Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2016

TAMBAH ILMU PERCETAKAN BERSAMA KOTAK HITAM ART STUDIO

Imej
Semalam adalah hari yang telah dijanjikan untuk saya berjumpa semula dengan rakan sekelas masa sekolah menengah dahulu. Dia adalah antara pengasas Kotak Hitam Art Studio dan Kotak Hitam Clothing (seingat saya la). Saya pula antara rakan yang sering mengikuti perkembangan perniagaannya. Lebih-lebih lagi apabila bidang yang diceburinya sama dengan bidang yang saya baru belajar iaitu percetakan. Sebenarnya saya telah bertanya pakcik Google banyak kali kalau-kalau ada kursus percetakan yang percuma. Ternyata kursus-kursus yang ada dalam senarai pakcik Google tidak menepati keinginan saya. Kesemuanya memerlukan pembayaran yuran sekurang-kurangnya RM500 hingga ribuan. Allah Maha Pemurah telah menggerakkan hati saya mengintai-intai perniagaan rakan saya ini. Kebetulan pula dia mengadakan sesi "Sembang Kopi" secara percuma untuk rakan niaga. Saya tak faham konsep "Sembang Kopi" sebenarnya. Rupanya ia adalah ruang untuk saya bertanya apa saja mengenai percetakan.

KEJUTAN UNTUK MAMA...

Imej
Sambil melayan Aleef menyusu, sambil membaca di telefon pintar hadiah suami ini, sambil mengintai anak-anak yang lain... Aiman tertonggeng-tonggeng mencatat sesuatu di buku nota kecil mama. Dibantu samar-samar cahaya lampu kuning bilik air. Kelihatan dia mengoyakkan nota tersebut dan keluar sambil menutup pintu bilik. Sambil cuba menyelitkan nota itu di celahan pintu. Aleef bingkas bangun melihat abangnya keluar dan menutup pintu. Saya juga bingkas bangun. Membuka pintu sambil mengambil nota-nota itu. Catatannya buat saya tersenyum... Terima kasih Aiman. Aiman selalu ada di saat hati mama rentan. Aiman selalu ada di saat mama mengerang sakit. Aiman selalu risau di saat mama kelihatan kurang sihat. Drama ini tak habis di situ... Secawan kopi panas terhidang. Khas untuk mama sahaja. Terima kasih Aiman. Anak seorang ini, walau pusarnya dua, walau dikata susah dijaga dan banyak kerenah, tapi tahukah mereka yang berkata.... Dialah satu-satu anak paling berbakti padaku buat masa ini..

MEMULAKAN BISNES SEMULA

Imej
Pagi ni (5 Feb 2016) saya kena taip laju-laju sebab sebenarnya mata saya dah rabak kena gosok dan saya sangat letih untuk menaip. Saya perlu paksa diri untuk kekalkan blog ini updated supaya tak tenggelam ditelan masa. Sebelum ni saya pernah cerita tentang bisnes percetakan saya yang kembali semula. Undangan daripada pengurus Muslim Model Show 2016 untuk kami menjadi salah satu penaja mereka kami terima dengan salah seorang anggota syarikat menyuntik modal yang bagi saya dan adik-adik, agak besar. Hari ni (4 Feb 2016) bermula pencarian kami untuk menguruskan semua tempahan setelah semua perkara diminta dipersetujui melalui mesyuarat secara online melalui aplikasi Whatsapp. Sebenarnya hari ni jadual yang saya susun adalah ke kilang untuk mengambil baju-T, kemudian ke HQ Put3 Sweet Gallery untuk tempahan pelekat dan backdrop selain memantau perkembangan tempahan kad kahwin pelanggan dan terakhir ke Cheras untuk tempahan bunting jenis roll-up . Ia satu cabaran besar apabila anak-ana