Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2016

TEMURAMAH ONLINE ABDR & AKTIVITI TERKINI SAYA

Imej
Beberapa hari lalu pengasas ABDR mencari suri yang telah berhenti kerja selama 3 tahun ke atas untuk ditemuramah secara online . Beliau mahu tahu apa pengalaman yang dialami dan  produk dan servis apa yang sedang diusahakan kini. Untuk saya, pengalaman berhenti kerja adalah setiap kali hamil. Saya tekad bekerja di rumah sahaja selepas hamil anak ke-3 (bongsu). Serik nak kerja luar kerana bila kerja luar rumah, saya ditakdirkan hamil. 😅 Kini saya mengusahakan 2 perniagaan percetakan. Perniagaan inu masih di tangga pertama dan bertatih-tatih. Aktiviti perniagaan terkini adalah gabungan perniagaan adik-beradik saya (lelaki & perempuan berlainan syarikat) bersama usaha membina penjenamaan kami dengan sebuah syarikat pengurusan event dan akan terlibat dalam Muslim Model Wedding Show 2016 (MMWS 2016). Perniagaan adik-beradik perempuan saya (Legasi Cetak). Perniagaan adik lelaki saya (Zatshin Enterprise). Kami masih dalam perbincangan untuk penajaan MMWS 2016. Insya-Allah. Semoga k

LEGASI CETAK

Imej
Legasi Cetak Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini saya mahu perkenalkan perniagaan saya yang sudah sekian lama "tidur ayam" selepas saya melahirkan anak ketiga tahun 2014 lalu. Anak sudah besar, mudah sikit bergerak. Ini bukan alasan. Ini kenyataan. Lain orang lain caranya. Perniagaan ini adalah perniagaan pertama saya yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Ia gabungan antara adik-beradik perempuan saya, suami dan ibu saya. Saya bertanggungjawab mengasaskan perniagaan ini. Setelah kejatuhan pertama dek kerana emosi saya ( perangai  lady boss - baru belajar mengurus perniagaan), saya banyak belajar melalui tips-tips yang dikongsikan "mem" besar PTS, Puan Ainon Mohd. Setelah menuntut ilmu secara online  dan percuma selama setahun (2015), saya mula nampak di mana salah saya, apa perlu saya baiki dan bagaimana bangun semula. Sekarang, Allah s.w.t. membuka jalan dan

MENSTRUKTUR SEMULA AKTIVITI

Melihat pada tarikh yang dicatat pada skrin komputer, menunjukkan sudah seminggu saya tidak menaip di sini. Ya. Agak lama. Mungkin aktiviti persekolahan anak-anak, perniagaan sampingan dan sedikit masalah keluarga memaksa saya meninggalkan blog ini dan blog niaga saya buat sementara waktu. Biasa saja bagi ibu beranak kecil seperti saya "lari" dari jadual. Kita merancang tetapi pastinya Allah punya perancangan lebih baik. Melihatkan pada keadaan SOHO saya yang agak bersepah, saya tahu saya perlu susun dan struktur semula segalanya. Kesabaran itu penting apabila berhadapan dengan diri sendiri yang mahukan kesempurnaan tetapi seringkali gagal. Masa akan menentukan. Ya Allah... Ya Baari.. Yang Maha Mengatur. Bantulah hamba mengatur langkah ini hingga segalanya sempurna seperti mahuku. Tiada yang mustahil bagi-Mu....

PANDUAN BERNIAGA PASAR MALAM

Malam ni saya cuba cari idea untuk menaip di blog ini berdasarkan pengalaman dulu dan dapat idea untuk dijadikan panduan kepada sesiapa yang baru nak mula berniaga di pasar malam dan tidak tahu bagaimana. Sebelum anda pergi ke pasar malam dan dengan selamba letak kenderaan dan buka tapak meja tanpa segan silu atau main 'langgar' je, ada baiknya anda baca dulu sedikit perkongsian saya. 1. Cari tapak niaga pasar malam paling dekat dengan kawasan tempat tinggal anda supaya mudah anda mengusung barang dan jimat petrol. Sekarang zaman online . Cari saja guna khidmat Google. Masuk ke laman web Majlis Perbandaran kawasan anda dan anda akan jumpa senarai pasar malam yang ada di kawasan anda. Jadi, anda tak perlu buang masa dan duit untuk pergi berpusing seluruh daerah untuk mencari. Senaraikan ikut hari setiap pasar diadakan. 2. Dah ada senarai pasar mana anda mahu berniaga, kenalah anda "berjalan-jalan" sambil beramah-mesra bertanya dan berbual-bual dengan peniaga yang s

ULANGTAHUN PERKAHWINAN KE-9

Alhamdulillah. Syukur atas nikmat hari ini dan sebelumnya. Kalau rajin, bacalah. Bawah sekali saya kongsikan sikit tips cari jodoh. Sikit je. Ya. Hari ini ulangtahun perkahwinan saya dan suami yang ke-9 tahun. Banyak perubahan sepanjang perjalanan mengenalnya. 2004 - Kami berkenalan sebagai rakan biasa. Asalnya saya mahu jadi 'cupid' untuk kawan baik saya. Bahasa KAU - AKU itu biasa walaupun dia tua 4 tahun. Tak hormat orang tua betul kan?  2005 - Dari cuba jadi 'cupid', saya akhirnya terpanah diri sendiri. Baru belajar guna bahasa ABANG - AWAK. Kelakar pun ada dari KAU - AKU jadi ABANG - AWAK.  Sakitnya tu di sana sini! Sebab saya dan dia bercinta jarak jauh. Pada katil double decker asrama, saya tampal gambar ukuran pasport dia di papan katil atas saya (saya tidur katil bawah) dan tengok setiap hari sambil berbual bila saya bosan. Kami juga guna cara kirim surat. Tu pun beberapa bulan sekali. Telefon 3 kali saja sepanjang saya di asrama. Maklumlah. Sa

TAHUN PENUH PERUBAHAN

Assalamualaikum semua. ヾ(^-^)ノ Tahun 2015 sudah beberapa hari meninggalkan kita. Guru online memberi tugasan mencatat peristiwa sepanjang tahun 2015. Saya cuba catatkan juga dalam waktu senggang ini (takdelah senggang sangat - sambil menyusu anak). Bermula awal tahun 2015 saya bersama Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR), di mana ketika itu semangat saya mengendalikan bisnes percetakan sedang sangat menurun dan saya menceburi bidang penulisan blog dengan bimbingan guru dan rakan di dalam ABDR. Tiada perkara sangat istimewa sepanjang tahun 2015 melainkan pembabitan saya dalam usaha menggilap penulisan saya dan perkongsian ilmu yang saya ada melalui blog. Banyak yang dipelajari. Banyak perubahan saya buat bermula dengan usaha kekal positif dan mengelak anasir minda negatif dari bertapak dalam hati dan fikiran. Syukur juga apabila suami diterima bekerja dalam sektor kerajaan sebagai pemandu. Ia sekaligus mengubah penerimaan dirinya kepada nasibnya sendiri yang hidup dalam keluarga susah se