TIPS BISNES ONLINE

Berbisnes secara online ni selalunya tidak memerlukan kita keluar rumah dan bersusah-payah demi mendapatkan pelanggan. Tapi ada sedikit tips yang sudah lama saya amalkan dalam berbisnes secara online ni.

1) PELANGGAN ALLAH YANG HANTAR
Ya atau tidak, tanyakan jauh di dalam hati anda. Tak mungkin seseorang pelanggan itu mahu membeli dengan kita jika bukan kerana Allah telah gerakkan hatinya untuk berurusan dengan kita. Bukan kita saja yang menjual produk kan?

2) ALLAH BOLEH HANTAR MELALUI FB & TANPA FB
Pernah tak, kita buat sesuatu kraf untuk kegunaan sendiri, tiba-tiba ada seseorang yang tertarik dengan hasil tangan kita tu. Dengan tak semena-mena dia jadi pelanggan pertama kita.

3) JANGAN GENTAR TINGGALKAN FB
Ya. Jangan gentar. Jangan rasa terlalu perlukan fb. Percayalah. Yang kita patut gentar ialah bila kita mula leka dengan hasil hingga meninggalkan Allah seinci demi seinci.

4) BILAMANA WAKTU SOLAT SUDAH TIBA.
Sebagai penjual, kita sangat perlu dekat dengan Allah. Kerana keberkatan dan peningkatan rezeki kita ditentukan Allah.

Utamakan solat dan anda akan lihat hasil keajaiban mendahulukan perintah Allah di dalam hidup, kerjaya dan usaha.

Sumber: Page Fb Mudahnya Menjemput Rezeki tulisan Ustaz Fathuri Salehuddin
Olahan: Ziadah Zainal Abidin

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PENGALAMAN SEBAGAI PEMBANTU TADBIR N17 DI SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH, UPM

BERNIAGA KIOSK

PENGALAMAN PERNIAGAAN PERCETAKAN