Catatan

JODOH : SEGALANYA RAHSIA TUHAN

Asslamu'alaikum dan salam sejahtera. Perancangan hari ini sebenarnya menghadiri majlis perkahwinan Mak Tam (isteri bapa saudara suami saya) di Felda Pasoh 1 yang diadakan pada hari ini. Sudah beberapa bulan perancangan ini berlangsung. Kad sudah diedar. Semua orang sudah bersedia. Tapi Allah lebih mengetahui segalanya. Manusia merancang namun Allah punya perancangan yang jauh lebih baik dan manusia tidak tahu di mana hikmahnya hingga dia redha dengan semua ketetapan itu. Sudah hampir 2 minggu pemergian Mak Tam. Kali terakhir kami berjumpa adalah 2 minggu sebelum pemergiannya. "Kaki ni dah takde terasa apa lagi ha... Selegho pun dah takdo. Sobu yo poghut ni... Minum air yo.." Adunya semasa kami berbual. "Mak Tam jadi ke kahwin? Kalau jadi, Azie nak sponsor   bunting  dan banner ." Saya bersungguh dan ikhlas mahu ikut menyumbang sesuatu dalam majlisnya nanti. "Ontah la.. Kalau ado jodoh, jadi la. Kau tunggu yo la." Sayu suaranya. Saya malas...

PROGRAM HI-TEA 2014 - MAMA BIDADARI CINTA

Imej
Assalamu'alaikum. Selamat sejahtera. Hari ni memori 2 tahun lalu semasa bekerja sebagai pengurus media sosial untuk sebuah syarikat perniagaan yang menjual jubah, muncul di dinding Facebook. Pengarah syarikat, Wan Sabariah mengajak saya menemaninya. Sempat juga terserempak dengan Nurul Izzah, anak pemimpin Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim semasa kami menanti program bermula. Orangnya tinggi lampai. Mesra dan ramah. Beliau bersendirian ketika saya terserempak dengannya. Walaupun kelihatan tergesa-gesa, beliau masih mahu melayani saya mengambil gambar dengannya. Ini adalah pengalaman pertama saya "mengopi" atau hi-tea bersama usahawan-usahawan muslimah sempena hari Ibu pada tahun itu. Sebenarnya, saya tidak berminat bersosial begitu. Apalagi majlis makan-makan yang menelan belanja besar di hotel-hotel. Tapi sebenarnya saya yang cetek ilmu dan pengalaman. Program sebegitu adalah tempat di mana para usahawan besar berkumpul dan memperkenalkan produk masing-masing. Saya masi...

TUNTUTAN INSURANS KENDERAAN

Sumber: Facebook Bie Aleyana APA ITU TUNTUTAN INSURANS? Tuntutan insurans merupakan satu permintaan rasmi kepada syarikat insurans untuk membayar sejumlah wang berdasarkan insurans polisi sebagai ganti rugi terhadap apa-apa yang berlaku pada kenderaan anda seperti kemalangan atau kehilangan. Terdapat banyak syarikat insurans seperti yang kita ketahui, contohnya Kurnia Insurans, MAA Assurance, Pacific & Orient, Takaful Ikhlas, Takaful Malaysia, Great Eastern, Berjaya dan lain-lain lagi yang terdapat di Malaysia. Kebanyakan kita tahu kenderaan yang kita miliki diinsuranskan oleh siapa tetapi adakah kita tahu bagaimana untuk membuat tuntutan insurans apabila kejadian yang tidak diingini berlaku? Dalam artikel ini akan diceritakan serba sedikit tentang bagaimana untuk kita membuat tuntutan kepada syarikat insurans dan bagaimana untuk tuntutan kita berjalan lancar tanpa sebarang masalah kelak. Apa yang ditulis ini adalah berdasarkan dari pengalaman saya sebagai “Claim Officer...

PROGRAM AMAL BERSAMA STREET CAFE ON WHEELS (SCOW)

Imej
Assalamu'alaikum dan salam sejahtera pembaca semua. Hari ni saya mesti kongsi program amal ini dengan anda. Sepatutnya saya kongsi minggu lepas. Tapi dek kerana "busy-ness", saya lupa draf tentang SCOW ni. Maaf ye kakak SCOW. Gambar SCOW di waktu malam. Sumber: Facebook Program ini: - dibuka pada bulan ini iaitu sebulan sebelum puasa bertema FRIDAY @ STREET CAFE SEMENYIH "SAYANG SI ANAK". - khas untuk membant golongan asnaf, gelandangan atau mereka yang kais pagi makan pagi. - menyediakan makan tengahari atau makan malam PERCUMA UNTUK GOLONGAN DI ATAS. - mengagihkan makanan pada SETIAP JUMAAT! Untuk mereka yang berminat boleh private message  ke 0193001230 dengan maklumat: - Nama - Alamat - Nombor Untuk Dihubungi - Nama Anak2 Terlibat (jika anda menjaga mereka) CARA MELIBATKAN DIRI DALAM PROGRAM INI: 1. Hantar maklumat seperti di atas ke talian 0193001230 . 2. Pihak SCOW akan berikan harga mengikut jumlah anak-anak a...

