SEMINAR MARKETING LUARBIASA 2019

Alhamdulillah.

Malam ni tergerak untuk menaip di blog ini. Bukan sekadar ingin berkongsi apa yang aku belajar di #MLB2019. Tapi juga alu nak kongsi sedikit pengalaman yang aku lalui sebelum aku dapat "terbang" keluar "sangkar tidak berkunci".

Sebelum aku berkongsi, aku nak ucapkan terima kasih kepada:
1. Allah s.w.t - kerana memenuhi impian tahun 2018 aku dan banyak doa yang termakbul.
2. Puan Dhuha Rashidi - kerana membuka peluang aku pecahkan tembok ketakutan menjual secara live fb melalui Leader Live Fb Challenge di #KhaliFrameByDR.
3. Nasyrah Zainal Abidin - adik aku yang paling selalu ada di saat aku jatuh dan bangkit. Susah dan senang.
4. Suami aku - yang telah mendoakan dan mengizinkan aku berniaga di rumah untuk meringankan beban di bahunya.
5. Ayah dan mak aku - kerana sentiasa mengikuti perkembangan aku dalam diam.
Syukur atas kurniaan Allah s.w.t.

--------------------------------

Perkongsian mengenai MLB pula. 

Image may contain: 5 people, including Nasyrah Zainal Abidin, Ziadah Zainal Abidin and Hasbul 'Ariff, people smiling
Selfie dulu sebelum masuk seminar.

Image may contain: 7 people, including Norlisa Lisa, Nasyrah Zainal Abidin, Ziadah Zainal Abidin, Hasbul 'Ariff and Nooraziah Shaharudin, people smiling, people standing
Gambar kenangan.
Dari kiri: Farhanah, Kak Norli, Nasyrah, Ziadah, Puan Dhuha Rashidi, Azie dan kakak Puan Dhuha.

Image may contain: 4 people, including Nasyrah Zainal Abidin, Norlisa Lisa and Ziadah Zainal Abidin, people smiling, people sitting
Gambar kenangan. Menunggu Puan Dhuha Rashidi di lobi.

Pagi tu, jam 6.00 pagi aku dah bersiap. Aku pilih warna tenang aku. Biru. Tudung pula warna tenang bermotifkan warna aura aku. Hijau. Ikut terselit, warna "kunci" aku. Kuning. Kalau nak belajar pasal warna ni jangan cari aku. Aku tak ingat sangat dah.  Aku ingat warna aku je.

Dah siap, aku tunggu adik aku yang bersemangat nak join bersama ke sana datang ambil aku. Agak lewat juga kami sampai. Jam 7.45 pagi baru sampai. Kaunter pendaftaran dibuka jam 7.30 pagi. Tau siapa paling awal? Seorang peniaga berbangsa Cina. Lupa nak catat namanya.  Tahniah peniaga tu. Dapat hadiah dvd dari Tuan Hasbul 'Ariff yang bernilai RM450 kalau tak salah aku.

Masa daftar tu, ramai juga staff yang menyambut tetamu MLB. Kata adik aku, masa mula-mula dulu, Hasbul Brothers sendiri yang sambut kedatangan peserta. Zaaaas dalam hati aku. Pedihnya tu di hati.

Aku memang syukur sangat dapat duduk di tengah-tengah berhadapan pentas dan 3 baris dari depan. Sebelah seat VIP. Nampak la lebih jelas. Nak-nak terlupa pakai cermin mata.

Sebelum Hasbul Brothers dijemput naik pentas, Zack Zawani menghiburkan kami dengan energi yang sangat tinggi. Tengok la gambar bawah ni. Aku screenshot dari Instagram Hasbul Brothers. Sampai hilang suara, kering tekak.  Nasib bawa air sebotol.

