Catatan

6 TIPS URUS MASA SURI GAYA ZZA

Imej
Dunia moden kini, walaupun isteri ada pembantu-pembantu elektronik yang memendekkan masa bekerja di rumah supaya isteri dapat meluangkan masa dengan anak-anak pula, ternyata ia tidak semudah yang disangka dan dimahukan. Sebenarnya kita mahu tersusun setiap pergerakan mengikut rutin, seperti mana kita ada jadual untuk diikuti semasa sekolah dahulu mahupun ketika tinggal di asrama. Sejujurnya, kita memang sangat memerlukan jadual rutin harian dan mesti ditampal di tempat yang sering kita melepak hingga leka dan terlepas waktu tertentu. Tidak perlu terlalu fikir hiasannya seperti pelekat dan sebagainya. Cukup dengan konsisten mengikut jadual. Jika mahu hias seperti kebanyakan WAHM di negara Barat juga boleh. Sekadar menyedapkan mata memandang. Ramai isteri dan suri yang mengeluh kerana tidak dapat fokus sesuatu perkara. Lebih-lebih lagi jika punya anak kecil sekitar usia baru lahir hingga 4 tahun. Hatta ingin menulis atau menaip blog juga terencat kerana si kecil mahukan perhatia...

DULU DAN KINI: PEMBANTU ISTERI

Mungkin kita pernah baca tentang isteri zaman nabi dulu yang ada pembantu/khadam. Hari ini saya berfikir sekejap bezanya pembantu untuk isteri zaman dulu dengan isteri zaman sekarang. Zaman dulu tidak wujud peralatan rumah  seperti mesin basuh, seterika, vakum, periuk nasi elektrik, air paip terus ke rumah dan sebagainya. Jadi, pembantu isteri adalah dari kalangan kaum keluarga atau orang gaji untuk membantu samada mengambil air di sungai, mengemas, membasuh, memasak dan sebagainya. Zaman sekarang, peralatan rumah adalah pembantu utama para isteri. Masa isteri juga menjadi lebih banyak terluang untuk anak-anak dengan adanya pembantu-pembantu elektrik ini. Apa saya nak sampaikan adalah sebenarnya kita sudah ada pembantu di rumah untuk meringankan kerja-kerja urusan rumahtangga. Sebenarnya yang perlu kita fokus adalah pengurusan masa untuk menjadualkan tugasan harian. Gagal urus masa, serabutlah jadinya. Jadi, kita sediakan pembantu-pembantu diperlukan dan tentukan masa kita s...

DIALOG MEKAH BERSAMA MUHAMMAD AIMAN

Imej
Sumber foto: Google Melihat gambar Kaabah dikelilingi manusia-manusia terpilih. Aiman dan Akif menyelit di kiri kanan ikut melihat. Mama: Cantik kan? Aiman: Cantik. Aiman nak pergilah. Mama: Pergilah... Aiman: Jauh tak, ma? Camane nak gi sana, ma? Mama: Jauh... kena naik kapal terbang. Aiman: Aiman nak naik kapal terbang. Akif: Naik kapal terbang, jatuh nanti camane? Mama: Akif, kalau naik kapal terbang, nak pergi sana, kalau jatuh, mati, dapat masuk syurga. Aiman: Kalau tak mati? Mama: Kalau tak mati, masuk hospital...  Hehehe ********* Suatu hari nanti, saya akan rindukan bual bicara bersama anak-anak kecil ini. Terima kasih Allah atas kurnia Mu ini. Tanpa mereka, saya pasti masih leka dalam dunia yang penuh maksiat. Astaghfirullahal azim.

PENGALAMAN PERNIAGAAN PERCETAKAN

Imej
Teks: Ziadah Zainal Abidin Foto: Koleksi persendirian Hari ni Facebook mengingatkan saya perniagaan percetakan saya pada tahun lepas. Setahun sudah berlalu. Sayang sekali kerana saya terpaksa lepaskan syarikat kerana tidak menang tangan menguruskan syarikat 'hampir bersendirian'. Dengan visi saya menubuhkan syarikat percetakan untuk menjana pendapatan berpanjangan bersama adik-beradik perempuan saya supaya seandainya berlaku sesuatu di dalam keluarga, kami tidak terkapai-kapai berjuang sendirian, saya daftarkan syarikat di bawah nama Legasi Cetak dengan bantuan suami. Syarikat kami dianggotai oleh saya, ibu saya, adik-adik perempuan saya dan suami. Penglibatan ibu saya adalah sebagai penasihat. Adik perempuan saya, Angah saya letakkan di bahagian jualan kerana dia lebih pakar dalam bidang jualan. Seorang lagi adik perempuan, Alya, saya letakkan di bahagian pereka grafik atas kepakarannya dalam bidang itu. Suami pula saya letakkan di bahagian kerja-kerja 'atas jalan raya...

