Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2016

Perjalanan Legasi Cetak Yang Terkini

Imej
Assalamu'alaikum kepada muslim dan salam sejahtera kepada bukan muslim. Hari ini saya luangkan masa untuk menaip di sini tentang perjalanan Legasi Cetak; perniagaan percetakan yang saya usahakan bersama suami, ibu dan adik-adik perempuan saya. Setelah setahun saya lepaskan Legasi Cetak di bawah pengurusan adik saya, Nash, saya lihat tiada perkembangan memberangsangkan memandangkan ketika itu hidupnya dihimpit masalah teman lelaki yang "kurang siuman". Ini menyebabkan saya mula melangkah masuk kembali dan berusaha menyatukan semula anggota perniagaan kami yang telah berpecah-belah. Ya. Bukan mudah berniaga di bawah satu bumbung bernama keluarga apabila kesatuan hati itu tidak pernah terjadi sedari kecil. Namun, usaha tetap perlu agar tidak dipersoal di akhirat nanti. Entah bagaimana, kami tiba-tiba bersatu setelah diberi peluang rakan Nash, Raden Ahmad dari Eventers Management & Services untuk mempromosikan Legasi Cetak dengan menaja produk percetakan kami melalui

TANGAN BESI URAT DAWAI - Ingatan Untuk Ibu

Dulu, semasa kecil, saya sangat suka membelek tangan ibu saya. Saya suka melihat urat-urat yang timbul di tangannya. Saya rasa urat-urat itu mencantikkan tangan ibu saya dan berharap urat-urat itu berada pada tangan saya. Setelah mencecah usia begini, barulah saya faham kenapa tangan ibu penuh urat-urat yang cantik tu. Ia tanda kerja keras ibu membanting tulang, menjaga anak-anak yang beratnya 3kg hingga 10kg ke atas yang minta dikelek ke sana ke mari setiap hari sambil memasak, mengemas mahupun membuang air. Hargai ibu sehingga habis hayat kita. Bukan hingga habis hayat ibu kerana alam kubur adalah 'hayat seterusnya' di mana kita tidak lagi dapat mendoakan sesiapa melainkan menanti doa tiba. Nota: Betulkan jika tafsiran saya salah.

GSL BATCH WIRA

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni sihat sikit selepas beberapa hari merana kerana masalah resdung menyerang kembali dengan lebih teruk selepas saya berhenti menggunakan Bella Formula Sinus Cure selama sebulan. Ternyata saya memang perlu bergantung dengan produk tersebut untuk sentiasa sihat. Kebetulan hari saya diserang penyakit ini, adalah hari saya perlu beri komitmen tinggi dengan GSL (Group Support Like) Batch Wira. Saya dapat online sekali-sekala sahaja memandangkan mata saya sangat sukar melihat kerana terlalu gatal apabila dibuka. Sangat seksa. Suami saya naik risau melihat saya menenyeh dan menggaru mata hingga merah menyala. 😞 Dia ambil keputusan membeli semula Bella Formula Sinus Cure walaupun saya berat hati kerana produk ini memerlukan kami mengeluarkan belanja RM60 setiap bulan. Untuk orang seperti saya, RM60 setiap bulan itu agak banyak walaupun suami tak kisah. 😢 Apa pun, terima kasih kepada cikgu Anys yang membantu saya menyertai GSL yang begitu padat