BERMULA SEMULA

Salam'alaik pembaca setia.

Sekian lama saya tak jengah blog ini. Banyak perkara berlaku dan begitu pantas meregut masa. Lebih-lebih lagi dengan lahirnya bayi ke-empat saya. Kesibukan bersama 4 orang anak itu bukan mudah ditangani apabila bersendirian menguruskan hampir segalanya. Hidup jadi tak terurus sejak saya ada bayi baru ni. 😅

Hari ini saya menaip di sini kerana rindu menaip (menulis). Dulu, masa remaja,  dunia saya adalah dunia penulisan dan lukisan. Selalunya hingga 3-4 pagi saya melukis dan menulis. Sampai ponteng sekolah. 😅 Perasaan saya biasanya saya gambarkan dengan tulisan dan lukisan kerana tiada tempat meluah rasa. Dan hari ini, situasi ini berulang.

Sebelum saya ditendang keluar dari kumpulan percetakan Put3 Sweet Gallery kerana tidak mencapai target, saya sempat mengasah bakat lukisan menggunakan perisian Adobe Illustrator. Terima kasih semua yang terlibat untuk pengalaman selama setahun dalam bidang kad kahwin itu. Hingga hari ini, saya bersyukur memperolehi ilmu ini kerana ia sentiasa dapat memastikan akaun bank saya tidak kosong dalam jangka masa yang lama. Ya. Saya kini mampu menyediakan servis rekagrafik (graphic design) dengan kadar yang agak murah.

Rasanya sekian dulu buat masa ni. Ada banyak kain baju saya perlu kemas sebelum kembali menyambung tugasan rekagrafik. Nanti saya buat satu galeri artwork saya di sini.☺

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PENGALAMAN SEBAGAI PEMBANTU TADBIR N17 DI SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH, UPM

BERNIAGA KIOSK

PENGALAMAN PERNIAGAAN PERCETAKAN