Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2015

KACANG

Biarkan saja Bisa hamburan cerca-nya Bisa hembusan sinis-nya Bisa tusukan kata-nya Tuhanmu ada Sentiasa Mungkin kau punya dosa Tak sengaja atau sengaja Lalu itu cara menghapuskannya Dengan cara yang buat hatimu bernanah Hari demi hari, masa demi masa Manusia Biasa lupa Saat enak di dalam genggam dirinya Saat baru tampak puncak jayanya Saat sedang dongak melihat bintang yang hampir di telapaknya Manusia Biasa kesal Saat enak tidak terasa Saat puncak tiba-tiba meninggi jauh Saat tersadung kerna tak nampak apa ada di hujung kakinya Allah Selalu mendengar Selalu melihat Selalu bersama Kepada Dia tempat meminta, segalanya...

PROMOSI E-BOOK DISEMBER 2015: 44 HARI PANTANG

Imej
Anda hamil? Pertama kali? Sudah hampir masa bersalin dan pantang bersendirian? Atau mahu hadiahkan e-book ini kepada rakan dan keluarga yang hamil? Tiada masa nak "punggah" kedai dan pesta buku di luar sana? Mahu jimat kos petrol dan masa? Dapatkan 2 E-book ini!!! +   44 Resepi Pantang Tradisi Melayu +   Panduan 44 Hari Pantang Tradisional & Moden Promosi E-Book Disember 2015 PROMOSI E-BOOK DISEMBER 2015 Dapatkan e-book ini! Harga  RM60 ! Diskaun RM10! Hubungi talian Whatsapp 011-18578412 (Puan Ziadah)

SIAP SEPENUHNYA BLOG BISNES PERCETAKAN SAYA

Imej
Alhamdulillah. Selepas berhempas pulas selama 3 bulan bermula Oktober 2015, akhirnya siap juga blog bisnes percetakan saya iaitu Put3 Sweet Gallery Cawangan Semenyih . Beginilah hakikat bekerja di rumah. Mungkin orang lain lebih pantas dan efisien. Tetapi untuk seoerang surirumah sepenuh masa yang perlu memberi komitmen 80 peratus kepada anak-anak dan urusan rumahtangga, untuk diri saya agak memakan masa menyiapkan sepenuhnya blog dan halaman Facebook. Tambahan lagi suami juga sering ke luar kawasan dan tidak dapat menyediakan waktu untuk saya gunakan bagi menyiapkan blog secepat mungkin. Antara servis cetakan yang disediakan adalah: Kad kahwin Yasin Kotak-kotak cenderahati Baju-T Bunting Banner Kad Perniagaan Buku Tetamu Backdrop Sampul Surat Sebahagian barangan belum saya masukkan gambar kerana lebih tertumpu kepada percetakan kad undangan perkahwinan. Paparan laman blog bisnes percetakan saya. Mungkin ada yang rasa laman ini agak ringkas. Ini kerana saya men

TEMUJANJI KLINIK KESIHATAN KERAJAAN

Imej
Alhamdulillah. Pagi ini bergegas bersama anak-anak dan suami bersiap-siap untuk ke Klinik Kesihatan Kajang. Temujanji si kecil Aleef jam 11 pagi. Kami ambil keputusan untuk datang jam 8 pagi selepas melihat kebaikan datang awal untuk pemeriksaan pada beberapa bulan yang lalu. Selepas Subuh kami sudah siap dan bersarapan sambil menunggu suami yang punch card di tempat kerja dulu. Pulangnya dia, terus kami bergegas ke dalam kereta menuju ke klinik. Sampai di klinik jam 8 pagi. Selepas pendaftaran, saya letakkan buku pemeriksaan di bakul temujanji jam 11 dan ambil tempat duduk. Selang 5 minit kemudian nombor giliran kami dipanggil. "Tunggu bilik 28 ye." Kata jururawat. Terus kami bergerak ke kawasan menunggu. Ramai orang hari ni. Sempat juga berbual pendek dengan salah seorang ibu di situ. Comel anaknya. Orangnya mesra. Bila saya tanya anak ke berapa, katanya anak yang ke-10. Terkejut saya! Hampir 45 minit menunggu sambil melayan anak, nombor giliran kami dipanggil. Pemer

