Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2017

RUMAH ORANG DISANGKA RUMAH ABAH

Imej
Baca tajuk pun dah pelik kan? Ya. Itu hakikat. Tahun 2007. Tarikh hari ini, 31 Mac. 10 tahun lalu. Selepas sebulan usia perkahwinan dan tinggal bersama ibu mertua dan ipar-duai, saya dan suami berpindah ke sebuah rumah di Taman Pelangi Semenyih. Rumah tu asalnya arwah abah (bapa mertua saya) tinggal semasa dia masih berniaga pasar di kawasan sekitar Semenyih. Selepas abah tidak lagi tinggal di situ (berpindah ke tempat yang kami tak tahu), kami pun pindah masuk dengan yakinnya bahawa rumah itu rumah abah. Siap pinjam lori kilang suami bekerja dulu bawa barang pindah masuk. Siap cakap dengan jiran yang bertanya, itu rumah abah kami.  Dokumen-dokumen abah masih ada di situ masa kami pindah masuk. Bersepahnya, tak tahu nak cakap. Abah tinggalkan macam tu je? Pelan tanah felda abah pun ada selain dokumen penting lain. Saya rasa pelik tapi saya simpan dan kemaskan saja dokumen tu semua. Ibu saya turut datang membantu kami kemaskan rumah tu. Bau najis tikus kuat. Di belakan

A STORY TO TELL

Imej
MACAM DIA... Saya seorang surirumah, macam dia. Saya pernah bermula sebagai seorang dropshipper, macam dia. Saya pernah berjaya menjual hanya 1pcs produk dalam masa 2 bulan, macam dia. Sebab TAK SERIUS. Suka-suka. Sekadar mahu tahu. Saya pernah "jatuh", macam dia. Semua hilang saat kejayaan baru mengintai, macam dia. Tapi dia berjaya bangkit dalam masa sangat singkat selepas habis pantang. Mula dari kosong semula. Subhanallah. Betapa kejayaan itu mudah dicapai bila kita buat apa patut kita buat. Akhirnya, saya upgrade diri dengan tambah ILMU YANG DIPERLUKAN, dari dia. Saya masuk kelas anjurannya, Kelas Newbie Meroket Batch Pertama. Sambil melayan anak-anak di rumah, sambil kutip ilmu dalam kelas online. Dia juga sama. Dek kerana sambil melayan anak, membuatkan sukar menaip, dia kongsikan rahsia kejayaannya melalui audio. Walaupun saya rasa "bising" sebab dah malam, anak-anak nak tidur, saya cuba ikuti apa ilmu yang diberinya juga. Serius ilmu ini sangat

KELAS ONLINE NEWBIE MEROKET

Imej
Salam'alaik semua. Baru-baru ini saya ada masuk kelas online percuma yang diadakan pada 12 Mac 2017 yang lalu di group Whatsapp. Di sini saya ingin kongsikan dengan pembaca semua mengenai kelas ini kerana ia bermanfaat buat mereka yang masih sangat baru dalam perniagaan. Siapa dia ni? Dia juga seorang ibu dan surirumah seperti saya. Bezanya, dia adalah  Stokis Auoliya berumur 25 tahun yang berjiwa besar. Bangkit dari fasa kejatuhan dan kini sedang aktif berkongsi ilmu tentang bagaimana beliau naik dengan sangat cepat ketika mulakan perniagaan online walupun bermula dari zero. Kini ZULAIKHA RAMLAN telah/sedang menuntut ilmu di :  💟 Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan bersama Dr Azizan Osman 💟 Group Support Like bersama En Khairul Zahrin Abd Karim 💟 Group Support Like Elite Force bersama -En Khairul Zahrin Abd Karim -Cekgu Daus ( Big Why ) -Aiman Ismail ( Content Marketing ) -Storytelling (Tuan Izan Shafie) 💟 All About Marketing bersama Noraini Mok

SISTEM AKAUN TERBAIK

Imej
Saya baru saja selesai merekodkan transaksi kewangan saya untuk tahun 2014 melalui sistem akaun yang saya sewa di niagawan.com . Dari dulu saya mula berniaga saya tercari-cari sistem akaun seperti ini. Apatah lagi saya memang aliran perakaunan semasa sekolah menengah dan pengetahuan mengenai prinsip akaun diserap lagi semasa menjejak kaki ke kolej-kolej. Saya tidak pandai cipta sendiri sistem begini walaupun saya pelajar perakaunan dulu yang dapat markah CGPA 4.0 untuk subjek akaun ini. Malah saya teruskan membeli dan mencari sistem yang sangat menepati imaginasi saya.  Agak perfectionist kan? Ya. Walaupun markah 4 flat dalam subjek akaun tapi kalau dah hampir 10 tahun tak pernah amalkan, confirm jadi kosong semula kan bila nak guna ilmu tu untuk bisnes sendiri? Itulah yang terjadi pada saya.  Sebab tu saya tak pernah dapat kembangkan bisnes. Akaun berterabur! Bisnes sendu, hidup segan mati tak mahu. Untuk kawan-kawan yang baru nak belajar buat duit, saya sangat saran

CHECKLIST SOP KEROHANIAN

2017, SOP dalaman dan Kerohanian CHECKLIST =========== 1. Rutinkan solat berjemaah di masjid dan tepat waktu berserta solat sunat qabliyah dan ba'diyahnya 2. Rutinkan solat tahajjud 8 rakaat dan solat witir 3 rakaat (kalau tak mampu cukup istiqamah 2 rakaat tahajjud dan solat witir 1 rakaat) 3. Rutinkan membaca surah al waqiah sesudah solat subuh dan isyak + surah al mulk Barangsiapa membaca Surah Al waqiah setiap malam, maka ia tidak akan ditimpa kefakiran selamanya - H.R. ibn Sunni 4. Rutinkan Solat Dhuha 6 rakaat, yang jiwa kental buatlah sampai 12 rakaat (2 rakaat salam begitu seterusnya) 5. Rutinkan baca zikir asmaul husna Ya Fattah Ya Razak 11 kali, diikuti ayat kursi 1x dan surah Al Ikhlas 3x sesudah solat. 6. Rutinkan zikir Laa Hawla wala quwwata illaa billah sebanyak 100x setiap hari @ 100/5 = 20x setiap selesai solat fardhu 7. Rutin Istighfar 100x setiap hari @ 100/5 = 20x setiap selesai solat 8. Rutinkan baca surah 36 dari ayat al quran iaitu Yaasin 1x sehari