Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2015

BERSAMA ANAK-ANAK DI RUMAH MERTUA

Imej
Teks: Ziadah Zainal Abidin Entri: 28 Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pagi ini saya tersedar jam 5 ketika terdengar bunyi orang mandi di bilik air. Pastinya ibu mertua saya. Aleef juga terjaga mahu menyusu. Saya yang masih mamai segera menyusukannya. Aiman pula bangun awal pagi ini penuh semangat. Saya dengar suara ibu mertua saya menyiapkannya ke sekolah dan menyuruh Aiman bersalam dengan saya dahulu sebelum ke sekolah. Saya yang masih menyusukan Aleef pastilah dengan senyuman mencambah semangat buat Aiman, menyambut salamnya dengan peluk cium yang sudah lama saya teringin buat sejak awal dia masuk sekolah. Maklumlah dia terpaksa tinggal dengan neneknya kerana sekolahnya berdekatan dengan rumah neneknya. Nampak air muka semangat Aiman yang senyum saja melangkah le sekolah bersama neneknya. Akif yang sudah turut terjaga dari tidur pula meminta mahu menonton Super Mario dan Ultraman di YouTube. Sukar juga mahu mengajar dia faham rumah neneknya tiada talian internet. Sehi

URUSAN PENDAFTARAN SEKOLAH ANAK TAHUN 1

Imej
Teks: Ziadah Zainal Abidin Entri: 27 Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pagi ini terlepas Subuh. Cuaca sejuklah katakan. Bangun pagi jam sudah menunjukkan pukul 7 pagi. Selepas qadha solat Subuh, segera saya mandikan anak-anak. Hari ini perlu ke kedai fotostat untuk membuat salinan sijil kelahiran Muhammad Aiman, membeli sampul surat bersaiz A4 dan membawa dokumen ke sekolah baru yang Aiman bakal daftar. Selepas menyediakan susu untuk Akif, saya dan Akif bersarapan biskut kering sahaja. Mujur Akif tidak banyak kerenah makan. Apa saya sediakan hari ini, dimakan sahaja. Selesai sarapan baru saya susukan Aleef. Ruamnya masih tidak hilang. Jam 8 pagi masih belum nampak batang hidung ibu mertua saya. Saya segera menelefon. Manalah tahu ibu mertua saya lupa. Katanya selepas bersarapan bersama ayah mertua barulah dia akan ke rumah saya. Tanggungjawab sebagai isteri taat masih sempat dia tunaikan. Hebat mertua saya ini. Begitulah kata hati saya. Jam 9.30 pagi ibu mertua

3 LANGKAH PERTAMA BINA BLOG

Imej
Teks: Ziadah Zainal Abidin Sumber: Koleksi Peribadi dan Google Entri: 26 Tahukah anda hanya dengan 3 langkah sahaja anda sudah boleh mula membina blog sendiri? Saya pasti semua orang mempunyai akaun Google memandangkan kebanyakan orang mempunyai telefon pintar. Ya. 3 langkah sahaja iaitu: Ikuti selanjutnya bersama Akademi Bekerja Di Rumah. Hubungi saya.

HARI PENUH AKTIVITI DENGAN MELAYAN ANAK-ANAK

Teks: Ziadah Zainal Abidin Entri: 25 Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Pagi ini suami ditugaskan ke Perak untuk menghantar pegawai kursus. Usai bersalaman dan meninggalkan pelukan erat tanda beratnya hati ditinggalkan selama 4 hari, saya segera kembali menjenguk anak-anak syurga saya. Muhammad Aleef Azfar sudah bangun. Abangnya Muhammad Akif Aqil memang sudah terjaga semasa ayahnya sedang bersiap tadi. Sama-sama melambai tangan melepaskan pemergian ketua keluarga kami demi rezeki halal lagi berkat. Saya segera mandikan anak-anak. Semasa memandikan Aleef, kelihatan ruamnya semakin menjadi-jadi. Risau hati tapi dengan kesempitan yang ada sebagai ujian, saya hanya sapukannya krim ruam jenama Drapolene yang biasa saya sapukan pada anak-anak jika terkena ruam dan berdoa agar segeralah hilang. Kasihan melihat anak syurga yang belum tahu apa-apa ini derita. Selesai merawat Aleef, saya beralih pada Akif pula yang kelaparan. Selepas menyuapkan makan dan minum Akif