PENGALAMAN SEBAGAI PEMBANTU TADBIR N17 DI SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH, UPM

Dua minggu sebelum tarikh 3 November 2011, satu panggilan telefon meminta saya bersiap-sedia untuk melapor diri di Sekolah Pengajian Siswazah, Universiti Putra Malaysia. Saya hairan kerana saya belum ditemuduga. Saya hanya menghantar borang memohon jawatan melalui ayah saya yang kebetulan bekerja di universiti itu kira-kira 2 bulan sebelumnya. Saya terima pelantikan itu hanya melalui telefon dengan menjawab mahu atau tidak. Pastilah saya mahu merasa bekerja dalam sektor kerajaan itu. Ia peluang yang sangat ditunggu-tunggu semua orang! Tambahan lagi saya tidak perlu temuduga! Macam bermimpi rasanya. Hanya ada dua kemungkinan saya diterima bekerja tanpa perlu temuduga. Pertama, semasa ayah saya menghantar borang tersebut kepada pihak atasan di Sekolah Pengajian Siswazah itu, ayah saya memakai baju uniform universiti. Jadi, ayah saya mungkin dikira sebagai "orang dalam". Kedua, berkat hamil anak kedua saya. Ketika saya menerima jawatan tersebut, saya sedang sarat hami

KISAH SI PERANTAU: KATIL 19 WAD NICU HOSPITAL KAJANG

Ini kisah setahun lalu. 1 December 2014 at 17:23 Catatan petang ini. KISAH SI PERANTAU KATIL 19. Seorang ibu yang kelihatannya agak berumur untuk melahirkan seorang bayi. Namun, Allah adalah pemberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Takdir menentukan bayi ke-2nya ini menghidap leukimia, jantung berlubang dan sindrom down. Bayinya tidak pernah menangis seperti bayi yang lain. Saya juga tidak pernah melihat ibu bayi ini menangis atau mengeluh. Kuatnya semangat seorang perantau... Ya, dia sang perantau dari negara seberang. Umurnya mungkin sekitar 50-an. Bekerja sebagai tukang membersih di Mines, Serdang. Tidak tinggal bersama suaminya kerana suaminya bekerja di Johor. Saya hairan melihat tabah dan kuatnya dia sebagai ibu. Saya tak sekuat itu. Petang ini ibu itu tiada di katilnya. Bos tempat dia bekerja telefon dan ingin berjumpa. Saya hairan lagi.. Bos dia tak tahu ke dia baru bersalin beberapa hari? Saya tanya siapa bos dia. Katanya sebangsa dengan saya. Terdetik

KISAH SI JURURAWAT : KENANGAN SETAHUN LALU

Imej
1 December 2014 pada 21:38 · Kajang · Catatan malam ini. KISAH KERJA/TUGAS/AMANAH. Hari pertama di sini hingga hari ini, sudah lebih 10 kali Aleef "terseksa" dicucuk jarum. Hanya kerana sikap dan cara kerja seorang jururawat yang sangat tidak peka. Nyatanya ia mendatangkan kesusahan hati bukan sahaja pada saya sebagai ibu malahan kepada rakan sekerjanya juga yang terpaksa "membersihkan" kerjanya. Sebagai ibu, saya hairan melihat cara kerjanya yang sangat teruk. Melakukan banyak kerja dalam satu masa namun kesemua kerjanya tidak selesai tetapi menyusahkan orang lain. Salah seorang rakan sekerjanya mengeluh kerana cara kerjanya membahayakan pesakit di mana pesakit2 adalah bayi2 baru lahir. Pada mulanya saya fikir hanya saya yang marah... Alkisahnya, setiap kali jururawat tersebut ditugaskan memberi ubat pada anak saya, pasti berlaku jarum tercabut, bengkak atau tersumbat pada saluran urat tempat masukkan ubat samada di kaki, tangan atau betis. Sehingga kesaba