Perkongsian ilmu dimulakan Tuan Hasbul 'Aqill yang mengajukan soalan: SEBAB HADIR SEMINAR MLB hari itu. Tempoh diberi 2 minit. Ngam 2 minit, aku siap tulis jawapan. Kemudian peluang dibuka untuk berkongsi sebab itu. Aku memang nak naik tapi dek kerana aku duduk kat tengah dan jalan nak keluar dihalang beg peserta lain, aku teragak-agak nak pergi. Maka, dapatlah kat orang lain peluang tu. Dan orang yang pergi tu, dapat hadiah dvd dorang lagi. Sekali lagi Zaaaaas kat dalam hati aku.

Kemudian, Tuan Hasbul 'Ariff pula mulakan perkongsian dengan tajuk MINDSET untuk 4 Business Boosters atau lebih dikenali sebagai 4 quadrant (ESBI).

Habis tajuk mindset, Tuan Hasbul 'Aqill pula berkongsi tentang S.M.S FORMULA. Formula ni menerangkan yang bila kita tak tahu apa kita nak tulis dalam copywriting, itulah petanda besar kita sebenarnya tak kenal pelanggan kita.

Aku nak share tajuk je la. Next time aku share isi yang sempat aku catat ye. Kang tak larat korang nak baca. 

Lepas tu Tuan Hasbul 'Ariff pula, kongsikan mengenai FORMULA PEMASARAN yang mempunyai 5 formula yang disebut SKILL yang menerangkan mengenai marketing fundamental. Tapi sampai huruf S je.

Sebelum makan lewat tengahari, 2 orang peserta yang dah join The Protege diberi peluang berkongsi kisah mereka sebelum berjaya melalui The Protege. Nak cerita lanjut, korang tanya la sendiri. Kang aku kongsi, tak beretika pula. 
1. Tuan Taufik - pemilik ZBC (Zetty Butterscotch Cake) di Bangi.
2. Puan Rohaiza - pemilik Debellesza Spa di Terengganu.

Lepas makan lewat tengahari dan solat Zuhur, Tuan Hasbul 'Ariff sambung perkongsiannya tentang SKILL. Aku tak berapa fokus sebab sibuk menaip cabaran posting MLB. Tapi tak menang juga. 

Seterusnya tajuk yang dikongsi:
6 Figure Proven Ads - bukti iklan yang mendatangkan jualan 6 angka.

Contoh dari:
1. Video dari Suriku HQ.
2. Ayat iklan dari The El's.
3. Ayat iklan dari Ijmal.

Benda simple je tapi menghasilkan jualan yang tinggi.

Tuan Hasbul 'Aqill kongsikan contoh headline dan formula content iklan yang berpengaruh. Sekali iklan McD dengan bunyi ayam goreng tu... Sabo je la aku menengoknya. Balik tu terus cari McD kitorang ni.

Masuk pula tajuk PLAY TO WIN FORMULA, Tuan Hasbul 'Ariff kongsikan macam mana sepatutnya kita dapat pelanggan setia. Aku belajar sesuatu kat sini.

1. Jangan kedekut taik idong masin sangat dengan pelanggan yang dah buat pembelian lebih dari 3 kali.

2. Teknik dapatkan strangers untuk jadi customer.
Tajuk last sekali, Tuan Hasbul 'Aqill yang kongsi. Tajuk STRATEGI MENAWAN PASARAN melalui Unique Selling Point (USP) dan bagaimana cipta USP. Ada cara bina USP ni rupanya. Bukan main taram ikut syok sendiri je wei. 

Perkongsian diakhiri dengan doa secara berjemaah yang dibimbing oleh Coach Nora Zyan. Tak pernah termimpi aku dengar suara dia. Tak pernah tergerak aku tengok live dia kat Facebook. Tiba-tiba dengar suara dia, yang mulanya aku sangka suara Puan Dhuha. Tapi dari lenggok bahasa dan lembut suara, hati aku macam dapat agak yang dia adalah coach Nora Zyan. Ternyata tak meleset. Ramai yang mengalirkan airmata masa sama-sama berdoa tu.

