HAPPY BELATED BIRTHDAY AIMAN

Sepulangnya si ayah dari kerja tadi, dibawa sekali buah tangan berupa kek ulangtahun kelahiran Aiman. Sudah 7 tahun usia kamu. Sudah pandai membaca, menulis dan mengira.

Betapa cepat masa berlalu. Mama dan ayah sentiasa doakan anak-anak semua berjaya dunia dan akhirat.

Tetapkan dalam hati kamu, Allah sahaja yang menentukan rezeki kamu. Bukan mama atau ayah yang berusaha bekerja siang malam ini. Tapi Allah-lah yang memberi daya kekuatan kepada mama ayah untuk berusaha.

Ulasan