga. Aku tak guna kemahiran tu masa remaja tau. Masa umur aku 18 tahun ke 20 tahun gitu, kemahiran tu memang tak guna. Sebab aku jenis tak kenal rumah masa tu. Aku kenal komputer & kawan-kawan je. Lepas habis belajar, dah menikah, barulah kemahiran tu aku guna dan tambah baik. 😄 Ajar anak sekarang, supaya nanti kita dah berusia, mereka tahu apa nak buat pula. Kan?

BENTAN SEMASA PANTANG BERSALIN

Imej
Pernah kau buat bersauna macam ni? Ni pagi tadi punya gambar. Dengan kepala aku sekali masuk dalam tu. 😆😆😆 Ada la rupa kura-kura jap sebab kejap keluar kepala kejap masuk balik. Bila keluar kepala, sejuk oi! Gelak la kan. Nampak kelakar. Aku pun gelak tengok gambar diri sendiri. Tapi sakit bentan tu, aku dan sape yang pernah kena je la tau macam mana leganya dapat masuk bersauna dalam tu. Lega dia sama macam aku duduk kat dapur, buka api dapur tu, berdiri je depan api tu. Macam orang Eropah yang suka pasang unggun api tu. Nak kehangatan semata-mata. Tak pernah seumur hidup aku kena bentan dalam pantang. Sekali kena, ambik! Derita tu, kau je tau. Orang lain nampak kau biasa-biasa je. Boleh berjalan, bergerak, masak, mengemas bagai. Muka kau macam biasa je. Tak nampak sakit pun. Lagi-lagi anak kecil macam #TheForth tu, tak faham Mama sakit lagi. Main terjah je Mama dia, pijak kaki Mama, panjat Mama... Allahu... Menahan je wei! Huhuhu Tahan punya tahan, haaa ini la maka...

KONSISTEN & ISTIQOMAH = REZEKI

Wow! Dah Februari 2020! Yup! 14 FEBRUARI 2020! Baru terhegeh-hegeh Ziad ni nak update blog ni. Ya Allah, istiqomah atau konsisten ni memang perlu dipaksa diri bertindak selama 40 hari ke atas, barulah melekat tindakan tu untuk buat setiap hari. Ternyatalah sikap konsisten itu adalah REZEKI juga ye. Perkara paling sukar untuk diubah adalah perkara yang sebati bertahun-tahun dalam diri. Sikap bertangguh terutamanya. Selagi rasa tenang, selesa, selagi tu la bertangguh. Hai lah diri!!! Kau lebih baik dari ini! Bangkit! Bertindak lebih konsisten! Barulah kau semakin berjaya.

DO I HAVE ANXIETY DISORDER?

Malam ni, ditakdirkan rajin pula nak membaca mesej-mesej grup. Baru-baru ni tak sengaja terima pelawaan seorang coach psychology untuk masuk ke grup whatsapp beliau. Mula-mula Ziad buat tak tau je mesej dalam tu. Sekadar respon bila diminta saja. Tapi sejak beberapa hari ni, rasa malas yang melampau, bosan dan give up. Kemuncaknya pagi tadi, ada airmata mengalir yang tak tahu puncanya kenapa. Entah sebab bisnes yang rasa stuck sebab komitmen kekeluargaan sangat tinggi sebagai seorang surirumah atau bosan terpaksa mengharap bantuan keluarga untuk urusan luar rumah. Malam ni, coach buka topik anxiety disorder. Bila Ziad jawab soalan diagnosis coach, nampaknya Ziad juga ada masalah ini. Alhamdulillah sahaja atas apapun ujian Allah beri. Ziad mungkin perlukan guru ini. Sekian lama meninggalkan dunia terapi, mungkin sudah tiba masa merawat diri lagi.