PENGALAMAN BERMAIN SIDE DRUM PANCARAGAM

Imej
Tahun 2003. Saya tinggal di asrama sekolah  persendirian. Jadual padat. Penuh aktiviti. Seawal jam 5 pagi hingga 9 malam. Manisnya kenangan di situ ketika itu, saya adalah pemain alat muzik side drum . Setiap hari jam 2 petang, selepas solat Zuhur, kami akan berlatih beramai-ramai. Lagu-lagu patriotik dan lagu-lagu lama sekitar 60-an akan dimainkan bagi memantapkan dendangan dan melatih ahli pasukan baru. Jika cuaca baik dan tiada tanda-tanda akan hujan, kami akan berlatih formasi pancaragam sambil memainkan lagu-lagu yang diberi. Seronok walau sangat meletihkan. Bukan saja letih. Warna kulit juga bertukar dari cerah kepada gelap. Latihan juga akan disambung pada waktu malam selepas solat Isyak sekiranya kami mendapat tempahan persembahan dari orang luar. Biasanya mereka yang menempah adalah dari sekolah berdekatan, badan kerajaan dan pasukan bola sepak. Kami akan dibayar sebanyak RM50 seorang setiap kali membuat persembahan. Menjadi pemain side drum bukan sesuatu yang mudah. K...

BAWA MAK MERTUA MAKAN-MAKAN DI DATARAN NILAI

Imej
Pagi Jumaat yang nyaman dan sejuk dimulai dengan syukur. Galau hati beberapa hari lalu semakin berlalu bersama sakit yang makin beransur pulih. Alhamdulillah. Tiga hari ini si dia mengambil alih sebahagian tugas rutin rumahtangga memandangkan kesakitan yang menyapa mengganggu emosi dan mentaliti. Menikmati sarapan mee goreng mamak hasil air tangan si dia, itulah yang ditunggu saat hari berkumpulnya keluarga kami. Indah nan riuh dengan suara nyaring anak-anak syurga menggamat suasana. Siapa tahu sampai bila dapat didengari riuhnya mereka. Alhamdulillah. Tika mentari tegak di kepala, baru tersedar nasi di periuk belum ditanak. Lauk tengahari masih membeku. Allah. Leka sungguh berusaha menyediakan bahan mengajar anak-anak hingga tidak sedar sudah lewat waktu. Buru-buru menyiapkan sekadar tumisan cendawan tiram bersama buncis serta sambal ayam goreng. Sementara menanti hidangan tengahari, si dia mengajak anak-anak syurga ke surau menunaikan solat Jumaat. Tepat waktu habis sola...

RUTIN UTAMA SELEPAS MAGHRIB

Imej
Ini buku yang saya beli di sebuah kedai buku di Pasaraya Tesco Semenyih beberapa bulan lalu. Hajat di hati mahu mengajar anak-anak al-Quran dan sunnah sekaligus turut sama belajar. Kebetulan pula ibu mertua tertarik untuk membacanya. Jadi, saya pinjamkan buku ini kepadanya dengan berat hati. Berat hati sebab saya juga teringin membacanya sambil mengajarkan pada anak-anak. Ahad lalu saya tanyakan kepada ibu mertua samada dia masih gunakan atau tidak buku ini. Alhamdulillah. Katanya, tidak lagi. Saya pun bawa pulang. Hari ini baru dapat saya kongsikan dengan anda semua ilustrasi muka hadapannya. Rasanya jika saya buka kumpulan untuk sama-sama baca dan mengajar kepada anak-anak, ada tak yang mahu menyertai? Atau saya cipta satu e-book untuk belajar dan mengajar anak-anak secara santai? Atau cipta bahan cetak? Berangan sekejap. Haha Dalam jadual rutin harian yang telah saya cetak semalam saya ada letakkan aktiviti selepas solat Maghrib ialah belajar al-Quran dan sunnah. Ia ada...