KAWAN & KELUARGA MENJAUH BILA MENJUAL?

Ramai orang selalu tulis, kawan-kawan menghilang bila mereka mula buka mulut untuk menjual.

Bagi aku pula, selepas beberapa tahun masuk dunia perniagaan dengan bermacam jenis bisnes yang aku cuba, buat aku kurang setuju dengan apa saja ayat yang menyatakan kawan dan keluarga hilang kerana menjual.

Pada pemerhatian aku, ia bukan kerana kita menjual. Sebaliknya, ia kerana teknik yang kita gunakan dan pelanggan yang kita patut dekati.

Contoh gambar bawah ni. Ini gambar aku dan rakan lama di sekolah menengah dulu. Dia agen insurans dan juga peniaga online.

Masa aku berniaga rekagrafik dan percetakan, dia tak pernah tempah apa-apa. Kenapa? Sebab tiada keperluan atau kehendak dia di situ.

Masa aku promosikan minyak Bubble Belly juga dia tak beli. Sebaliknya, ahli keluarga aku yang beli. Kenapa? Diulang sekali lagi. Sebab belum atau tidak berkeperluan.

Bila aku mula berniaga coklat Chocodap's, dia orang pertama membeli. Kenapa?
1. Dia pernah beli dengan orang lain.
2. Dia tahu rasa coklat kegemaran dia.
3. Dia rasa ia perlu ada sentiasa sebagai bekal kecemasan (terutama di dalam kereta).

Rakan atau ahli keluarga kita sebenarnya bukanlah tidak suka kita menjual apa-apa pada mereka. Tapi mereka belum ada apa yang mereka perlukan dari kita ATAU bahasa yang kita gunakan tidak menarik mereka untuk berurusan dengan kita.

Jadi, berhenti bersangka buruk dengan orang sekeliling kita. Insya-Allah. Ada rezeki untuk kita. 😊

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PENGALAMAN SEBAGAI PEMBANTU TADBIR N17 DI SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH, UPM

BERNIAGA KIOSK

AKU JUAL MASA