ALASAN MENGGUNAKAN BLOG

Teks: Ziadah Zainal Abidin Sumber: Koleksi Peribadi Entri: 24 Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Semalam menelaah buku Blogspot Step By Step saya tertarik dengan bab pertamanya yang menceritakan alasan menggunakan blog. Terfikir juga, apa alasan saya menggunakan dan belajar menggunakan Blogspot serta kaitannya dengan ABDR. Sebenarnya Blogspot menjadi pilihan ramai terutama bagi penulis seperti saya yang baru mula belajar menulis dan mahu memiliki laman web sendiri dengan percuma. Blogspot sesuai bagi golongan yang sangat-sangat tidak tahu menggunakan bahasa komputer seperti Programming C++ dan Virtual Basic. Antara alasan yang disenaraikan di dalam buku yang saya baca ini adalah: Mudah dipelajari. Mempunyai pelbagai rekaan. Cepat dan mudah. Media pemasaran. Tidak perlu memasang sebarang perisian. Perkhidmatan percuma. Mudah diubahsuai. Semudah heret dan letak. Penggantian alamat domain  secara percuma. Saya pula, walaupun sudah mempunyai buku untuk dija

HARI YANG KURANG BERTENAGA

Imej
Teks: Ziadah Zainal Abidin Sumber: Peribadi Entri: 23 Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah masih lagi bernafas untuk menaip di sini. Hari ini kurang aktiviti bersama anak-anak. Si kecil Aleef masih kurang sihat dan sukar berenggang. Oleh kerana tidak mampu menahan berat badannya untuk saya dukung sambil buat kerja, saya lebih banyak berbaring di sebelahnya. Kadang saya peluk. Kadang saya berbual sambil menyusukannya. Kasihan juga abang-abangnya yang juga mahu dilayan sama. Nasib baik lauk dan nasi sudah siap awal-awal. Kalau tidak, mungkin saya akan panik dan kelam-kabut menyediakan makanan mereka. Lepas makan tengahari, saya bukakan laptop untuk mereka. Sudah saya tetapkan hanya waktu itu sahaja peluang mereka bermain laptop atau menonton kartun kegemaran mereka. Saya bawa Aleef tidur di bilik dengan meletakkan kain basah di kepalanya. Bimbang jika suhunya terlalu tinggi, diserang sawan pula. Menjaga anak lelaki yang demam tidak sama dengan anak pere

HADIAH DARI 'GURU BESAR'

Imej
Teks: Ziadah Zainal Abidin Sumber: Peribadi Entri: 22 Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Semalam guru besar Akademi Bekerja Di Rumah, Puan Masayu Ahmad mengumumkan kepada kami anak muridnya, iaitu 1200 orang pelajar akademi ini akan diberikan hadiah e-book terbaru beliau bertajuk "10 Langkah Mudah Bina Kedai Online". Alhamdulillah. Syukur dan terima kasih kepada beliau yang bermurah hati. Hanya dengan syarat memberi tarikh daftar dan ulasan tentang akademi ini sahaja kami diberi hadiah ini. Tidak sabar rasanya mahu membaca dan mempraktikkan ilmu ini. E-book ini masih berada dalam tangan guru besar kami. Belum berada di pasaran lagi. Insya-Allah akan keluar dalam masa terdekat.

SYUKUR UNTUK KELUARGA KECIL SAYA

Teks: Ziadah Zainal Abidin Sumber: Peribadi Entri: 21 Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Alhamdulillah masih dapat menaip di sini untuk tugasan 44 entri wajib siap yang diberi guru. Petang tadi sementara menanti ketibaan anak sulung saya, Muhammad Aiman yang dihantar neneknya dari Semenyih, saya dan 2 orang anak lagi berbaring-baring sahaja di dalam bilik. Tepat jam 5 petang, mak mertua saya sampai. Kelam kabut anak kedua saya, Muhammad Akif Aqil berkejar ke ruang tamu hingga terlepas bekas biskut kegemarannya dan bertaburan di atas lantai. Teruja betul. Begitulah setiap kali tiba hari Jumaat. Maklumlah, abangnya sudah "terdaftar" di sekolah di Semenyih. Jadi, terpaksalah dia ditinggalkan di rumah neneknya yang lebih dekat dengan sekolah itu, Setiap hari Jumaat masing-masing sudah tertunggu-tunggu untuk bermain bersama. Sepatutnya kami menghadiri majlis kesyukuran yang dianjurkan bapa saudara suami saya malam ini sempena kedai makan yang baru dibukanya. Teta

