Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2017

Hari yang sangat letih...

Imej
Salam'alaik semua. Semalam adalah hari yang agak letih untuk saya. Pagi-pagi sudah bergegas ke klinik untuk temujanji pemeriksaan kesihatan. Bukan 1 temujanji tapi 3; saya, anak kedua dan anak ketiga. Mujurlah suami tidak ke luar kawasan dan dibenarkan keluar pejabat. Kalau tak, mungkin saya tak pergi temujanji tu semua. Faham-fahamlah situasi jika 3 orang kanak-kanak bersama seorang ibu sarat ke klinik. Dapat bayangkan kerenahnya? Demam! Terima kasih suami yang sudi membantu. Urusan temujanji di klinik pun memakan masa 4 jam tidak termasuk urusan mengambil ubatan di kaunter farmasi. Sabarlah yang paling penting. 😅 Pulang ke rumah, kami singgah membeli nasi ayam untuk makan tengahari sekeluarga. Nak memasak memang tak sempat memandangkan jam hampir pukul 1 petang dan anak pertama belum makan dan belum siap pakaian sekolahnya. Selesai makan, cepat-cepat bersiap dan hantar anak ke sekolah. Suami terus bergegas ke pejabat. Saya yang tinggal dengan 2 orang anak lagi, sudah sangat

RELAKS DI USIA 40

Salam'alaik semua. Beberapa hari ni kesihatan tak mengizinkan saya fokus pada perancangan bisnes. Batuk-batuk, asma dan sakit pinggang silih berganti. Mujurlah anak-anak sudah sihat. Kalau tak, ke hospital sudahnya saya ni. 😅 Kandungan pun sudah mencecah 9 bulan lebih. Menunggu masa saja melahirkan. Harapnya dah sembuh batuk ni barulah bersalin. Kalau tak, seksa nak menahan batuk dengan luka bersalin. 😱 Soal bisnes percetakan, perlahan-lahan Allah bukakan jalan. Bertemu dengan pembekal-pembekal lain secara online. Ia betul-betul jalan untuk saya merancang dengan lebih baik perlahan-lahan dan sendirian. Mungkin benar kata mak mertua saya, nanti umur kau 40 barulah boleh relaks. Begitulah katanya ketika mengetahui saya hamil cucunya yang ke-4 beberapa bulan lalu. Ya. Memang saya berniat relaks pada usia 40-an. Relaks yang bermaksud, perniagaan saya sudah mampu dijalankan secara automatik. Wallahua'lam. Saya hanya merancang. Allah saja tentukan segalanya.

PEGAWAI JUALAN HARASH COLLECTION

Imej
Pengalaman singkat dari 6 Januari 2017 hingga 15 Januari 2017 sebagai pegawai jualan Harash Collection banyak mengajar saya ilmu close sales dan menyimpan data pelanggan. Ia mampu buat kita lihat lebih jelas adakah target kita mampu dicapai atau tidak. Perancangan untuk menjadi pegawai jualan ini tidak mampu saya teruskan lagi selepas melihat wajah suami yang mula mencuka setiap kali pulang kerja apabila melihat saya asyik memegang smartphone menjawab mesej Whatsapp yang bertalu-talu sambil mencatat di dalam laptop. Ya. Saya sangat sibuk. Sehari akan masuk sekurang-kurangnya 20 ke 30 mesej Whatsapp. Tidak kira siang mahupun malam. Ya. Memang mampu jana RM1000 ke atas setiap bulan hanya dari rumah jika saya teruskan tapi apabila pertukaran nilainya adalah MASA BERSAMA KELUARGA terlalu tinggi, pastilah kita perlu lepaskan demi menjaga rasa hati keluarga yang jauh lebih bernilai dari wang dan ringgit. Kita bekerja di rumah atas alasan mudah jaga anak membesar di depan mata tapi ADAKA

Kerjasama dengan HARASH COLLECTIONS

Imej
Salam'alaik semua. Hari ni nak kongsi kerjasama saya dan Harash Collection, peneraju pakaian sedondon patuh syariah. Sebenarnya dah lama saya ikut Harash Collection diam-diam sebab rekaan baju berpasangan (couple t-shirt) mereka sangat cantik. Kalau banyak duit, semua saya borong. 😁 Bermula raya 2016 yang lalu saya mula membeli. Saya tak beli banyak. Hanya sepasang untuk saya dan suami. Kemudian baru saya beli pakaian untuk anak-anak. Tunggu bajet la katakan.... 😅 Tak berapa lama kemudian saya terbaca Harash Collection buka peluang menjadi agen dropship secara percuma dan akan mengadakan kelas percuma juga. Teruja dengan ilmu yang bakal diterima, saya daftar. Saya hadir ke kelas mereka yang saya rasa ilmunya sangat-sangat mahal kerana co-founder mereka, Tuan Zulqurnain mengajarkan kami ilmu dari BRC (Bukhari Ramli) dan Write To Wealth (Aqif Azizan) secara percuma untuk melatih kami menjadi agen yang bagus. Tapi sayang... Seperti biasa, ilmu yang saya belajar tertinggal di d