Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2016

HOBI BARU: MEMANCING - MENDIDIK SABAR

Imej
Assalamu'alaikum semua. Sekian lama tidak menaip di blog ini. Entah apalah yang disibukkan sangat. #^_^ Hari ni cadangnya nak sambung kira-kira akaun untuk tutup dan bubar perniagaan percetakan pertama saya yang sangat mengecewakan. Suami pula ajak berkelah sambil memancing. Saya fikir, elok juga bawa kerja saya ke tempat yang penuh kehijauan setelah sekian lama terperap dalam simen (rumah). ╮(╯▽╰)╭ Jadi, dari pagi kami bersiap pergi beli khemah dan joran. Konon nak dapat yang murah, pergi ke Nilai 3. Hampeh! Semua RM150 ke atas untuk harga khemah walaupun kualiti tak sesuai harga. Cis! Cari joran pula, kedai pancing tak buka. -_- Sambung cari khemah kat Semenyih Sentral. Tak ada! Cari pula kat Econsave Semenyih. Pun tak ada! Grrr!!! Penat dah ni dengan anak-anak melasak dalam kereta. -_-|| Masa tunggu suami cari khemah tu, terpandang papan tanda "Akuarium & Alatan Memancing" kat depan kereta. Masa tu parking depan kedai yang ada jual burung dan anak ayam. Dala