HARI SAKIT YANG TIDAK SAKIT DEMI ANAK-ANAK

Teks: Ziadah Zainal Abidin Sumber: Peribadi Entri: 20 Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Semalam saya offline  dan tidak muatnaik apa-apa di sini. Saya mahu catat aktiviti semalam pada hari ini. Bangun pagi saya dikejutkan suami untuk berjemaah Subuh. Alhamdulillah masih bernafas. Anak-anak masih tidur. Kami berjemaah seperti biasa. Selesai solat, suami bersiap-siap ke tempat kerja. Saya pula mengemas mainan anak yang bersepah sambil menjenguk ke bilik kalau-kalau Aleef sudah bangun. Selepas bersalaman dengan suami, saya terus ke bilik. Aleef sudah bangun rupanya. Saya susukan sebelum mandikannya. Selepas mandikan Aleef, abangnya Akif pula bangun. Oleh kerana saya perlu menghantar Aleef untuk pemeriksaan rutin di klinik berdekatan, agak mudah menyuruh Akif mandi kali ini. Selalunya, dia akan beri alasan jika disuruh mandi. Hanya waktu keluar dari rumah sahaja dia akan mandi. Jika dipaksa, dia akan meraung-raung seperti orang kesakitan. Oleh sebab saya tidak tahu mem

BERNIAGA KIOSK

Imej
Teks: Zaidah Zainal Abidin Sumber: Peribadi Entri: 19 Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Alhamdulillah syukur masih bernafas dan boleh menaip di sini untuk berkongsi sedikit pengalaman. Perkongsian hari ini adalah mengenai perniagaan kiosk di pasaraya. Imbas kembali kenangan ini yang berlaku pada Oktober 2012. Saya dann suami berjalan-jalan di dalam sebuah pasaraya bernama MetroPoint Plaza di Kajang bersama anak-anak petang itu. Sekadar meninjau dan window shopping mendapatkan suasana sejuk penghawa dingin. Menjadi kebiasaan kami menghiburkan anak-anak dengan cara ini. Berjalan hingga lenguh kaki mengelilingi dan melihat barangan dipamerkan di setiap kedai. Sampai di tingkat 2 pasaraya, kami lihat ada kiosk-kiosk kosong diletakkan di situ. Hanya ada 2 kiosk sahaja yang baru buka yang dikendalikan seorang jurujual berbangsa Cina di setiap kiosk. Sebuah kiosk menjual anak patung dan sebuah lagi menjual aksesori telefon. Mahu juga bertanya berapa harga sewanya tetapi ker

PENERANGAN TENTANG ABDR

Imej
Teks: Ziadah Zainal Abidin Sumber: Peribadi Entri: 18 Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Hari ini saya ingin menerangkan tentang akademi yang saya sertai ini kerana ramai yang masih tidak faham dan tidak tahu tentang akademi ini. APA ITU ABDR? ABDR adalah nama singkatan Akademi Bekerja Di Rumah yang diasaskan oleh Puan Masayu Ahmad. ABDR juga menawarkan kelas-kelas tertentu mengikut kehendak semasa. Kelas-kelas ini termasuklah: Kelas Online Asas Bina Blog Penulisan Belajar menulis secara santai tetapi mengekalkan bahasa Melayu formal. Cara menarik minat pembaca suka baca dan bertandang. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca atau bakal pelanggan. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca untuk datang dan datang lagi. Bergabung dengan lebih ramai blogger di akademi yang sudah mencecah 1200 orang bagi membantu aliran trafik ke blog. Belajar mengetahui teknik yang betul tentang apa yang kita suka tulis. Belajar cara konsisten untuk terus aktif me

