MENYERTAI AKADEMI BEKERJA DI RUMAH
Teks: Ziadah Zainal Abidin
Sumber: Pengalaman
Entri: 2
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Entri: 2
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Semalam dengan rasminya saya menjadi ahli kumpulan Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR) di bawah pimpinan Anyss Idayu Zakaria yang kemudian memperkenalkann saya kepada Puan Masayu Ahmad selepas selesai membayar yuran yang dikenakan sekali seumur hidup hanya sejumlah RM300. Saya diminta menjawab 8 soalan analisa sebelum memulakan kelas untuk mengetahui blog yang bagaimana saya perlu tulis mengikut kemahiran dan minat saya. Saya juga diwajibkan membaca sehingga habis e-book yang dibekalkan sebelum menjawab soalan analisa tersebut.
Seterusnya saya diberi cadangan tajuk blog dan label yang perlu diletakkan di dalam blog. Saya juga dinasihatkan membina jenama sendiri dengan nama saya sendiri. Boleh lihat pada alamat blog dan emel saya yang menggunakan nama penuh. Ia mengingatkan saya bagaimana saya dinamakan oleh ayah dan ibu saya.
Saya kemudian diberi tugas menyiapkan 44 entri bermula dengan memperkenalkan diri. Saya meletakkan entri pertama di halaman kenali penulis bagi memudahkan pembaca mengenali saya. Anda boleh lihat pada tab di bawah tajuk blog saya.
Cabaran untuk entri pertama saya adalah kesihatan dan pengurusan masa bersama keluarga. Memang sangat mencabar kerana saya juga perlu merealisasikan projek susun atur rumah yang saya namakan Projek April 2015. Oleh kerana masalah kesihatan yang tidak mengizinkan saya beraktiviti lasak, saya terpaksa menangguhkan Projek April 2015. Saya hanya fokus kepada kelas blog yang saya ikuti.

Insya-Allah saya akan kongsikan lagi di masa akan datang. Sekian. Wassalam.
Ulasan
Catat Ulasan