Catatan

MESEJ GURU YANG KELIHATAN STRESS

Imej
Teks: Ziadah Zainal Abidin Sumber Gambar: Printscreen Facebook Puan Ainon Entri: 32 Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tengahari ini selepas solat zuhur, saya berbaring sambil menyusukan Aleef. Sambil itu saya baca status-status yang tersiar di Facebook. Terbaca status Puan Ainon yang agak menarik perhatian saya. Saya tertarik dengan dua perkataan terakhir di bahagian bawah sekali status ini. CIKGU STRESS. Pagi semalam semasa saya sedang memasak, saya dihubungi cikgu kelas Aiman melalui aplikasi Whatsapp. "Sudah jumpa pemadam Aiman. Tukang bersih sekolah yang jumpa." Pelik juga saya rasa. Apa agaknya masalah guru ni? Macam tak puas hati dengan saya. Saya balas "Neneknya sudah belikan sepeket pemadam untuk Aiman. Kami halalkan saja pemadam-pemadam yang hilang sebelum ni." Guru tersebut membalas "Terima kasih kerana memahami." Saya fikir apa tujuan guru tersebut mesej saya mengenai pemadam Aiman yang sekerat tu ye? Perlu ke? Atau ad...

YOSH.MY

Imej
Teks: Ziadah Zainal Abidin Sumber Gambar: www.yosh.my dan Facebook Entri: 31 Alhamdulillah untuk udara dan nafas yang masih lancar hari ini. Semalam saya terbaca iklan pencarian vendor dari sebuah perniagaan online dropship yang pertama kali saya ceburi bertahun dahulu. Yosh.my namanya yang disingkatkan dari perkataan Your Online Shopping Hub. Pemiliknya adalah seorang anak muda bernama Adly Mukhtar. Masih terbayang-bayang di mata saya gaya Yosh! yang dipersembahkan di atas pentas beberapa tahun lalu. Permulaan yang membuat saya mengambil tindakan drastik menyertai seminar usahawan beliau bersama Aqif Azizan dan Hasbul Ariff di Universiti Islam Antarabangsa pada tahun 2010 (jika tidak salah) adalah harga seminar yang ditawarkan. Saya jumpa iklan mereka di dalam suratkhabar Harian Metro jika tidak salah ingatan. Mereka menawarkan harga hanya serendah RM50 seorang. Itulah pertama kali saya bertemu usahawan-usahawan muda ini dan mula berkecimpung dalam dunia internet. Say...

MANDI LAUT DI PORT DICKSON - SEKELUARGA BERKUMPUL

Imej
Teks: Ziadah Zainal Abidin Entri: 30 Alhamdulillah kerana masih bernafas di pagi yang ceria ini. Kelmarin sudah bersetuju membawa ibu mertua dan adik-adik ipar berkelah ke Port Dickson, Negeri Sembilan hari ini. Ibu mertua awal-awal sudah berpesan untuk datang menjemputnya sekitar jam 9 pagi. Dia tidak mahu diganggu awal pagi kerana mahu memasak sendiri makanan untuk berkelah nanti. Kalau kami datang awal, dia bimbang cucu-cucu lasaknya akan ikut 'membantu'. Jadi, saya pun sekadar menyiapkan sarapan pagi roti putih diintikan dengan madu dan air coklat jenama 1 Malaysia. Selesai sediakan sarapan, saya mandikan anak-anak dengan dibantu suami. Sambil itu saya menyiapkan beg pakaian untuk kami mandi-manda nanti. Suami saya pula membasuh kereta. Anak-anak pula menunggu di depan televisyen. Ketika sedang bersiap-siap, ada pula hamba Allah yang berminat menawarkan saya untuk menjadi penulis e-book. Surya Sufie namanya. Saya pun tidak ingat bagaimana saya berkenalan denganny...