5 RENCAH 5 RASA

Imej
Teks: Ziadah Zainal Abidin Sumber: Peribadi dan YouTube Entri: 17 Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Kenapa tajuk catatan saya hari ini macam pernah tengok ye? Ya. Pasti ramai yang pernah menonton rancangan masakan yang disiarkan di TV3 ini yang bertajuk 5 Rencah 5 Rasa yang dikendalikan oleh Chef Shers. Apa yang menarik ingin saya kongsi mengenainya? Memanglah menarik bagi saya kerana Chef Shers ini adalah rakan sekelas saya semasa belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang dulu. Sebagai rakan kelas, sebenarnya saya agak tertarik untuk bercerita mengenai beliau kerana saya tidak pernah melihat beliau memasak ataupun masuk pertandingan memasak di sekolah. Saya cuma pernah belajar Tae-Kwan-Do saja dengannya tetapi tidak habis kerana ayah saya tidak benarkan saya belajar seni pertahanan diri. Mungkin sebab saya sudah cukup garang. Hihi Nama sebenar Chef Shers ini adalah Lian Sher Son. Saya kenal beliau hanya setakat Tingkatan 5 keran

CAR BOOT SALES SEMENYIH

Imej
Teks: Ziadah Zainal Abidin Sumber: Peribadi Entri: 16 Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Semalam saya offline  sepenuhnya. Pagi-pagi sudah bersiap balik kampung suami. Suami saya rancang mahu berniaga di Car Boot Sale , Semenyih. Alang-alang suami nak ke rumah ibunya untuk ambil payung meniaga dan menghantar anak sulung kami, Muhammad Aiman (sekolah berdekatan rumah mertua), suami ajak ke sana terus. Meniaga begini sahaja caranya mencari sedikit rezeki sementara menanti gaji yang entah bulan ini atau bulan hadapan baru dapat. Maklumlah baru diterima bekerja dalam sektor awam sebagai pemandu 6 April lalu. Sampai rumah mertua, orang pertama paling ceria mestilah ibu mertua yang memang sentiasa rindukan cucu-cucu kecilnya terutama yang paling kecil, Muhammad Aleef Azfar (5 bulan). Tak sempat keluar kereta lagi dah menyambut si kecil comel. Suami pula bergegas mengambil payung meniaganya dan selepas bersalaman, terus ke tapak perniagaan. Tinggallah kami di rumah

BELAJAR PENJENAMAAN DIRI DI ABDR

Imej
Teks: Ziadah Zainal Abidin Sumber: Peribadi dan Cik Azuriyah Entri: 15 Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Saya ingin berkongsi lagi perjalanan saya dalam Akademi Bekerja Di Rumah ini. Walaupun baru lagi di dalam akademi ini, saya mula belajar lenggok bahasa aras tinggi daripada senior-senior kelas. Insya-Allah, lagi banyak membaca dan menulis, lagi banyak perkongsian saya yang boleh memberi manfaat pada pembaca. Apa yang saya belajar setakat hari ini di dalam akademi ini ialah meletakkan Allah s.w.t sebagai perkara utama dalam setiap perkara yang dilakukan. Saya juga diberi tips-tips menjemput rezeki yang dipraktikkan mereka. Bertatih-tatih saya dalam bidang ini bersama mereka. Sambil belajar menulis dapat juga belajar bagaimana menjenamakan diri sendiri atau lebih dikenali sebagai online positioning . Pagi ini saya dapat mesej dalam kumpulan rakan sekelas. Guru Anyss minta kami cuba mencari nama masing-masing di carian Google. Apa yang saya jumpa semasa men

