Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2015

FOKUS! RAHSIA KEKAL ATAS 'TREK' SEMASA BEKERJA DI RUMAH

Imej
Sumber foto: aqifazizan.com Setiap apa pekerjaan yang dilakukan, semuanya memerlukan fokus. Fokus adalah kemampuan konsentrasi kepada sesuatu objek atau perkara tanpa mempedulikan hal-hal lain. Bila sebut fokus, selalunya golongan ibu lebih mudah terganggu. Lebih-lebih lagi apabila mempunyai anak-anak sekecil 1 hari hingga 6 tahun. Sebagai seorang surirumah yang berniaga kecil seperti saya, fokus memang sangat mudah terganggu. Masa yang ada mesti dibahagi sebaiknya antara anak, suami, kerja rumah dan pengurusan perniagaan. Kehadiran anak-anak kecil pastinya lebih memerlukan perhatian memandangkan mereka kecil hanya sekali. Jadi, bagaimana mahu menguruskan perniagaan sambil mengurus rumahtangga? Antara yang boleh saya kongsikan buat masa ini adalah: #1 Wujudkan jadual rutin harian anda Sumber foto: mkhai,com Jika anda cari di Google mengenai bekerja di rumah, kebanyakan mereka yang bekerja di rumah mempunyai jadual rutin harian mereka sendiri. Wajib ada jika mahu

DILEMA IBU: ANAK DEGIL JIKA DICIUM! BENARKAH?

Imej
Mencium tangan anak / mencium anak, anak jadi makin degil? Saya pernah juga ditegur mengenai hal ini. Saya suka cium tapak kaki bayi dan tapak tangan bayi. Hakikatnya, teguran itu sebenarnya menunjukkan kesalah-fahaman "orang dulu-dulu". Ilmu dicedok tanpa dirujuk. Ilmu disebar tanpa penyandar. Kasihan pada ibu-ibu yang kurang pengetahuan. Takde masalah awak cium anak awak kat mana bahagian pun. Anak suka ibu bahagia dan sel-sel otaknya berhubung lebih baik apabila dicium. Tenang dan rasa selamat. Mahu hadis dan ayat al-Quran? Maaf. Saya bukan penghafal. Saya hanya pembaca, pengamal dan orang biasa-biasa seperti anda juga. "Tidak akan disayangi, orang yang tidak menyayangi." - sumber: tak ingat. Selamat malam warga blogosfera. Esok saya dan keluarga sudah ada program bersama anjuran Jakim di Masjid Putra, Putrajaya. Saya akan kongsikan apa saya belajar di sana nanti. Semoga semua anak-anak dan suami serta diri saya sihat untuk belajar esok. Amin. Ya robbal

SIAPKAN PERANCANG TAHUN 2016

Imej
Alhamdulillah untuk hari yang agak panjang rasanya hari ni. Apa khabarnya persediaan anda semua ye? Saya agak sibuk merancang aktiviti untuk bulan Disember ini dan tahun 2016 nanti. Rancang bukan dalam otak sahaja ye. Kena rancang betul-betul. Saya buat banyak rujukan dan bacaan untuk wujudkan sistem untuk diri saya dan keluarga. Ya. Dalam hidup ini kita memang sangat perlu satu sistem untuk setiap kerja. Cerita tentang sistem ni, jika saya taip tentang work at home , begitu banyak carian mengenainya yang dikongsi oleh bangsa sebelah Eropah sana. Jika saya taip "bekerja di rumah", kebanyakan tulisan di blog tidak begitu spesifik tentangnya. Kebanyakannya menulis pengalaman sendiri dan tiada tunjuk ajar yang hampir tepat atau isi yang boleh ditiru bulat-bulat oleh mereka yang sangat kosong mengenainya. Saya tak boleh kata ia tepat kerana semua orang ada cara hidup berbeza. Dari carian saya sejak tahun 2012 mengenai bagaimana merancang segalanya dari atas k

SEKOLAH DI RUMAH

Imej
Assalamualaikum semua. Lama juga saya tidak menulis di blog ini. Sebenarnya saya sedang menyusun atur perancangan untuk aktiviti tahun 2016. Sebagai seorang surirumah sepenuh masa, aktiviti rutin urusan rumahtangga adalah satu keutamaan. Memandangkan tahun depan, anak kedua saya akan masuk usia 4 tahun, saya mahu usahakan mengajarnya sendiri. Tanpa menghantar ke taska atau pra-sekolah! Ia tidak mustahil. Pada tahun 2013, anak pertama saya yang ketika itu mencecah usia 4 tahun, saya hantar ke taska. Dia tidak fokus di sekolah dan lebih kerap membantu tukang masak sekolah memasak daripada menghadap guru! Ini kerana saya jarang dan boleh dikatakan tidak pernah membacakan buku, menulis atau melukis dengannya di rumah. Saya lebih banyak mengajarnya kemahiran kerja rumah! Tapi saya tidak perasan semua itu dan tidak ada ilmu tentang keibubapaan. Selepas 3 bulan bersekolah, saya dan suami menghentikan persekolahannya. Saya pula masih tidak tahu sumber mana untuk saya rujuk. Walaup