Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2015

LANGKAH MUDAH BINA GALERI DI BLOG

Imej
Assalamu'alaikum semua. (^_^) Oleh kerana saya agak sibuk menyediakan blog khas perniagaan percetakan saya, saya kurang jenguk blog peribadi ini. Perniagaan ini menyediakan khidmat mencetak kad undangan perkahwinan dan surah Yasin untuk majlis tahlil. Kalau sudi menjenguk boleh ke link ini, Put3 Sweet Gallery Semenyih . (*^_^*) Dalam saya memasang "tiang seri" di blog tersebut, saya terfikir, bagaimana mahu meletakkan gambar produk yang banyak di dalam satu album? Kan kalau kita guna blog, gambar yang dimasukkan perlu ditarik ke bawah untuk melihat semua gambar. Ia agak meletihkan jika gambar mencecah puluhan. Saya pun cuba tanya pakcik Google. Walaupun kebanyakan blog di dalam bahasa Indonesia dan perkongsian mereka agak memeningkan, saya teruskan juga klik setiap pautan sehinggalah terjumpa satu blog yang menghubungkan saya dengan satu laman yang memang disarankan untuk anda guna jika mahu bina galeri atau katalog dengan cara mudah. Sangat senang dan prakti

KEMBALI KE DUNIA CETAK!

Assalamu'alaikum semua. Sudah pagi hari. Saya masih belum tidur. Baru selesai memasang tiang-tiang utama blog perniagaan percetakan saya dan adik saya. Hampir 6 jam saya berjaga pagi ini. Beberapa jam lagi sudah Subuh. Inilah hikmahnya ilmu yang diajar di dalam kelas asas blog bisnes. Saya aplikasikan untuk perniagaan saya pula. Sekarang tinggal menyiapkan galeri, mempromosi blog dan membuka fanpage Facebook sahaja. Ringkas saja catatan pagi ini. Mata sedikit berat. Bahu sudah sengal. Pinggang sudah lenguh. Takut terlajak pula solat Subuh nanti. Nak tengok sikit blog cetak saya? Silalah. Klik Put3 Sweet Gallery Semenyih .

HOMESCHOOL VERSI MAMA DIGITAL

Imej
Assalamu'alaikum semua dan salam sejahtera kepada yang bukan Muslim. Hari ini saya berfikir cara bagaimana saya mahu mengajar anak-anak melalui cara digital memandangkan dakwat printer  habis digunakan aktiviti file folder  dan dakwat marker  juga habis dikerjakan anak-anak masa main lukis smiley face  di mangkuk polistrin beberapa minggu lalu. Selepas perah otak sambil urus rutin rumahtangga, saya terpanggil untuk mencari di internet. Sebagai seorang ibu yang kenal komputer seawal usia 10 tahun (jika tidak salah), dunia skrin digital memang sangat sinonim dengan saya. Anak-anak apatah lagi. Mereka kenal komputer dari dalam perut lagi (hamil). Walaupun ramai juga berselisih pendapat tentang pendidikan melalui gajet dan digital ini, saya tidak nafikan keburukannya. Sebagai ibubapa, kitalah yang menentukan apa yang boleh dan tidak boleh ditonton. Saya lebih rela anak-anak menonton kartun daripada menonton filem-filem yang dilakonkan manusia yang sememangnya 90 peratus daripadan

KPI OKTOBER 2015 KELAS ABDR

Assalamu'alaikum. Lama rasanya tidak menaip di sini. Kebelakangan ini saya agak sibuk membaca dan mencari sumber rujukan untuk menghasilkan e-book yang masih belum diberi tajuk. Puan pengasas menawarkan kelas dan penerbitan e-book secara percuma jika saya berhasil mendapatkan sejumlah pelajar baru untuk akademi ini. Ia bernilai lebih RM500. Terasa seperti dicabar. Saya sudah aturkan jadual sendiri untuk mencapai KPI yang ditetapkan. Semoga ada pelajar mahu menyertai kami melalui saya. Dalam masa sama sudah 3 entri yang hampir siap untuk e-book itu. Biarlah ia terperam dahulu dalam laptop. Rezeki manusia Allah sahaja yang tahu kan? Selain sibuk dengan penulisan, urusan rumahtangga dan aktiviti homeschool dalam kumpulan Facebook, saya juga sedang membina laman web khas produk percetakan hasil kerjasama dengan adik perempuan saya dan memasarkan produk-produk akademi serta buku-buku ilmiah. Semoga usaha ini akan membuahkan hasil suatu hari nanti. Allahumma amii