MENIAGA BAZAR RAMADHAN

Teks: Ziadah Zainal Abidin Sumber: Peribadi Entri: 14 Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Kali ini saya ingin kongsikan pengalaman saya berniaga di bazar Ramadhan. Mungkin ramai yang ada pengalaman ini. Mungkin juga ada yang baru nak belajar. Pada masa itu, usia saya 10 tahun (jika tidak salah). Ketika itu, bulan Ramadhan. Ibu dan ayah saya bekerja dengan kerajaan sebagai pembantu makmal ketika itu di tempat yang berasingan. Ayah bekerja di Universiti Putra Malaysia manakala ibu pula bekerja di Kementerian Kesihatan di Petaling Jaya. Oleh kerana waktu kerja mereka setakat jam 5 petang, ada masa terluang untuk menambah pendapatan untuk menyara saya dan adik-beradik lain. Masih saya ingat ayah menyewa beli sebuah van terpakai yang entah berapa harganya ketika itu dan kelengkapan memasak serta membungkus untuk berniaga di bazar Ramadhan. Saya sebagai anak sulung pastilah diberi kepercayaan membantu. Pulang dari kerja, ibulah yang akan memasak bersama ayah. Kami berniaga nas

BERJAYA DILETAKKAN BERSAMA BARISAN PENGURUS ONLINE ABDR

TEKS: Ziadah Zainal Abidin Sumber: Pengalaman Entri: 13 Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Alhamdulillah sekali lagi kepada Allah s.w.t yang menggerakkan hati guru online saya yang menaiktaraf saya menjadi salah seorang Pengurus Online dalam Akademi Bekerja Di Rumah. Syukur diberi peluang ini. Terima kasih Allah dan terima kasih guru. Tengahari tadi ketika sibuk melayan anak-anak, terdengar bunyi nada dering mesej dari telefon. Mesej yang memberi saya lebih semangat. Saya sudah diserap masuk ke dalam kumpulan barisan pengurus ABDR. Lebih banyak perkongsian ilmu di situ. Malahan ilmu menjemput rezeki juga disarankan selain ilmu-ilmu lain. Jika ini jalan saya yang ditentukan oleh Allah s.w.t, saya terima dengan hati terbuka lagi berbunga. Belajar memberi supaya boleh lebih menerima. Memberi tidak semestinya dengan wang ringgit. Memberi ilmu adalah jalan terbaik. Semoga saya lebih istiqomah dalam langkah ini. Tak tahu nak taip apa lagi. Hanya syukur. Syukur. Syukur.

ABDR Di Hati ♥

Imej
Teks: Ziadah Zainal Abidin Sumber: Pengalaman Entri: 12 Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Seperti biasa, sebagai ahli Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR), saya perlu mencatat di sini setiap hari sebagai latihan menambahbaik skil mengarang dan berkongsi. Bekerja dari rumah tidak semudah disangka orang yang tidak pernah bekerja dari rumah terutamanya jika belum punyai anak. Inilah cabarannya sebagai surirumah yang melakukan semua kerja di dunia di dalam rumah sendiri. Kenapa semua kerja di dunia? Kerana surirumah bukan sahaja isteri dan ibu tetapi juga chef, guru, pengasuh, pencuci, pembantu fesyen, akauntan dan sebagainya. Hebat kan jadi surirumah? Saya sudah menyandang jawatan ini terlalu lama. Namun rasa lelah itu akan hilang bila semua kerja saya dihargai dengan senyuman dan pertolongan. Apalagi jika anak-anak comel memandang ke dalam mata, senyum dan berkata "Terima kasih" apabila hajat mereka tercapai. Kadang-kadang mereka tidak menyatakannya den

10 TIPS PERKEMBANGAN KANAK-KANAK DARI PAKAR PSIKIATRI KANAK-KANAK

Imej
Teks: Ziadah Zainal Abidin Sumber: saatakukaupilih.blogspot.com, befrienders dan persendirian Entri: 11 Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Kelmarin semasa saya singgah mengintai khabar rakan-rakan di Facebook. Sempat juga baca perkongsian dari seorang bekas rakan kelas saya. Jadi saya pun ikut serta membaca laman tersebut yang menceritakan tentang 10 tips ini. Tips ini dikongsikan dari seorang doktor pakar psikiatri (mental) kanak-kanak. Jangan salah anggap pula psikiatri untuk orang gila saja ye. Sebelum saya kongsi tips-tips tersebut, mari kita fahami dulu apa itu psikiatri. Psikiatri adalah antara cabang ilmu dalam ilmu kedoktoran yang merujuk kepada kesihatan mental seseorang individu. Ia merangkumi corak pemahaman pemikiran dan emosi yang mempengaruhi tingkah laku individu. TIPS 1: KERAP BAWA ANAK MENGENAL ALAM Bawa anak-anak selalu keluar rumah. Biar mereka pijak tanah, pasir, rumput dan sebagainya bagi merangsang kemahiran merasa dan mengenal tekstur alam

