Catatan

2017 - TAHUN TAMBAH NILAI BUAT SURI

✅Pernah tak mengeluh harga barang-barang naik? Duit elaun suami bagi tak pernah naik atau tak pernah ada? 😭😂✅ Pernah tak berasa rendah diri kerana menjadi surirumah?✅ Pernah tak terfikir untuk menjual di Facebook apabila melihat kawan-kawan lain ligat berniaga?
Pernah kan? Pernah kan?
Kalau anda seorang surirumah, tipulah kalau tak pernah terfikir begitu. Jadi, tahun 2017 KALI INI apakata kita sama-sama TAMBAH NILAI DIRI bersama kami Jemaah Networking AKADEMI BEKERJA DI RUMAH!!

Kenapa ABDR?✅ Kerana ianya rangkaian networking surirumah / suri berkerjaya yang sudah lebih 3 tahun bertapak secara online di Malaysia.✅ Ada kumpulan sokongan secara online yang terdiri dari pelbagai latar belakang.✅ Ramai peniaga yang menawarkan servis dropship atau boleh berkenalan dengan insan-insan hebat dalam bidang masing-masing
BAGAIMANA CARA NAK SERTAI🤔🤔🤔?✅ Kelas secara online sahaja - PERLU DISIPLIN berada depan PC / smartphone selama 20 HARI SAHAJA kemudian akan siap sebuah blog yang berinformasi. K…

KELAS ONLINE NEWBIE MEROKET

Imej
Salam'alaik semua.
Baru-baru ini saya ada masuk kelas online percuma yang diadakan pada 12 Mac 2017 yang lalu di group Whatsapp. Di sini saya ingin kongsikan dengan pembaca semua mengenai kelas ini kerana ia bermanfaat buat mereka yang masih sangat baru dalam perniagaan.
Siapa dia ni? Dia juga seorang ibu dan surirumah seperti saya. Bezanya, dia adalah Stokis Auoliya berumur 25 tahun yang berjiwa besar. Bangkit dari fasa kejatuhan dan kini sedang aktif berkongsi ilmu tentang bagaimana beliau naik dengan sangat cepat ketika mulakan perniagaan online walupun bermula dari zero.
Kini ZULAIKHA RAMLAN telah/sedang menuntut ilmu di : 💟 Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan bersama Dr Azizan Osman💟 Group Support Like bersama En Khairul Zahrin Abd Karim💟 Group Support Like Elite Force bersama-En Khairul Zahrin Abd Karim-Cekgu Daus ( Big Why )-Aiman Ismail ( Content Marketing )-Storytelling (Tuan Izan Shafie)💟 All About Marketing bersama Noraini Mokhtar💟 BMC, Persyarikatan, Kewangan, Lead…

SISTEM AKAUN TERBAIK

Imej
Saya baru saja selesai merekodkan transaksi kewangan saya untuk tahun 2014 melalui sistem akaun yang saya sewa di niagawan.com.Dari dulu saya mula berniaga saya tercari-cari sistem akaun seperti ini. Apatah lagi saya memang aliran perakaunan semasa sekolah menengah dan pengetahuan mengenai prinsip akaun diserap lagi semasa menjejak kaki ke kolej-kolej.Saya tidak pandai cipta sendiri sistem begini walaupun saya pelajar perakaunan dulu yang dapat markah CGPA 4.0 untuk subjek akaun ini. Malah saya teruskan membeli dan mencari sistem yang sangat menepati imaginasi saya. 😅😅😅 Agak perfectionist kan?Ya. Walaupun markah 4 flat dalam subjek akaun tapi kalau dah hampir 10 tahun tak pernah amalkan, confirm jadi kosong semula kan bila nak guna ilmu tu untuk bisnes sendiri? Itulah yang terjadi pada saya. 😅 Sebab tu saya tak pernah dapat kembangkan bisnes. Akaun berterabur! Bisnes sendu, hidup segan mati tak mahu.Untuk kawan-kawan yang baru nak belajar buat duit, saya sangat sarankan anda sewa …