SEMINAR MARKETING LUARBIASA 2019

Imej
Alhamdulillah. Malam ni tergerak untuk menaip di blog ini. Bukan sekadar ingin berkongsi apa yang aku belajar di #MLB2019. Tapi juga alu nak kongsi sedikit pengalaman yang aku lalui sebelum aku dapat "terbang" keluar "sangkar tidak berkunci". Sebelum aku berkongsi, aku nak ucapkan terima kasih kepada: 1. Allah s.w.t - kerana memenuhi impian tahun 2018 aku dan banyak doa yang termakbul. 2. Puan Dhuha Rashidi - kerana membuka peluang aku pecahkan tembok ketakutan menjual secara live fb melalui Leader Live Fb Challenge di #KhaliFrameByDR. 3. Nasyrah Zainal Abidin - adik aku yang paling selalu ada di saat aku jatuh dan bangkit. Susah dan senang. 4. Suami aku - yang telah mendoakan dan mengizinkan aku berniaga di rumah untuk meringankan beban di bahunya. 5. Ayah dan mak aku - kerana sentiasa mengikuti perkembangan aku dalam diam. Syukur atas kurniaan Allah s.w.t. -------------------------------- Perkongsian mengenai MLB pula.  Selfie dulu s...

MESEJ & WAJAH BAHAGIA OKTOBER 2018

Imej
         Alhamdulillah.  Alhamdulillah

ANYS IDAYU ZAKARIA

Imej
Dah 4 tahun rupanya kita berjodoh, cikgu. Banyak perubahan diri yang terjadi sejak kita berkawan. Alhamdulillah. Semoga hubungan ini dalam rahmat Allah. Guru blog yang mengubah persepsi aku tentang rezeki. Kenal melalui sebuah transaksi jual-beli buku "Mudahnya Menjemput Rezeki" tulisan Ustaz Fathuri Salehuddin.💞

TIPS BISNES ONLINE

Berbisnes secara online ni selalunya tidak memerlukan kita keluar rumah dan bersusah-payah demi mendapatkan pelanggan. Tapi ada sedikit tips yang sudah lama saya amalkan dalam berbisnes secara online ni. 1) PELANGGAN ALLAH YANG HANTAR Ya atau tidak, tanyakan jauh di dalam hati anda. Tak mungkin seseorang pelanggan itu mahu membeli dengan kita jika bukan kerana Allah telah gerakkan hatinya untuk berurusan dengan kita. Bukan kita saja yang menjual produk kan? 2) ALLAH BOLEH HANTAR MELALUI FB & TANPA FB Pernah tak, kita buat sesuatu kraf untuk kegunaan sendiri, tiba-tiba ada seseorang yang tertarik dengan hasil tangan kita tu. Dengan tak semena-mena dia jadi pelanggan pertama kita. 3) JANGAN GENTAR TINGGALKAN FB Ya. Jangan gentar. Jangan rasa terlalu perlukan fb. Percayalah. Yang kita patut gentar ialah bila kita mula leka dengan hasil hingga meninggalkan Allah seinci demi seinci. 4) BILAMANA WAKTU SOLAT SUDAH TIBA. Sebagai penjual, kita sangat perlu dekat dengan Allah. Kerana...

SUPERSALE KHALIFRAME SEPTEMBER 2018

Imej
Tahniah semua ejen dan leader  Khaliframe

JOB DESIGN PERTAMA DARI KHALIFRAME

Imej
Pagi-pagi dah mengadap muka Puan Dhuha Rashidi, bos dan juga founder  Khaliframe. Dia bagi gambar seketul-seketul muka dia pegang cenderahati khat Khaliframe. Minta tolong aku buatkan design untuk posting testimoni Khaliframe. Siap bagi contoh dan draf. Aku memang suka sangat bila pelanggan bagi draf dan contoh dia sendiri sebab aku tak payah susah-payah fikir dia nak warna apa, nak susun macam mana. Mempercepatkan kerja-kerja aku untuk beralih kepada tempahan pelanggan lain. Menyanyi aku buat design yang 1 ni. Maklumlah, founder  tu senyum je kan. Hihihi Gambar founder Khaliframe yang sudah dibuang background. Ni la jadinya lepas aku design. Syukur siap cepat dan draf diterima dengan minor correction . Hihihi