Catatan

KONSISTEN & ISTIQOMAH = REZEKI

Wow! Dah Februari 2020! Yup! 14 FEBRUARI 2020! Baru terhegeh-hegeh Ziad ni nak update blog ni. Ya Allah, istiqomah atau konsisten ni memang perlu dipaksa diri bertindak selama 40 hari ke atas, barulah melekat tindakan tu untuk buat setiap hari. Ternyatalah sikap konsisten itu adalah REZEKI juga ye. Perkara paling sukar untuk diubah adalah perkara yang sebati bertahun-tahun dalam diri. Sikap bertangguh terutamanya. Selagi rasa tenang, selesa, selagi tu la bertangguh. Hai lah diri!!! Kau lebih baik dari ini! Bangkit! Bertindak lebih konsisten! Barulah kau semakin berjaya.

DO I HAVE ANXIETY DISORDER?

Malam ni, ditakdirkan rajin pula nak membaca mesej-mesej grup. Baru-baru ni tak sengaja terima pelawaan seorang coach psychology untuk masuk ke grup whatsapp beliau. Mula-mula Ziad buat tak tau je mesej dalam tu. Sekadar respon bila diminta saja. Tapi sejak beberapa hari ni, rasa malas yang melampau, bosan dan give up. Kemuncaknya pagi tadi, ada airmata mengalir yang tak tahu puncanya kenapa. Entah sebab bisnes yang rasa stuck sebab komitmen kekeluargaan sangat tinggi sebagai seorang surirumah atau bosan terpaksa mengharap bantuan keluarga untuk urusan luar rumah. Malam ni, coach buka topik anxiety disorder. Bila Ziad jawab soalan diagnosis coach, nampaknya Ziad juga ada masalah ini. Alhamdulillah sahaja atas apapun ujian Allah beri. Ziad mungkin perlukan guru ini. Sekian lama meninggalkan dunia terapi, mungkin sudah tiba masa merawat diri lagi.

SEMINAR MARKETING LUARBIASA 2019

Imej
Alhamdulillah. Malam ni tergerak untuk menaip di blog ini. Bukan sekadar ingin berkongsi apa yang aku belajar di #MLB2019. Tapi juga alu nak kongsi sedikit pengalaman yang aku lalui sebelum aku dapat "terbang" keluar "sangkar tidak berkunci". Sebelum aku berkongsi, aku nak ucapkan terima kasih kepada: 1. Allah s.w.t - kerana memenuhi impian tahun 2018 aku dan banyak doa yang termakbul. 2. Puan Dhuha Rashidi - kerana membuka peluang aku pecahkan tembok ketakutan menjual secara live fb melalui Leader Live Fb Challenge di #KhaliFrameByDR. 3. Nasyrah Zainal Abidin - adik aku yang paling selalu ada di saat aku jatuh dan bangkit. Susah dan senang. 4. Suami aku - yang telah mendoakan dan mengizinkan aku berniaga di rumah untuk meringankan beban di bahunya. 5. Ayah dan mak aku - kerana sentiasa mengikuti perkembangan aku dalam diam. Syukur atas kurniaan Allah s.w.t. -------------------------------- Perkongsian mengenai MLB pula.  Selfie dulu s...

MESEJ & WAJAH BAHAGIA OKTOBER 2018

Imej
         Alhamdulillah.  Alhamdulillah

ANYS IDAYU ZAKARIA

Imej
Dah 4 tahun rupanya kita berjodoh, cikgu. Banyak perubahan diri yang terjadi sejak kita berkawan. Alhamdulillah. Semoga hubungan ini dalam rahmat Allah. Guru blog yang mengubah persepsi aku tentang rezeki. Kenal melalui sebuah transaksi jual-beli buku "Mudahnya Menjemput Rezeki" tulisan Ustaz Fathuri Salehuddin.💞

TIPS BISNES ONLINE

Berbisnes secara online ni selalunya tidak memerlukan kita keluar rumah dan bersusah-payah demi mendapatkan pelanggan. Tapi ada sedikit tips yang sudah lama saya amalkan dalam berbisnes secara online ni. 1) PELANGGAN ALLAH YANG HANTAR Ya atau tidak, tanyakan jauh di dalam hati anda. Tak mungkin seseorang pelanggan itu mahu membeli dengan kita jika bukan kerana Allah telah gerakkan hatinya untuk berurusan dengan kita. Bukan kita saja yang menjual produk kan? 2) ALLAH BOLEH HANTAR MELALUI FB & TANPA FB Pernah tak, kita buat sesuatu kraf untuk kegunaan sendiri, tiba-tiba ada seseorang yang tertarik dengan hasil tangan kita tu. Dengan tak semena-mena dia jadi pelanggan pertama kita. 3) JANGAN GENTAR TINGGALKAN FB Ya. Jangan gentar. Jangan rasa terlalu perlukan fb. Percayalah. Yang kita patut gentar ialah bila kita mula leka dengan hasil hingga meninggalkan Allah seinci demi seinci. 4) BILAMANA WAKTU SOLAT SUDAH TIBA. Sebagai penjual, kita sangat perlu dekat dengan Allah. Kerana...

SUPERSALE KHALIFRAME SEPTEMBER 2018

Imej
Tahniah semua ejen dan leader  Khaliframe