RAIKAN KEJAYAAN KECIL UNTUK KEJAYAAN LEBIH BESAR

Imej
Alhamdulillah. Masih sihat jari-jemari ni nak menaip kat blog ni. (^_^) Apa khabar semua? ヽ(´▽`)/ 👆 Soalan klise. Haha Lama tak update blog ni. Apa sangatlah yang sibuk tu kan sampai naik sawang dah blog ni. -_-|| Sebenarnya jadual saya semenjak hidupkan semula Legasi Cetak jadi agak huru-hara. ~T_T~ Maklumlah. Baru fasa "minta nyawa". 😅😅😅 Hari ni saya kembali usaha ikut jadual sebab dah sync dengan Google Calendar. Insya-Allah. Istiqomah. 😌 Banyak sebenarnya nak cerita. Banyak sangat. Tu la... Cikgu dah cakap. Catat kat buku. Degil! Kan dah keliru sebab banyak sangat ilmu nak kongsi. Dalam 2 bulan ni, banyak sangat ilmu dan energi positif saya terima dan sebar. Hasil memasuki rangkaian persahabatan Group Support Like (GSL) yang dikelola oleh tuan Khairul Zahrin Abd Karim. Bermula dengan kumpulan kecil GSL Wira dan Sabtu lalu GSL Elite Force. Huru-hara dinding Facebook saya dengan friend request kumpulan el...

MASALAH PENDAWAIAN ELEKTRIK SELESAI DENGAN RZK SERVICES

Imej
Assalamu'alaikum dan salam sejahtera semua.  Lama tak bersiaran di blog ini atas kesibukan yang melanda. Lebih-lebih lagi bila tiba hari minggu. Maklumlah bila sudah ada kenderaan yang selesa tu, perasaan nak bagi orang tua senang hati jalan-jalan tu susah nak tahan. Nak dijadikan cerita, hari Sabtu tu saya seperti minggu sudah, bermarathon dengan bantuan suami untuk memenuhi tuntutan pelanggan. Balik rumah dah penat sangat. Faham-fahamlah kalau dah berurusan sana-sini sambil bawa anak kecil, letihnya... memang kaw! Itu pun sampai rumah jam 10 malam. Buka pagar, parking, buka pintu, buka lampu... Oh! Ada percikan api masa tekan suis lampu dan kipas. Blackout !!! Hampir 1 jam kami cuba on fius utama. Dah la penat. Balik rumah, blackout  dan fius utama "tendang" pula. Tak boleh buka langsung! Suami malas nak pening kepala. Keluar, kunci pintu, kunci pagar, cari hotel. Nak balik kampung, dah jauh malam. Kampung yang dekat pun rasa jauh. Nasib baik anak-...

Perjalanan Legasi Cetak Yang Terkini

Imej
Assalamu'alaikum kepada muslim dan salam sejahtera kepada bukan muslim. Hari ini saya luangkan masa untuk menaip di sini tentang perjalanan Legasi Cetak; perniagaan percetakan yang saya usahakan bersama suami, ibu dan adik-adik perempuan saya. Setelah setahun saya lepaskan Legasi Cetak di bawah pengurusan adik saya, Nash, saya lihat tiada perkembangan memberangsangkan memandangkan ketika itu hidupnya dihimpit masalah teman lelaki yang "kurang siuman". Ini menyebabkan saya mula melangkah masuk kembali dan berusaha menyatukan semula anggota perniagaan kami yang telah berpecah-belah. Ya. Bukan mudah berniaga di bawah satu bumbung bernama keluarga apabila kesatuan hati itu tidak pernah terjadi sedari kecil. Namun, usaha tetap perlu agar tidak dipersoal di akhirat nanti. Entah bagaimana, kami tiba-tiba bersatu setelah diberi peluang rakan Nash, Raden Ahmad dari Eventers Management & Services untuk mempromosikan Legasi Cetak dengan menaja produk percetakan kami melalui ...