AMAL TILL JANNAH - Saluran Belajar Bersedekah

Salam'alaik semua.

Hari ni saya mahu kongsi sedikit tentang kumpulan yang bantu saya belajar bersedekah secara istiqomah (konsisten / terus-menerus).

Ya. Di luar sana ada banyak badan kebajikan yang juga melakukan perkara yang sama. Mengumpul sumbangan dari orang ramai untuk disalurkan kepada mereka yang memerlukan. Tetapi, kepercayaan itu sangat penting, kan?

Saya ditemukan dengan kumpulan ini melalui guru online saya, puan Anys Idayu Zakaria. Guru yang paling saya hormati dan kagumi. Melalui penglibatan guru saya inilah, saya percaya kumpulan yang disertainya ini.

Dari kumpulan tersebut, saya jumpa cara bagaimana bersedekah tanpa keluar rumah dan berterusan. Hati saya rasa lapang dan tenang setiap kali berjaya bersedekah walaupun ada kalanya saya sendiri sedang dalam kesempitan.

Hidup ini bukan saya saja yang susah. Ramai lagi di luar sana jauh lebih malang dari saya. Sekurangnya saya masih punya ibubapa yang berharta untuk saya menumpang bersama, suami yang penyayang, anak-anak yang normal pertumbuhannya, mertua yang ambil berat dan adik ipar yang sudi menjaga anak-anak saya apabila saya memerlukan. Jadi, tak salah untuk saya belajar berkongsi pendapatan saya walaupun sedikit. Siapa yang tahu dari perkongsian sedikit, ada rezeki Allah berikan untuk saya berikan lebih banyak pula.

Di sini saya kongsikan juga draf bunting terbaru yang saya hasilkan atas permintaan founder kumpulan saluran sumbangan ini juga. Mungkin ada yang mahu ikut sama membantu. Kalau tak percaya saya, bolehlah pembaca semua layari sendiri laman sesawang mereka di Amal Till Jannah. Banyak aktiviti mereka di sana-sini dikongsi. Malahan ada juga ruang untuk ahli berdaftar seperti saya beriklan disediakan.

Sekian sahaja perkongsian saya. Salam'alaik semua.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PENGALAMAN SEBAGAI PEMBANTU TADBIR N17 DI SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH, UPM

BERNIAGA KIOSK

PENGALAMAN PERNIAGAAN PERCETAKAN