KEMBALI BERBLOG

Salam'alaik pembaca.

Dah lama aku tak update blog ni. Apa mimpi tiba-tiba masuk blog?

Well... Lately aku mula diserang tanda anxiety disorder semula. Mungkin kerana terlalu penat dan stress.

Sejak anak mula bersekolah, aku ambil alih jawatan pemandu anak-anak ke sekolah. Jadi, beban kerja aku bertambah.

Buat design biasanya aku dapat juga sentuh waktu siang, sekarang dah susah. Aku terpaksa berjaga sampai 3 pagi untuk siapkan tempahan.

Setiap hari selama seminggu aku tidur jam 3 pagi dan bangun jam 6 pagi. Sediakan sarapan apa adanya, terus hantar anak-anak ke sekolah. Selesai hantar anak, balik rumah kemas seluruh rumah (sapu, kutip, basuh dsbnya). Lepas tu, sidai baju dan siapkan makanan untuk tengahari (sekali malam).

Biasanya masa aku tengah nak siapkan menu tengahari tu la baby buat perangai. Dan aku yang tak cukup rehat ni, layan je la dia.

Sampai satu tahap, setiap kali dia merengek, aku bukan jadi simpati. Aku rasa nak baling ke dinding. 😢 Kadang aku rasa nak mati. Asyik fikir mati lagi baik. Kadang tu, jantung aku laju sekejap.

Jadi, aku cuba elakkan penggunaan media sosial seperti Facebook. Sebab ia mampu beri trigger yang lebih teruk jika aku salah lihat atau baca status.

Aman juga hidup tiada Facebook. Letih membaca masalah orang lain. 😅

Apa pun, di sinilah aku mahu menulis apa saja terlintas. Cukuplah di blog ini buat waktu ini. Aku belun stabil untuk teruskan bersosial di Facebook. Lagipun, tiada siapa akan komen benda yang aku taknak baca. 😁

#ZAPStory

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PENGALAMAN SEBAGAI PEMBANTU TADBIR N17 DI SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH, UPM

BERNIAGA KIOSK

PENGALAMAN PERNIAGAAN PERCETAKAN