MENAIP - Hobi Dan Kegilaan Yang Bermanfaat
Teks: Ziadah Zainal Abidin
Entri: 4
Sumber Rujukan: Pengalaman dan laman amirul.my/tips-menaip-dengan-pantas/
Sumber Gambar:
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Hari ini saya ingin kongsi mengapa saya minat menaip, tips menaip pantas sehingga pernah bercita-cita menjadi kerani, sedangkan saya memperolehi Diploma. Cita-cita yang suami saya sendiri berpendapat agak pelik sebab saya boleh saja jadi kerani walaupun tanpa memegang Diploma. Saya pun tak faham kenapa saya minat sangat menaip dan bercita-cita demikian. Masa tu saya cuma sangka kerja kerani hanya menaip. Bila dah kerja baru tahu kerja kerani bukan setakat menaip tetapi juga termasuk komunikasi dengan pelanggan, mengetahui dan menghafal barangan kilang, mencetak dokumen, membuat kira-kira dan sebagainya.
Saya minat bidang menaip dan menulis sejak kali pertama ayah saya beli komputer. Jika tidak salah, umur saya ketika itu dalam lingkungan 10 hingga 11 tahun. Waktu cuti sekolah saya gunakan untuk belajar menggunakan Microsoft Office melalui buku yang difotokopi semasa ibu saya diarah mengikuti kursus yang disarankan jabatannya. Dari situ saya mula minat aplikasi komputer dan belajar menaip sendiri.
Untuk mahir menaip dengan pantas, latihan adalah perkara utama. Apa-apa ilmu pun memerlukan latihan untuk lebih mahir. Ikuti tips berikut:
1. Hafal posisi abjad pada papan kekunci (keyboard). Mulakan menaip dengan hanya sebelah tangan yang biasa digunakan untuk membuat sebarang kerja.
2. Setelah mahir menggunakan tangan kanan, gunakan pula tangan kiri untuk menaip. Jangan gunakan tangan kanan.
3. Selepas mahir dengan kedua-dua belah tangan, cuba menaip dengan menggunakan kedua-dua belah tangan.
4. Gunakan 4 jari kecuali ibu jari. Tangan kiri mengawal huruf A, S, D dan F. Tangan kanan mengawal huruf H, J, K dan L.
5. Ibu jari gunakan untuk menekan butang SPACE dan ALT.
6. Mahirkan dengan selalu menaip.
Ada satu rahsia mahir menaip lagi. Saya seorang gamers. Jadi, saya akan cuba mana-mana game yang menarik minat saya. Salah satu game yang paling menarik minat saya adalah Typer Shark Deluxe. Ia salah satu cara untuk mahir menaip dengan pantas. Jangan tanya saya bagaimana mendapatkan game ini. Anda hanya perlu menaip nama game tersebut di carian Google. Saya sertakan gambar di bawah.
Daripada main game yang tidak memberi kemahiran dan kebaikan, baik main game macam ni. Ini hanya pemdapat saya. Pilihan di tangan anda. Selamat berusaha semua. Terima kasih sudi baca.

- www.gamehouse.com (gambar 1)
- games.brothersoft.com (gambar 2)
- us.boonty.com (gambar 3)

![]() |
Gambar 1 |
![]() |
Gambar 3 |
Daripada main game yang tidak memberi kemahiran dan kebaikan, baik main game macam ni. Ini hanya pemdapat saya. Pilihan di tangan anda. Selamat berusaha semua. Terima kasih sudi baca.
Ulasan
Catat Ulasan