RUTIN BIASA

Rutin pagi biasanya aku sehabis boleh tak nak TheForth bangun tidur sebab bila dia bangun, aktiviti aku yang menyandang pelbagai jawatan kat rumah ni jadi haru-biru. Apa taknya, asyik melayan dia yang memanjang nak menyusu badan. Umurnya dah 1 tahun 8 bulan tapi masih kuat menyusu.

Bukan aku tak nak ajar dia guna botol dan susu formula tapi alang-alang dah nak 2 tahun tu, biar je la. Dia boleh dah minum susu formula. Cuma aku tak bagi kerap la. Sebolehnya aku nak bagi dia puas menyusu 2 tahun genap. So, kena la aku tanggung kesusahannya kan. Hehe

Semoga kesusahan itu menambahkan pahala aku. Aamiin.

Aku banyak meronda Facebook je bila menyusu TheForth ni. Sama ada aku membaca dan komen posting kawan-kawan atau salin iklan berjadual yang disediakan bos Khaliframe. Bila TheForth tertidur semula barulah aku sambung kerja dapur dan rekagrafik.

Image may contain: 2 people, including Ziadah Zainal Abidin, hat, selfie and close-up
Gambar sekadar hiasan. Kamera kabur sebab skrin retak.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PENGALAMAN SEBAGAI PEMBANTU TADBIR N17 DI SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH, UPM

BERNIAGA KIOSK

PENGALAMAN PERNIAGAAN PERCETAKAN