UJIAN ITU INDAH
Teks: Ziadah Zainal Abidin Sumber: Persendirian Entri: 7 Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Hari ini mungkin terlalu awal saya menaip di sini. Ketika orang lain sedang lena diulit mimpi, saya pula sukar tidur kerana anak bongsu yang terganggu kesihatannya, dijangkiti demam dan selsema. Kasihan mendengar bunyi nafasnya yang tidak selesa. Selepas saya usahakan melapangkan rongga hidungnya dengan menyedut hingusnya menggunakan alat khas, barulah dia boleh tidur lena. Saya pula yang sukar lelapkan mata semula. Anak kedua yang baru sembuh dari demam selsema juga mula didatangi selsema semula. Mungkin kerana antibodi yang kurang kuat kerana tidak mengamalkan makanan sunnah dan tidak minum susu lagi. Hanya minum minuman coklat yang seiras Milo sahaja. Saya juga mula didatangi selsema kembali selepas 2 hari pulih. Mungkin kerana Projek April saya menyusun atur dan membersihkan rumah. Suami juga begitu. Melayan kerenah saya yang suka menyusun atur perabot, kejap di sana, kejap di ...