MESEJ GURU YANG KELIHATAN STRESS

Teks: Ziadah Zainal Abidin
Sumber Gambar: Printscreen Facebook Puan Ainon
Entri: 32

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tengahari ini selepas solat zuhur, saya berbaring sambil menyusukan Aleef. Sambil itu saya baca status-status yang tersiar di Facebook. Terbaca status Puan Ainon yang agak menarik perhatian saya. Saya tertarik dengan dua perkataan terakhir di bahagian bawah sekali status ini. CIKGU STRESS.


Pagi semalam semasa saya sedang memasak, saya dihubungi cikgu kelas Aiman melalui aplikasi Whatsapp. "Sudah jumpa pemadam Aiman. Tukang bersih sekolah yang jumpa."

Pelik juga saya rasa. Apa agaknya masalah guru ni? Macam tak puas hati dengan saya. Saya balas "Neneknya sudah belikan sepeket pemadam untuk Aiman. Kami halalkan saja pemadam-pemadam yang hilang sebelum ni."

Guru tersebut membalas "Terima kasih kerana memahami."

Saya fikir apa tujuan guru tersebut mesej saya mengenai pemadam Aiman yang sekerat tu ye? Perlu ke? Atau ada masalah lain?

Saya balas mesejnya "Sedangkan anak tiga orang di rumah pun tak menang tangan, inikan pula murid yang berbelas atau berpuluh orang." Memang tidak saya nafikan kenyataan saya ini adalah dilema semua suri dan surarumah.

Akhirnya saya dapat tahu apa masalahnya guru ini melalui mesejnya. "Tu la. Kadang rasa nak pencen je."

Jawapan ini memang saya tak duga sama sekali. Bagaimana seorang guru yang tidak lagi seronok mengajar, menyebarkan ilmu dengan penuh ikhlas? Itu fikir saya.

Saya akhirnya hanya balas "Selawat banyak-banyak bila rasa stress. Insya-Allah akan tenang." Sambil dalam hati berdoa guru tersebut dikurniakan sifat sabar dalam memberi ilmu kepada murid-muridnya terutama yang jenis kuat menangis seperti anak saya, Aiman.

Alhamdulillah. Petang ni bertambah lagi hari gembira. Membawa anak-anak ke taman permainan kesukaan mereka. Seronok betul masing-masing. Maaflah. Saya tiada dalam gambar. Saya memang tidak gemar 'berselfie'.

Saya boleh lihat perkembangan anak sulung saya Muhammad Aiman ketika bermain bersama kanak-kanak lain. Perkara yang saya tidak pernah ajar dia adalah bertanya nama orang lain dengan baik. Sebaliknya ayah dan neneknya yang mengajar teknik komunikasi ini. Selain belajar komunikasi, saya lihat dia lebih gemar berkawan dengan kanak-kanak perempuan. Begitu juga yang sering diberitahu kepada saya oleh ayahnya setiap kali menghantar dan mengambilnya dari sekolah PASTI tahun lepas. Tahun ini, neneknya yang memantau perkembangannya di sekolah.

Aktiviti petang bersama sekeluarga.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PENGALAMAN SEBAGAI PEMBANTU TADBIR N17 DI SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH, UPM

BERNIAGA KIOSK

PENGALAMAN PERNIAGAAN PERCETAKAN