CHECKLIST SOP KEROHANIAN

2017, SOP dalaman dan KerohanianCHECKLIST
===========
1. Rutinkan solat berjemaah di masjid dan tepat waktu berserta solat sunat qabliyah dan ba'diyahnya2. Rutinkan solat tahajjud 8 rakaat dan solat witir 3 rakaat (kalau tak mampu cukup istiqamah 2 rakaat tahajjud dan solat witir 1 rakaat)3. Rutinkan membaca surah al waqiah sesudah solat subuh dan isyak + surah al mulk
Barangsiapa membaca Surah Al waqiah setiap malam, maka ia tidak akan ditimpa kefakiran selamanya - H.R. ibn Sunni4. Rutinkan Solat Dhuha 6 rakaat, yang jiwa kental buatlah sampai 12 rakaat (2 rakaat salam begitu seterusnya)5. Rutinkan baca zikir asmaul husna Ya Fattah Ya Razak 11 kali, diikuti ayat kursi 1x dan surah Al Ikhlas 3x sesudah solat. 6. Rutinkan zikir Laa Hawla wala quwwata illaa billah sebanyak 100x setiap hari @ 100/5 = 20x setiap selesai solat fardhu7. Rutin Istighfar 100x setiap hari @ 100/5 = 20x setiap selesai solat8. Rutinkan baca surah 36 dari ayat al quran iaitu Yaasin 1x sehari9. Rutinkan baca z…

Hari yang sangat letih...

Imej
Salam'alaik semua.Semalam adalah hari yang agak letih untuk saya. Pagi-pagi sudah bergegas ke klinik untuk temujanji pemeriksaan kesihatan. Bukan 1 temujanji tapi 3; saya, anak kedua dan anak ketiga. Mujurlah suami tidak ke luar kawasan dan dibenarkan keluar pejabat. Kalau tak, mungkin saya tak pergi temujanji tu semua. Faham-fahamlah situasi jika 3 orang kanak-kanak bersama seorang ibu sarat ke klinik. Dapat bayangkan kerenahnya? Demam! Terima kasih suami yang sudi membantu.Urusan temujanji di klinik pun memakan masa 4 jam tidak termasuk urusan mengambil ubatan di kaunter farmasi. Sabarlah yang paling penting. 😅Pulang ke rumah, kami singgah membeli nasi ayam untuk makan tengahari sekeluarga. Nak memasak memang tak sempat memandangkan jam hampir pukul 1 petang dan anak pertama belum makan dan belum siap pakaian sekolahnya. Selesai makan, cepat-cepat bersiap dan hantar anak ke sekolah. Suami terus bergegas ke pejabat.Saya yang tinggal dengan 2 orang anak lagi, sudah sangat keletih…

RELAKS DI USIA 40

Salam'alaik semua.Beberapa hari ni kesihatan tak mengizinkan saya fokus pada perancangan bisnes. Batuk-batuk, asma dan sakit pinggang silih berganti. Mujurlah anak-anak sudah sihat. Kalau tak, ke hospital sudahnya saya ni. 😅Kandungan pun sudah mencecah 9 bulan lebih. Menunggu masa saja melahirkan. Harapnya dah sembuh batuk ni barulah bersalin. Kalau tak, seksa nak menahan batuk dengan luka bersalin. 😱Soal bisnes percetakan, perlahan-lahan Allah bukakan jalan. Bertemu dengan pembekal-pembekal lain secara online. Ia betul-betul jalan untuk saya merancang dengan lebih baik perlahan-lahan dan sendirian.Mungkin benar kata mak mertua saya, nanti umur kau 40 barulah boleh relaks.Begitulah katanya ketika mengetahui saya hamil cucunya yang ke-4 beberapa bulan lalu.Ya. Memang saya berniat relaks pada usia 40-an. Relaks yang bermaksud, perniagaan saya sudah mampu dijalankan secara automatik. Wallahua'lam. Saya hanya merancang. Allah saja tentukan segalanya.

PEGAWAI JUALAN HARASH COLLECTION

Imej
Pengalaman singkat dari 6 Januari 2017 hingga 15 Januari 2017 sebagai pegawai jualan Harash Collection banyak mengajar saya ilmu close sales dan menyimpan data pelanggan. Ia mampu buat kita lihat lebih jelas adakah target kita mampu dicapai atau tidak.Perancangan untuk menjadi pegawai jualan ini tidak mampu saya teruskan lagi selepas melihat wajah suami yang mula mencuka setiap kali pulang kerja apabila melihat saya asyik memegang smartphone menjawab mesej Whatsapp yang bertalu-talu sambil mencatat di dalam laptop. Ya. Saya sangat sibuk. Sehari akan masuk sekurang-kurangnya 20 ke 30 mesej Whatsapp. Tidak kira siang mahupun malam.Ya. Memang mampu jana RM1000 ke atas setiap bulan hanya dari rumah jika saya teruskan tapi apabila pertukaran nilainya adalah MASA BERSAMA KELUARGA terlalu tinggi, pastilah kita perlu lepaskan demi menjaga rasa hati keluarga yang jauh lebih bernilai dari wang dan ringgit.Kita bekerja di rumah atas alasan mudah jaga anak membesar di depan mata tapi ADAKAH KITA …