PDPR, COVID, BISNES & KOMITMEN KELUARGA. AM I BURNING OUT?

Last entri aku, pada Mac 2021. Aduhai diri... Sukar benar kau konsisten ye? Mujurlah solat wajib dapat konsisten. 😣

Salam, pembaca (entah ada yang baca entah tidak) 🤣🤣🤣.

Tapi menaip di blog ni seronok sebab macam tulis diari. Takde sesiapa boleh judge kalau kau jenis tak famous. KAH KAH KAH

Kalau kat Facebook, sekejap tu juga kena cop macam-macam. Huhuhu

Aku menaip ni jam dah 4 pagi. Dah beberapa hari otak aku serabut sebab banyak sangat orang share lubang-lubang meniaga. 😅 Gila kau! Nasiblah aku dah insaf nak jual semua benda. 🤣🤣🤣

Tapi dalam masa serabut tu, otak tetap berfungsi. Dok fikir strategi dan kerja-kerja bisnes yang tergendala atas alasan keluarga. Kejap. NO NO NO!!!

Keluarga bukan alasan ye. Keluarga ialah AMANAH ALLAH. 😬 Ingat kalau tak dikurniakan anak-anak atau suami atau isteri, kita semua ni akan usaha lebih ke? Tepuk dahi tanya memori. 😎 Jangan tipu diri ye.

Aku lost sekejap sebab dunia Malaysia yang tengah sibuk dengan Covid ni sangat menyesakkan kepala otak aku.

Sejak Malaysia diumumkan lockdown, bisnes coklat Chocodap's aku turun jualannya. Mungkin sebab aku terlalu bergantung kepada hasil jualan kat sekolah anak-anak sebelum ni. 😪 Setiap hari lockdown dan PKP, merugikan aku RM50 sehari.

Sekarang bisnes aku yang paling kekal, ZAPS (Ziadah Artwork & Printing Services). Tapi itu juga bergantung banyak kat sorang pelanggan tetap aku. 😣 Kalau dia jumpa designer lebih baik dari aku, gigit jarilah aku sekejap sementara nak laksanakan strategi menaikkan jualan. 😫 Eeee... Janganlah... Komitmen untuk bayar hutang masih banyak. Bil-bil pun banyak. 😭

Dapat bantuan GKP pun, banyak habis bayar bil dan beli gajet untuk anak-anak PdPR. Anak aku 3 orang sekolah. Sorang 1 gajet smartphone. Tu pun harga RM290 satu. 3 anak, dah dekat RM1000 weh! Ngam-ngam la tu duit GKP 3.0.

Duit GKP sebelum ni habis buat bayar akauntan. Tu pun paling murah dah akauntan yang aku dapat tu. Paling murah, jujur dan sangat membantu. Siap jadi wakil aku pergi submit laporan kat LHDN.

Baru nak masuk 3 tahun usia ZAPS. Mana ada laporannya catat nombor positif. Negatif sesaje. 🤣🤣🤣

Bak kata Dr.Azizan, MENGISI MASA LAPANG!!! 😂😂😂 Pedih tetapi benar.

Tahun 2020 punya laporan, aku belum dapat siapkan. Baru 1% je rekod dokumen. 😅 Nak upah akauntan, duit dah habis. Hahaha kesian.

Entahlah... Sekarang ni aku malas nak sakitkan otak dan hati sendiri. Follow the flow aje la...

Yang pasti, Allah berikan KECUKUPAN. 😊

Sekian. Thanks yang sudi baca. 😘

Klik hashtag di bawah ni untuk maklumat perjalanan bisnes aku.
#ZAPStory
#ChocodapStory

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PENGALAMAN SEBAGAI PEMBANTU TADBIR N17 DI SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH, UPM

BERNIAGA KIOSK

PENGALAMAN PERNIAGAAN PERCETAKAN