KORBAN MASA DEMI SESUAP NASI KE MULUT KAMI - TERIMA KASIH AWAK

Imej
Teks: Ziadah Zainal Abidin Entri: 29 Assalamualaikum dan salam sejahtera. Seawal jam 5.00 pagi Aiman sudah bangun. Saya sedang menyusukan Aleef lagi. Ibu mertua saya yang perasan kelibat Aiman di ruang tamu, segera menyuruhnya kembali masuk ke bilik kerana bimbang jika dia berbaring di kerusi di ruang tamu, dia akan diserang nyamuk. Segera dia masuk ke bilik dan sambung tidur. Ibu mertua saya baru selesai sahur dan sedang bersiap untuk ke masjid. Tepat jam 6.00 pagi, saya segera membersihkan diri. Saya kemudiannya mengejutkan Aiman yang masih tidur. Sedang saya bersiap-siap mahu solat, terdengar bunyi motosikal ibu mertua dari kejauhan. Baru pulang dari berjemaah di masjid berdekatan. Saya bertanya Aiman samada mahu saya mandikan atau tidak. Dia jawab mahu tunggu neneknya mandikan. Ibu mertua saya memang melayan cucunya begini. Semua dibuatkannya. Walaupun Aiman sudah berusia 6 tahun, masih dia mahu suapkan Aiman dan mandikannya. Katanya mahu cucunya ingat jasanya sepert...

BERSAMA ANAK-ANAK DI RUMAH MERTUA

Imej
Teks: Ziadah Zainal Abidin Entri: 28 Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pagi ini saya tersedar jam 5 ketika terdengar bunyi orang mandi di bilik air. Pastinya ibu mertua saya. Aleef juga terjaga mahu menyusu. Saya yang masih mamai segera menyusukannya. Aiman pula bangun awal pagi ini penuh semangat. Saya dengar suara ibu mertua saya menyiapkannya ke sekolah dan menyuruh Aiman bersalam dengan saya dahulu sebelum ke sekolah. Saya yang masih menyusukan Aleef pastilah dengan senyuman mencambah semangat buat Aiman, menyambut salamnya dengan peluk cium yang sudah lama saya teringin buat sejak awal dia masuk sekolah. Maklumlah dia terpaksa tinggal dengan neneknya kerana sekolahnya berdekatan dengan rumah neneknya. Nampak air muka semangat Aiman yang senyum saja melangkah le sekolah bersama neneknya. Akif yang sudah turut terjaga dari tidur pula meminta mahu menonton Super Mario dan Ultraman di YouTube. Sukar juga mahu mengajar dia faham rumah neneknya tiada talian internet. Sehi...

URUSAN PENDAFTARAN SEKOLAH ANAK TAHUN 1

Imej
Teks: Ziadah Zainal Abidin Entri: 27 Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pagi ini terlepas Subuh. Cuaca sejuklah katakan. Bangun pagi jam sudah menunjukkan pukul 7 pagi. Selepas qadha solat Subuh, segera saya mandikan anak-anak. Hari ini perlu ke kedai fotostat untuk membuat salinan sijil kelahiran Muhammad Aiman, membeli sampul surat bersaiz A4 dan membawa dokumen ke sekolah baru yang Aiman bakal daftar. Selepas menyediakan susu untuk Akif, saya dan Akif bersarapan biskut kering sahaja. Mujur Akif tidak banyak kerenah makan. Apa saya sediakan hari ini, dimakan sahaja. Selesai sarapan baru saya susukan Aleef. Ruamnya masih tidak hilang. Jam 8 pagi masih belum nampak batang hidung ibu mertua saya. Saya segera menelefon. Manalah tahu ibu mertua saya lupa. Katanya selepas bersarapan bersama ayah mertua barulah dia akan ke rumah saya. Tanggungjawab sebagai isteri taat masih sempat dia tunaikan. Hebat mertua saya ini. Begitulah kata hati saya. Jam 9.30 pagi ibu mertua ...

3 LANGKAH PERTAMA BINA BLOG

Imej
Teks: Ziadah Zainal Abidin Sumber: Koleksi Peribadi dan Google Entri: 26 Tahukah anda hanya dengan 3 langkah sahaja anda sudah boleh mula membina blog sendiri? Saya pasti semua orang mempunyai akaun Google memandangkan kebanyakan orang mempunyai telefon pintar. Ya. 3 langkah sahaja iaitu: Ikuti selanjutnya bersama Akademi Bekerja Di Rumah. Hubungi saya.