CUBAAN BISNES DENGAN CHOCODAP'S


Ini gambar semalam (19 Mac 2021). Masa ni blackout. Memang aku dah jadualkan nak bungkus coklat semalam. Tapi petang tu hingga ke malam, blackout.

Itulah cabaran pertama aku dengan bisnes Chocodap's ni.

Ini pula gambar anak sulung (aku gelar The First) aku membantu membungkus Chocodap's. Seronok pula dia guna timbang tu.

Selesai membungkus, The First tak sabar nak menjual. Pagi ni, dia cuba menjual keliling kampung. Tapi jam 11 pagi, mana ada sesiapa lalu-lalang. Orang ramai sibuk memasak di dapur masa tu atau keluar ke pekan/bandar.

Dia tak putus asa. 😊 Dia kata jam 5 petang nanti nak cuba jual lagi. Sebab jam 5 petang ramai orang berkeliaran bermain di luar rumah. Bijak! Aku pun rasa tak sabar nak tengok hasilnya.

Petang ni pun aku memang nak COD Chocodap's ke Kajang. Kalau kawan yang membeli tu nak join, ok juga. 😄

Aku join bawah tunjuk ajar kakak sepupu (isteri abang sepupu aku kira kakak sepupu la juga kan?). Dia dah jadi king dalam Chocodap's ni. Aku baru level captain je. 😁

Baru beberapa minggu aku join Chocodap's ni. Alhamdulillah. Seronok. Lagipun dapat la hilangkan stress dengan coklat ni. Tak payah aku nak tunggu suami belikan kat mana-mana kedai. Hehehe... Tapi yang penting, kena la masukkan juga duit sebagai jualan walaupun sendiri makan.

Coklat paling dicari, coklat badam susu atau lebih dikenali dengan nama Almond Milk. Sampai berebut agen borong dari HQ.

Korang kalau nak join, boleh je whatsapp aku kat wasap.my/601118578412/Chocodaps .

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PENGALAMAN SEBAGAI PEMBANTU TADBIR N17 DI SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH, UPM

BERNIAGA KIOSK

AKU JUAL MASA