RUTIN HARIAN WAHM BERSAMA GOOGLE KEEP

Teks: Ziadah Zainal Abidin Sumber: Pengalaman Entri: 10 Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Hari ini saya ingin berkongsi rutin harian saya sebagai ibu yang bekerja dari rumah. Jadual saya sangat padat. Dari pagi hingga malam. Tiada waktu senggang sebenarnya kerana anak-anak masih sangat kecil untuk saya berehat dari jadual yang sangat padat ini. Jadual ini saya buat mengikut apa yang saya lakukan setiap hari. Saya gunakan aplikasi Google Keep untuk sentiasa mengikut jadual supaya saya tidak 'keluar landasan' kerja dan menjadi kelam-kabut. Cuba lihat dulu. SUBUH Mandi dan pakai pakaian yang menaikkan semangat. Sambil minum kopi / teh / minuman coklat, senaraikan perkara yang ingin dilakukan. Perkara ini bermaksud membuang barangan yang tidak digunakan / sedekahkan pada orang. Ini untuk memastikan keadaan rumah sentiasa 'sedap mata memandang'. Buat sikit-sikit, lama-lama rumah bersih dari barang yang tidak perlu ada dalam rumah. SUBUH BERJEMAAH. Se

HARI GEMBIRA SEKELUARGA

Imej
Teks: Ziadah Zainal Abidin Sumber: Pengalaman Entri: 9 Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah s.w.t yang memberi peluang merasa gembira hari ini. Semenjak suami diterima bekerja dalam sektor awam Isnin lalu, ibubapa kami nampak begitu gembira dan mampu menarik nafas lega. Hasil doa ibu, isteri, diri sendiri dan keluarga serta penjagaan 'tiang agama', nampak sedikit demi sedikit Allah yang Maha Memberi membuka pintu rezeki kami. Hari ini, saya menyambung Projek April menyusun atur rumah dengan dibantu suami. Sambil melayan kerenah anak-anak yang kebelakangan ini sering jatuh sakit selsema, batuk, asma dan demam, sambil mengemas. Bila ada yang dapat membantu ni, ringanlah kerja di rumah ni. Menjelang makan tengahari, saya sempat memasak sambal ayam madu. Menu untuk anak-anak yang kurang sihat. Madu kan makanan sunnah. Syukur. Selesai makan dan solat zuhur, masing-masing berehat. Saya pula berhempas-pulas cuba menidurkan si keci

ANAK KURANG SIHAT HARI JADI SURAM

Imej
Teks: Ziadah Zainal Abidin Sumber: Pengalaman Entri: 8 Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Hari ni agak suram kerana anak-anak saya kurang sihat dan memerlukan penjagaan rapi. Muhammad Aleef Azfar yang baru berusia 4 bulan diserang selsema dan demam dari malam semalam. Tak senang tidur dibuatnya. Tengahari tadi suami minta kebenaran keluar pejabat untuk menghantar anak-anak ke klinik tempat saya bekerja dulu. Klinik Aisha di Seksyen 7, Bangi. Doktor timbang beratnya sebelum memberi preskripsi ubat. 7.1 kg beratnya. Kata doktor, macam budak umur 1 tahun. Memang betul pun. Abang-abangnya tidak sebesar dia semasa bayi. Berat juga tidak tambah 1kg setiap bulan. Cuma dia seorang saja yang berbadan besar dan berat naik ketara. Selepas pemeriksaan doktor, tak sangka pula yang bayi saya ini perlu diberi Neb . Maklumlah. Dia tak pernah demam dan selsema teruk. Sayu tapi comel je tengok reaksi dia masa ambil  Neb . Selesai  Neb , doktor periksa lagi dan beri preskripsi. Gil