SEMINAR MY DOCUMENTS - TIPS

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera semua.

Saya pasti rakan-rakan saya tertunggu-tunggu ilmu yang saya ambil dari Tuan Abdul Basit, pengerusi eksekutif kepada Byond Group of Companies di Seminar My Documents (SMD) pada 5 November 2016 yang saya hadiri. Maaf kerana lambat dari yang dijanjikan atas sebab masalah internet.

Sebelum saya kongsikan di sini, saya sudah pun membaca terma dan syarat hakcipta yang dilampirkan di dalam Workbook yang diberikan sebelum seminar #SMD2016 dimulakan. Jadi, saya hanya akan berkongsi tips-tips yang saya ambil dari SMD2016 ini sahaja dan bukan nota penuh. Semoga bermanfaat.

TIPS SMD2016

1. Bila kita rasa kita sudah pandai dan tahu banyak perkara, kita sudah melangkah separuh kegagalan.

2. Wanita bukan untuk difahami, cukup untuk disayangi. Tips ini dikhaskan untuk kaum lelaki yang menggunakan khidmat isteri (terutamanya) di dalam perniagaan kerana wanita biasanya akan sangat membantu apabila cukup disayangi. Faham ke tak ni? Tak faham, nanti daftar SMD2017 pula ye pada Januari 2017 ini.

3. Kerana terlalu mahu jimat membayar yuran kebijaksanaan, menyebabkan terpaksa membayar cukai kebodohan yang tinggi.

4. Ketika kita memilih untuk ke majlis ilmu, letakkan ego di luar pintu kerana ego terlalu besar untuk dibawa masuk ke majlis ilmu. Tips ini ada formula mateatiknya yang ditunjukkan oleh tuan Abdul Basit. Saya akan kongsikan kemudian.

5. Rahsia orang berjaya ialah B - Berguru. Ada 4 jenis guru yang kita wajib cari:
a) Guru motivasi dan keberanian - iaitu orang yang boleh marah kita bila-bila masa dan gerakkan kita bila kita down (jatuh, kecewa, hilang semangat).
b) Guru operasi dan teknikal - orang yang mahir dalam bidang yang sama dengan kita. Lebih ramai lebih baik. Orang itu juga mestilah dari orang yang sudah terbukti berjaya dan pernah jatuh.
c) Guru pengurusan dan sistem - supaya kita tak perlu berada di dalam bisnes kita dan jika terjadi sesuatu kepada diri kita, bisnes masih tetap berjalan seperti biasa. Maksudnya, kita automasikan bisnes kita.
d) Guru agama dan kerohanian - nak bisnes laju perlu ada bantuan Tuhan. Untuk orang Islam, seeloknya amalkan tahajjud dan rajin minta dengan Allah s.w.t.

6. Jangan buat syarikat sendirian berhad jika belum ada VMO. VMO adalah singkatan kepada Visi, Misi dan Objektif. Nak tahu lebih, daftarlah SMD ye.

7. Orang yang tiada timeline, tiada masa selamanya. Ini bermaksud, tiada tarikh sebenar untuk setiap kerja yang dilakukan. Semuanya ikut suka bila nak selesaikan.

8. Kita dah tempah dah gagal apabila kita tak tahu apa nak buat. Fail to plan, you plan to fail. Pernah dengar, kan?

9. It's not what you drive, but how you drive.

10. Dalam bisnes tiada yang salah. Yang ada hanya salah faham.

11. Kuasa sebenar dalam bisnes terletak pada orang kiri daripada 6 roda pengurusan. Apa 6 roda tu? Daftar SMD2017 dan korang akan tahu apa dan siapa.

12. Pengurusan buat keputusan berdasarkan akta dan fakta.

13. Pemilik bisnes wajib ambil gaji. Gaji tu macam mana? Ia disebut gaji apabila sudah mencarum KWSP.

14. Syarikat yang tidak diaudit, takkan berkembang.

15. Cari pekerja di mudah.my dengan iklan berbayar dan anda akan dapat pekerja berkualiti.

16. Jika tiada orang lain mengawal duit, duit akan kawal kita.

17. Jika pemilik bisnes terlibat dalam operasi dan jualan, syarikat susah untuk berkembang.

18. Jangan campur orang bahagian kiri roda pengurusan dengan bahagian kanan pengurusan kerana kedua-duanya mempunyai karakter yang berlawanan dan bisnes akan jadi huru-hara. Kenapa? Daftar SMD2017, nanti korang tahulah sebabnya.

19. Ilmu ada ada 2 jenis:
a) Ilmu sukatan - ilmu dari buku yang menggunakan bahasa-bahasa jargon (asing) mengikut bidang masing-masing. Maksudnya, ilmu programming guna bahasa komputer. Ilmu sains, guna bahasa sains.
b) Ilmu dapatan - ilmu dari pengalaman kita semasa proses pembelajaran. Contohnya, ilmu memasak memerlukan kemahiran memasak yang telah digilap melalui proses-proses mengenal bahan masakan, kesegaran bahan, suhu, sukatan perasa dan sebagainya.

20. Bawa rasa bertuhan dalam berbisnes.

21. Nak berjaya tak perlu pandai buat semua perkara, cukup tahu buat semua perkara. Kalau tak tahu, cari orang pandai untuk buat benda yang kita tak tahu atau tak mahu.

