Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2016

PUSAT RAWATAN AL-HABIB

Imej
Hari ni saya dan suami bawa mak mertua saya ke sebuah pusat rawatan Islam atas rekomendasi dari mak ayah saya yang telah berhasil mengubati adik perempuan saya yang kebetulan dikesan mempunyai "penumpang" di badannya. Mulanya kami berhajat membawa mak mertua saya berurut kerana kerap mengadu sakit kaki dan badan. Selalunya selepas kami (saya, suami dan adik ipar) urut mak, mak dah boleh buat kerja. Tapi semenjak akhir-akhir ni, setiap kali kami urut, dah tak kebah lagi sakit urat mak. Sebaliknya, kami yang kebas-kebas dan sakit tangan mengurut mak. Oleh kerana bulan ini bulan puasa, kami buat keputusan bawa mak pergi mengurut sebab di rumah tiada apa nak dibuat. Tak kiralah berapa kosnya. Kami tak mahu fikir. Saya hubungi mak ayah saya. Saja beritahu kami berjalan-jalan bawa mak mertua pergi mengurut. Mak saya cadangkan supaya kami ke pusat rawatan Islam di Reko Sentral, Kajang. Namanya Pusat Rawatan Al-Habib . Gambar hadapan Pusat Rawatan Al-Habib Sumber: Faceb