BUSY-NESS KE BUSI-NESS?

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera semua.

Lama sangat tak update blog. Sudah makin tidak konsisten pula sekarang ni.

Apa cerita baru ye? Eceh... perasan retis pula.

Biasalah kan untuk newbie macam saya yang berbisnes sambil berkhidmat sepenuh masa dengan keluarga, business tu tak mampu nak panggil business lagi. Ia lebih kepada busy-ness. Hehe
Bertabah je la...

Mujur ada group-group bisnes yang saya sertai melalui guru online saya. Cikgu tu bukan main konsisten. Anak murid ni degil asyik ke laut je... Ahahaha

Banyak perlu buat. Berjela bila list. Setakat ni, listing kerja tu banyak membantu. Dah siap, tick. Dah siap, tick.

Rangkaian bisnes saya makin berkembang sekarang melalui penyertaan saya ke Group Support LIKE yang diasaskan tuan Khairul Zahrin. Alhamdulilah.

Dapat juga bekerjasama dengan group Amal Till Jannah (ATJ) yang menyediakan saluran infaq untuk suri tak keluar rumah seperti saya. Selama ni asyik fikir macam mana nak memberi sedekah supaya terbuka pintu rezeki untuk saya. Melalui cikgu blog saya, saya ditemukam dengan group ATJ ni. Sangat banyak perkongsian yang sangat bermanfaat. Alhamdulillah.

Pasal Legasi Cetak yang diasaskan oleh saya dan 4 orang ahli keluarga yang lain.... hmmm
Saya terpaksa lepaskan. Letih buat kerja opis sorang-sorang. Huhu
Tak menang tangan sebab ada lagi satu bisnes percetakan yang saya perlu fokus betul-betul iaitu Put3 Sweet Gallery Semenyih.

Setakat ni, Put3 Sweet Gallery Semenyih masih menerima pelanggan. Alhamdulillah. Hasilnya saya salurkan separuh kepada Legasi Cetak sebab terlalu banyak ambilan. Kenalah ganti balik kan...? Modal pun guna duit suami dan ibu saya. Ohohoho

Perancangannya, selepas kedai fizikal Put3 Sweet Gallery Semenyih berjaya dibangunkan, barulah seluruh keuntungan saya gunakan untuk kembangkan Put3 Sweet Gallery Semenyih. Mungkin dalam 2 tahun lagi.

Doakan saya sukses ye. Aamiin ya robbal 'alamiin.

Sekian dulu coretan hari ni. Anak-anak bersilat minta tidur dah...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PENGALAMAN SEBAGAI PEMBANTU TADBIR N17 DI SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH, UPM

BERNIAGA KIOSK

PENGALAMAN PERNIAGAAN PERCETAKAN