Habis seminar, aku tengok jam, baru pukul 5.55 petang. Seminar sepatutnya habis jam 6 petang. Aku macam sentap jap sebab inilah pertama kali aku datang seminar yang menjaga masa. Bukan saja jaga. Malah menghargai masa. Kalau tak, dorang takkan bagi hadiah kat peserta paling awal tu.
Kat sini aku pasang niat aku mesti masuk The Protege nanti. Sebab aku pasti, orang yang menjaga masa adalah orang yang menepati janji dan mereka WALK THEIR TALK!

Keluar dari dewan seminar, aku, adik aku, Puan Dhuha, kak Norli (leader Khaliframe), Azie (leader Khaliframe) dan Farhanah (ejen Khaliframe) berdiri kat luar dewan cuba berbincang perkembangan Khaliframe. Tapi kak Norli kena balik sebab suami dia dah tunggu. Tinggal kami berempat je berbual mencari solusi.

Tiba-tiba datang Coach Nora Zyan yang cantik manis. Aku tak pernah jumpa dia depan-depan. Tak pernah tengok live fb dia. Tak pernah follow dia. Tiba-tiba Allah hadirkan dia depan mata aku. Macam tak percaya!

Aku bukan taknak belajar dari dia cuma aku ada ketakutan tak dapat beri komitmen bila aku mula "link" dengan dia.

Dari perkongsian dia pula, dapat aku lihat, ramai wanita yang mahu berbisnes atas sebab membantu suami, telah "melukakan" diri mereka sendiri. Fasa "bantu suami" ni, aku dah lalui banyak kali sehingga tahun lalu, aku berjaya atasi RASA terbeban dan terluka tu.

Antara tipsnya yang buat aku berjaya:
1. Alihkan perasaan cinta hanya untuk Allah s.w.t. Lafazkan dalam hati, "Ya Allah, aku mahu belajar mencintai Engkau. Maka, bantu aku dalam mengenalMu. Jangan Kau izinkan aku mencintai selain Engkau kerana mereka juga bergantung kepada Engkau."

Perlahan-lahan, perasaan cinta yang berlebih kepada makhluk Allah s.w.t. itu, akan hilang dan digantikan dengan perasaan sayang suami kerana Allah s.w.t hadirkan dia sebagai jihad kita, isteri. Lillahita'ala.

2. Bila dah alih RASA CINTA itu, amalkan apa benda nak buat atau nak minta suami buat tu, TANYA ALLAH DULU.  Contoh: Lafaz dalam hati, "Ya Allah, hari ni aku nak pergi seminar. Kau lembutkanlah hati dia untuk menuntut ilmu keranaMu. Kau buangkanlah rasa hati dia yang aku ni nak bersaing dengan dia padahal Engkau tahu tidak ada setitik pun rasa sebegitu dalam hati aku."

Tu doa aku sebelum pergi seminar MLB sebenarnya.  Alhamdulillah. Pagi nak pergi tu, reaksi suami memang sangat berbeza berbanding aku pergi ke seminar sebelum ni. Pelukan erat, ciuman ikhlas di dahi dan pipi tu, tak pernah dia buat sebelum ni. Tapi sebab kita minta spesifik dengan Allah, Alhamdulillah. Berbeza.

Doa untuk suami ni perlu sangat-sangat spesifik. Ciri-ciri macam mana kita nak suami kita tu, nyatakan sehabis detail kat Allah. Siapa dah buat, dah rasa keajaiban doa untuk suami kerana Allah ni, memang faham la maksud aku ni.

Tu je la antara tips paling berkesan aku boleh share. Next time aku share lagi.

#ZAPS #KhaliFrameByDR #Survivor

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PENGALAMAN SEBAGAI PEMBANTU TADBIR N17 DI SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH, UPM

BERNIAGA KIOSK

PENGALAMAN PERNIAGAAN PERCETAKAN