MASALAH PENDAWAIAN ELEKTRIK SELESAI DENGAN RZK SERVICES

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera semua. 

Lama tak bersiaran di blog ini atas kesibukan yang melanda. Lebih-lebih lagi bila tiba hari minggu. Maklumlah bila sudah ada kenderaan yang selesa tu, perasaan nak bagi orang tua senang hati jalan-jalan tu susah nak tahan.

Nak dijadikan cerita, hari Sabtu tu saya seperti minggu sudah, bermarathon dengan bantuan suami untuk memenuhi tuntutan pelanggan.

Balik rumah dah penat sangat. Faham-fahamlah kalau dah berurusan sana-sini sambil bawa anak kecil, letihnya... memang kaw! Itu pun sampai rumah jam 10 malam. Buka pagar, parking, buka pintu, buka lampu... Oh! Ada percikan api masa tekan suis lampu dan kipas. Blackout!!! Hampir 1 jam kami cuba on fius utama.

Dah la penat. Balik rumah, blackout dan fius utama "tendang" pula. Tak boleh buka langsung!

Suami malas nak pening kepala. Keluar, kunci pintu, kunci pagar, cari hotel. Nak balik kampung, dah jauh malam. Kampung yang dekat pun rasa jauh. Nasib baik anak-anak dah tidur dalam kereta on the way balik tadi.

Saya sempat hantar mesej ke RZK Services lagi sambil suami memandu ke hotel berdekatan. Dah jauh malam. Siapa yang nak layan? Haha

Esoknya, saya mesej lagi ke RZK Services ni. Hari Ahad mana ada kedai buka. Saja la cuba nasib kan... Hihi

Kata RZK Services, "Hari ni Ahad. Takde budak kerja..." - Sabar je la dengan pelanggan yang saja-saja buat-buat tak faham ni kan. Hihi

Jadi, saya minta mereka datang esoknya iaitu Isnin. Panggil adik-adik saya sekali teman saya. Gila kau nak bagi orang yang kita pertama kali berurusan ni masuk rumah dengan saya seorang dengan anak kecil sahaja di rumah? Memang tak la!

Esoknya, adik-adik saya datang. Sementara tunggu RZK Services datang rumah, sempat lagi saya singgah ke pejabat operasi cetak kami dan buat rakaman amatur cetak baju silkscreen. Sekitar jam 5 petang, kami bergegas ke rumah dan cuba on semula fius utama. Ok je. Tapi takpe. Japgi dia buat hal balik tu.

Pekerja RZK Services sampai jam sekitar 5 petang juga kalau tak salah. 3 orang. 2 warga asing. 1 warga Malaysia (Melayu). Beruniform.

First impression for the first time customer yang bagus, fikir saya.

Saya tunjukkan dan ceritakan masalahnya. Sangkaan saya ini semua SALAH TIKUS!!! Saya ingat dia periksa tempat yang saya cakap selalu ada percikan api tu. Tapi mereka periksa suis seluruh rumah. Siap panjat siling yang macam dah nak roboh tu (bukan sebab rumah season tapi sebab ada orang baiki paip air dulu buat pecah siling tu dan tak ganti balik).

Katanya, "Kak, wayar atas siling tu cantik je. Takde pun bekas gigit ke cakar ke..."

OK. Rasa berrsalah jap sebab tikus ternyata tak bersalah. Haha

Jadi, mereka periksa lagi semua suis. Bilik utama dan bilik ketiga yang bawa masalah. Bilik utama masalah berpunca dari pendawaian dalam lampu kalimantang yang dah "tercair" sebab panas sangat. Bilik ketiga masalah pada soket bilik yang wayarnya "tercium" sesama sendiri yang menyebabkan blackout.

Kerja-kerja pembetulan dan gantian fius, soket dan sebagainya yang berkaitan pun bermula. Warga asing tu la yang buat. Yang Melayu tu supervisor kot. Tapi dia tahu dan faham dari mana masalah dan cara selesaikan. Jangan nak sangka buruk kata Melayu nak jadi bos je ke apa ye. Tak layak jadi bos kalau tak ada ilmu, ok? Korang pun teringin juga kan? So, jangan beri komen negatif. Awal-awal dah bagi amaran. Haha.. Agak defensif kan saya ni?

Sekejap je dah siap pasang semua. Dalam 10 minit je rasanya. Laju. Tanya harga. Agak-agak dalam RM200 ke kan.

"RM80 kak."

Syukur pada Allah s.w.t sebab dalam dompet, saya tak simpan banyak tunai. Huhuhu

Selesai masalah pendawaian elektrik yang terbiar selama beberapa tahun. Fuh... Jadi, kalau korang ada masalah macam saya, jangan biar-biar. Hubungi RZK Services ni. Dorang ada Facebook. Whatsapp pun boleh.

Ini baru betul TRUSTED REPAIRMAN!!! - Teringat tukang baiki yang acah-acah trusted tu pula. Haha. Jangan tanya! Tak nak cerita. Biarlah. Allah kan ada.

 RZK Services
Facebook RZK Services
Sumber: Facebook


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PENGALAMAN SEBAGAI PEMBANTU TADBIR N17 DI SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH, UPM

BERNIAGA KIOSK

PENGALAMAN PERNIAGAAN PERCETAKAN