22. Resit tempatnya di dalam fail. Khaskan satu beg kecil atau bekas alatulis khas untuk resit. Kumpulkan, buat salinan, cetak, tulis setiap perbelanjaan pada salinan dan simpan yang original di dalam kotak. Sediakan satu fail untuk bahagian admin dan letakkan salinan resit tersebut di dalamnya. Tips ini untuk mereka yang takut sangat dengan LHDN sebab rekod bersepah.

23. Tips cari pekerja Human Resource (HR):
a) Cari orang yang pernah pecat orang lain, minima pengalaman 2 tahun dan mahir dengan Akta Buruh, pekerja dan KWSP. Ingat! Pekerja part-time juga mesti dibayar KWSP.
b) Gunakan HR Funnel ketika mengiklankan jawatan ini. Konsepnya sama dengan undang-undang Pareto (80:20). Tak tahu? Daftar SMD2017 nanti ye.

24. Kalau pekerja buat salah, jangan tanya kenapa tapi berikan ayat ini - "So, apa solusinya?" atau "Masukkan dalam SOP." Contohnya, pekerja datang lambat. Jangan tanya kenapa. Kita tak perlukan alasan. Kita perlukan penyelesaian. Jadi, soalan solusi itu akan buat pekerja fikir sendiri solusi supaya perkara sama tidak berlaku lagi.

25. Apa itu TTD? Adakah ia things to do? TTD adalah singkatan Things To Delegate. Perkara untuk dibahagikan. Kita senaraikan things to do, dan kita delegate ia. Ia lebih produktif.

26. Task Management - pengurusan tugas. Gunakan carta yang mudah dan realistik untuk pembahagian tugas. Macam mana rupa carta tu? Korang daftar SMD, nanti korang dapat tahu. Sangat praktikal.

27. Nak kawal kesilapan, gunakan SOP. Nak kawal manusia, guna Polisi.

28. Idea banyak? Guna Wall of Ideas. Camane tu? Daftar SMD2017 nanti ye.

29. Culture of success is.......SPEED!!

30. Kerja hakiki orang bisnes adalah kembangkan syarikat dan bawa masuk talent dalam syarikat dan segera bina pasukan bisnes.

31. Mentaliti bisnes ada 3 kategori:
a) Pembuat - pantang dicabar, susah percaya orang, kedekut ilmu, suka buat benda yang dia pandai buat, semua sendiri buat dan akan cari pekerja yang bersikap sama seperti dirinya. 70% orang bisnes dalam kategori ini.
b) Pengurus - pentingkan sistem, sering mengarah (kadang-kadang seperti membebel), biasanya dari kalangan cerdik pandai (budak universiti, kolej), cengih (garang) dan perfectionist. 20% orang bisnes dalam kategori ini.
c) Pengusaha - jenis yang cakap pandai tapi belum tentu dia akan buat. Biasanya terdiri dari orang berada. Idea developer. 10% orang bisnes dalam kategori ini.

32. Beza enterprise dan sendirian berhad:
a) Enterprise
- bukan syarikat sebaliknya ia hanya lesen perniagaan.
- jawatan paling tinggi hanya pengurus atau founder.
- tiada saham, tiada nilai.
- tidak boleh dijual-beli.
- tidak boleh dipindah-milik walaupun pada anak kerana di dalam akaun bank enterprise, tidak boleh buang nama walaupun nama dibuang di SSM.
- akaun bank akan dibekukan sekiranya pemilik atau salah seorang pemilik meninggal dunia. Sekiranya salah seorang pemilik membuat pinjaman dan gagal membayarnya, pemilik lain turut terlibat walaupun nama sudah tiada di dalam sijil SSM. Harta peribadi pemilik turut akan terkesan. Jika pemilik meninggal dunia, pekerja juga tidak dapat menuntut bayaran gaji.
- tidak sesuai berniaga secara partner dan tidak patuh syariah atas sebab di atas yang mengandungi unsur penganiayaan.
- umpama menaiki basikal; tiada penyelenggaraan, murah.
- tiada pengambilan gaji sebaliknya ia disebut elaun sekiranya mengambil hasil dari jualan sebagai upah.
b) Sendirian Berhad
- ada saham, ada nilai.
- boleh dijual-beli.
- akaun bank tidak beku jika sesuatu terjadi kepada pemilik.
- ada VMO yang jelas.

33. VMO
a) Visi - Matlamat jangka panjang. Biasanya dalam tempoh 3 tahun ke atas.
b) Misi - Matlamat jangka pendek. Biasanya dalam tempoh 6 bulan hingga 1 tahun.
c) Objektif - Matlamat kecil yang membantu misi tercapai.

34. Gunakan formula SMART ketika menulis VMO. Bagaimana? Daftar SMD2017 nanti ye.

35. Formula Urus Fail ialah 3M iaitu merekod, mengelas dan menyusun. Tips ini sangat praktikal dan tuan Abdul Basit menunjukkan contoh yang sangat jelas dan terang. Tinggal kita nak bertindak atau tidak sahaja. Nak tahu? Daftarlah SMD2017.

Sekian sahaja perkongsian Tips dari SMD2016 yang saya ambil. Saya akan kongsi tips dari Dato' Roslan Ab Hamid pula nanti ye. Tak cukup masa lagi nak menaip. Kalau tak faham, boleh tanya terus di Facebook saya ye.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PENGALAMAN SEBAGAI PEMBANTU TADBIR N17 DI SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH, UPM

BERNIAGA KIOSK

PENGALAMAN PERNIAGAAN PERCETAKAN