SUSUN ATUR MASA - Langkah Pertama Menjadi WAHM

Teks: Ziadah Zainal Abidin
Sumber: Pengalaman
Entri: 3

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Pasti ramai kaum-kaum ibu yang bimbang dengan kos sara hidup tahun 2015 ini. Mulalah masing-masing cari peluang jana pendapatan sampingan samada online mahupun offline. Bila dah mula menjana pendapatan sampingan walaupun sekecil RM5, niat hati mula nak berhenti kerja dan fokus sepenuh masa.

Guru saya nasihatkan, JANGAN! Selagi belum mampu menjana pendapatan minima RM100 sehari, jangan berhenti kerja. Sebab apa? Pengurusan masa di rumah memerlukan disiplin diri yang tinggi. Saya sudah bertahun-tahun menjadi surirumah sepenuh masa dan hanya berpeluang bekerja paling lama 3 bulan dalam setiap syarikat atau badan perkhidmatan awam. Pengalaman ini sudah cukup untuk saya bandingkan perbezaan menjadi ibu yang bekerja dari rumah (work at home mom) dengan bekerja dengan orang. Sangat jauh beza pengurusan masanya dan kemungkinan gagal adalah tinggi jika anda seorang yang kurang disiplin.

Sebagai langkah pertama, saya memulakan dengan menyusun atur senarai rutin harian saya. Saya kemudian gabungkan senarai rutin harian saya dengan senarai rutin mingguan saya menjadi senarai rutin bulanan. Kenapa senarai? Tak sama ke dengan jadual? TIDAK. Ia tidak sama. Senarai memudahkan saya mengikut tanpa perlu memandang jam. Jadual pula memerlukan saya sentiasa melihat jam dan menjadikan saya panik untuk menyelesaikan tugas jika tidak sempat. Apabila saya panik, saya hilang fokus dan cepat marah.

Rutin harian saya adalah perkara yang selalu saya lakukan setiap hari termasuk waktu solat. Rutin mingguan pula adalah cabaran saya untuk mengekalkan kebersihan dan susun atur rumah yang kemas. Gabungan kedua-duanya, saya jadikan rutin bulanan. Saya tetapkan setiap hari untuk melupuskan 7 benda/barang yang tidak digunakan. Jika setiap bulan diteruskan begini, waktu mengemas semakin pendek dan menyusun atur menjadi semakin mudah.

Saya gunakan aplikasi Google Keep untuk merealisasikan senarai rutin saya. Mudah. Percuma. Cepat. Teknologi masa kini yang sangat saya suka. Anda patut mencubanya.

Terima kasih sudi membaca hingga habis. Assalamualaikum.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PENGALAMAN SEBAGAI PEMBANTU TADBIR N17 DI SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH, UPM

BERNIAGA KIOSK

PUSAT RAWATAN AL-HABIB