DUNIA CETAK: PERMULAAN PENGLIBATAN SAYA

Imej
Assalamualaikum. Hari ini sekali lagi Facebook mengingatkan saya permulaan penglibatan saya dalam dunia percetakan t-shirt kira-kira 2 tahun yang lalu. Ketika itu saya tinggal bersama adik bongsu saya yang sudah bernikah. Beliau bekerja sebagai seorang pereka grafik syarikat pengiklanan di Kuala Lumpur. Isterinya juga bekerja sebagai pereka grafik di sebuah syarikat percetakan kad kahwin di Taman Putra Kajang. Saya agak kagum melihat kesungguhannya bekerja. Pada siang hari dia akan ke pejabat. Pada malam hari pula dia akan menyiapkan tempahan baju cetak. Saya perhatikan dari awal dia mula melibatkan diri dalam dunia percetakan ini. Dia sendiri menukang dan merekacipta meja mencetak baju sebaik pulang dari kerja atau ada waktu terluang. Berbagai percubaan dilakukan. Baju-baju lama yang tidak digunakan menjadi mangsa hasil cetakan percubaannya. Gigih dan konsisten. Lampu pemanas untuk mengalih imej yang dicetak di kertas ke atas kain yang digunakan untuk mencetak baju juga diusahakannya

10 TIPS RUMAH SENTIASA KEMAS & BERSIH

Imej
Sebagai surirumah seperti saya, menguruskan 3 orang anak sendirian memang rasa seperti nak gila. Apalagi mereka yang mempunyai lebih ramai anak.  Ada hari-hari yang kita rasa huru-hara. Di samping menyiapkan anak-anak, menjalankan perniagaan online dan penulisan, menyediakan makanan tepat pada masanya, kerja-kerja rumah yang ada berkemungkinan besar tertangguh. Walau bagaimana gila pun hidup kita, ada beberapa perkara mudah kita boleh lakukan untuk pastikan rumah sentiasa bersih dan kemas — hanya dalam beberapa minit setiap hari! #1 15 MIN IT SAHAJA Setiap petang, ambil 15 minit untuk mengemas rumah. Bila kita lakukan ini, kita akan tidur dengan rumah yang teratur dan bangun dengan keadaan yang sama. Ini akan menurunkan kadar tekanan atau stress ketika bangun dari tidur, terutama apabila terpandang pinggan-mangkuk yang perlu dibasuh atau permainan anak-anak yang bersepah menanti diletakkan di tempatnya semula. Kita akan rasa menakjubkan apabila dapat membuat perkara ini dalam masa ya

SAKIT PERUT? INI UBAT PALING MUJARAB!

Imej
Oleh kerana hari ni suami mengadu sakit perut, cirit-birit dan sebu, saya ingin kongsi dengan anda satu resepi turun-temurun yang memang belum pernah gagal sepanjang saya amalkan. Resepi yang sangat mudah. Jom baca! Bahan: Beras segenggam. Air suam segelas. Gula / madu. Cara-cara: 1. Basuh beras bersih-bersih. Jangan lupa selawat. 2. Masukkan dalam kuali. Goreng tanpa minyak hingga hitam atau perang. 3. Masukkan beras yang sudah digoreng ke dalam gelas. 4. Tambah air suam dan gula. Madu juga boleh dijadikan pemanis. 5. Siap untuk diminum. Nota: Beras yang keperangan tidak pahit dan sedap dikunyah juga. ********* Selamat mencuba!

1 HARI SEBAGAI PEMBANTU RESTORAN

Imej
Assalamu'alaikum. Hari ini sekali lagi Facebook mengingatkan saya pengalaman bekerja 4 tahun lalu di sebuah restoran makanan. Ketika itu saya tinggal di Taman Kajang Sentral, Kajang, Selangor. Telah 5 bulan hamil anak kedua dan sudah 3 bulan mencari kerja di sekitar tempat tinggal. Entah bagaimana saya "terborak" dengan jiran sebelah rumah saya. Maksud "terborak" ini kerana saya seorang yang tidak keluar rumah untuk menemuramah dan bermesra dengan jiran-jiran. Hidup saya hanya di dalam rumah. Jika keluar pun hanya untuk ke kedai runcit berdekatan bagi membeli barangan keperluan dapur. Jika pembaca pernah menemui saya, memang akan faham bagaimana saya. Saya agak pasif dan introvert, jika tidak kenal. Kesempatan berbual ini hanya terjadi apabila saya dan jiran terserempak ketika mahu masuk ke rumah masing-masing. Melalui perbualan inilah saya diberikan peluang bekerja di restoran ini (rujuk gambar Facebook di bawah). Rupanya saya berjiran dengan seora