DILEMA IBU: ANAK DEGIL JIKA DICIUM! BENARKAH?

Mencium tangan anak / mencium anak, anak jadi makin degil?

Saya pernah juga ditegur mengenai hal ini. Saya suka cium tapak kaki bayi dan tapak tangan bayi.

Hakikatnya, teguran itu sebenarnya menunjukkan kesalah-fahaman "orang dulu-dulu".

Ilmu dicedok tanpa dirujuk.

Ilmu disebar tanpa penyandar.

Kasihan pada ibu-ibu yang kurang pengetahuan.

Takde masalah awak cium anak awak kat mana bahagian pun. Anak suka ibu bahagia dan sel-sel otaknya berhubung lebih baik apabila dicium. Tenang dan rasa selamat.

Mahu hadis dan ayat al-Quran? Maaf. Saya bukan penghafal. Saya hanya pembaca, pengamal dan orang biasa-biasa seperti anda juga.

"Tidak akan disayangi, orang yang tidak menyayangi." - sumber: tak ingat.

Selamat malam warga blogosfera. Esok saya dan keluarga sudah ada program bersama anjuran Jakim di Masjid Putra, Putrajaya. Saya akan kongsikan apa saya belajar di sana nanti.

Semoga semua anak-anak dan suami serta diri saya sihat untuk belajar esok. Amin. Ya robbal'alamin.

Ulasan

  1. Tu la... saya pun musykil... betul ke kepercayaan macam tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak betul pun. Ia hanya mitos hasil dari bersangka-sangka. Kepercayaan itu langsung tidak munasabah kerana bercanggah sama sekali dengan sunnah Rasulullah s.a.w.

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PENGALAMAN SEBAGAI PEMBANTU TADBIR N17 DI SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH, UPM

BERNIAGA KIOSK

AKU JUAL MASA