Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2017

BERMULA SEMULA

Salam'alaik pembaca setia. Sekian lama saya tak jengah blog ini. Banyak perkara berlaku dan begitu pantas meregut masa. Lebih-lebih lagi dengan lahirnya bayi ke-empat saya. Kesibukan bersama 4 orang anak itu bukan mudah ditangani apabila bersendirian menguruskan hampir segalanya. Hidup jadi tak terurus sejak saya ada bayi baru ni. 😅 Hari ini saya menaip di sini kerana rindu menaip (menulis). Dulu, masa remaja,  dunia saya adalah dunia penulisan dan lukisan. Selalunya hingga 3-4 pagi saya melukis dan menulis. Sampai ponteng sekolah. 😅 Perasaan saya biasanya saya gambarkan dengan tulisan dan lukisan kerana tiada tempat meluah rasa. Dan hari ini, situasi ini berulang. Sebelum saya ditendang keluar dari kumpulan percetakan Put3 Sweet Gallery kerana tidak mencapai target, saya sempat mengasah bakat lukisan menggunakan perisian Adobe Illustrator. Terima kasih semua yang terlibat untuk pengalaman selama setahun dalam bidang kad kahwin itu. Hingga hari ini, saya bersyukur memperolehi