Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2017

SHE SAID YES GALLERY

Salam'alaik sahabat dan pembaca. Hari ni saya sudah mula mengorak langkah meraih pendapatan melalui perniagaan servis rekagrafik saya dan terbaru, saya sudah dapat pembekal kad kahwin yang baru. Alhamdulillah. Beberapa bulan selepas saya dikeluarkan dari group percetakan Put3 Sweet Gallery, saya agak gelisah dan sedih kerana beberapa pelanggan lama dan baru menghubungi saya untuk servis percetakan kad kahwin mereka. Terpaksalah saya tolak kerana tiada pembekal lagi. Sambil saya meneruskan servis rekagrafik yang mula bertapak, saya usaha juga cari pembekal. Tapi langkah saya agak terhad kerana komitmen dengan keluarga sangat tinggi. Sehinggalah 23 Oktober 2017 yang lalu, adik ipar saya menawarkan saya peluang menjadi agen kad kahwin semula. Lega sungguh rasa hati. 25 Oktober 2017 dah dapat jualan pertama kad kahwin. 😊 Syukur. Alhamdulillah. Servis rekagrafik juga masih terus berjalan dengan sangat baik dan makin berkembang. Seiring dengan kemahiran yang makin bertambah. Oh! Lu