TIPS ROBERT KIYOSAKI
Ini adalah perkongsian dari majlis Robert Kiyosaki, Master of Wealth yang diadakan pada 10 hingga 11 November 2015 di One World Hotel, PJ.
- Untuk berjaya, dengar pendapat isteri anda.
- Jika anda mahu mencapai kebebasan kewangan, anda mesti mengumpul aset.
- Orang Kaya tidak takut membuat kesilapan.
- Kebanyakan orang yang berjaya di atas dunia ini melakukan kesalahan yang sangat teruk dan mereka belajar dari kesalahan itu.
- Jangan rasa bodoh apabila melakukan kesilapan.
- Orang Miskin tidak pernah meminta tolong, orang kaya selalu meminta tolong dari orang lain.
- Dua minda adalah lebih baik dari satu minda.
- Orang Kaya selalu bekerjasama dengan pakar-pakar dari bidang berlainan.
- Jangan simpan duit dalam pemasaran saham, risikonya sangat tinggi.
- Anda boleh menjadi penduduk global dan membuat duit sekeliling dunia.
- Fokus, fokus & fokus atas pengumpulan aset.
- Aset adalah perniagaan, hartanah, kertas dan komoditi.
- Liabiliti adalah rumah dan kenderaan.
- Orang miskin bekerja setiap hari untuk makanan dan perlindungan, orang kelas pertengahan fokus mendapatkan kenderaan dan rumah lebih baik sementara orang kaya fokus atas pengumpulan aset dan aliran tunai yang positif.
- Urus aliran tunai anda. Boleh anda urus aliran tunai anda?
- Biarkan aset membayar liabiliti.
- Tonton "The Man Who Can See The Future", video berdurasi 4 minit tentang ramalan Robert Kiyosaki atas kejatuhan pasaran terbesar tahun 2016 di richdad.com.
- Keruntuhan ekonomi terbesar akan menjelang pada tahun 2016. Hanya beberapa bulan lagi.
- Kerana cetakan wang terbesar sepanjang masa di Amerika Syarikat.
- Kerana kuasa membeli USD sedang jatuh.
- Mampukah kerajaan membantu anda? Jawapannya tidak. Kenapa? USA kini dalam hutang sebanyak 62 trilion!
- Apa yang mereka jual beli dalam pasaran saham dan forex bukan wang sebenat. Perniagaan dan hartanah, emas fizikal dan perak adalah wang sebenar.
- Cara ekonomi kini bekerja adalah tidak sama dengan sebelum ini.
- Defisit sepatutnya memandu percambahan ekonomi global. Pembalikannya menerangkan kenapa ekonomi global sekarang sangat lemah.
- Bon-bon kerajaan mencalonkan kertas dolar.
- Amerika Syarikat mengeksport wang, sebelumnya digunakan untuk mengembalikan emas, tetapi tidak lagi.
- Amerika Syarikat terus mencetak lebih banyak wang dan bukan berasaskan emas.
- Semua wang ini, pergi ke Jepun, ekonomi Jepun meletup, buih-buih meletup dan ekonomi Jepun masih tidak pulih, tidak meningkat sama sekali sejak 1993.
- Perkara sama berlaku di China. China kini mengalami kemelesetan.
- Apabila anda terus mencetak wang, negara penghasil komoditi seperti Malaysia jatuh.
- Pinjaman-pinjaman bank diperketatkan semenjak krisis bermula. Orang yang diberi pinjam wang juga kehilangan wang.
- China kurang membeli, semua pasaran baru menderita.
- Ringgit sudah hilang 30% nilainya berbanding dollar sejak 2012.
- Ia menjadikan barangan yang diimport Malaysia semakin mahal.
- Apa yang kita jual kurang bernilai.
- China mempunyai krisis yang sangat serius kini. Mereka dalam peralihan.
- 80% orang di China memperoleh kurang dari $10 sehari.
- China akan menurunkan nilai matawang mereka tidak lama lagi.
- USD akan meningkat.
- Kadar faedah meningkat dan dollar akan menjadi lebih kuat.
- Semua barangan buatan China akan menjadi murah 5%.
- Jualan pasaran saham selari penurunan nilai matawang China.
- Jika anda menyimpan dalam ringgit, anda dalam masalah besar.
- Ini kerana sistem kita dipandu oleh pengembangan kredit.
- Ekonomi akan meleset semula pada tahun akan datang.
- Kerana wang kertas akan menurun.
- Orang kaya tidak bekerja untuk wang.
- Penyimpan adalah perugi.
- Rumah bukanlah aset, hartanah barulah aset.
Sumber: Telegram Channel Wan Muhd Ali.
Ulasan
Catat Ulasan