Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2015

DAH BACA QURAN BELUM?

Imej
Pagi sebelum Subuh yang indah tadi, buka mata, terpisat-pisat sebentar. Langsung berterima kasih pada Allah kerana berhasil bangun sebelum Subuh menjelang. "Alhamdulillahillazi ahyana ba'dama amatana wa ilaihin nusyur." -Doa bangun tidur. Teringat untuk membaca al-Ikhlas. Usai bacaan, langsung ke kamar mandi. Usai membersih diri, sejadah dibentang telekung dipakai. Bersila menghadap ke arah rumah Allah s.w.t. Damai mengalun semuka bacaan al-Quran sebelum kedengaran alunan azan Subuh. Perlahan ditutup al-Quran. Tenangkan diri menjawab setiap seruan dari hati. Usai Subuh, cubaan membaca al-Kahfi seluruhnya. Fikiran terganggu sedikit dek terasa lapar. Bacaan diteruskan. Fikiran terganggu lagi. Sambil membaca sambil menyelak helaian mencari di mana penamatnya suratul Kahfi. "Jauh lagi.", desis hati. Fikiran terganggu lagi. "Bolehkah ditamatkan sehingga habis sebelum Aleef bangun?", soal hati. Bacaan diteruskan. Hampir 1 jam berlalu jika dihitu

KEWAJIPAN MENDIDIK ANAK DAN ISTERI : KISAH ANAK KECIL DAN PEROMPAK

Hari ini tiada perkara menarik. Hanya aktiviti rutin dan aktiviti melayan kerenah Aleef yang bosan kerana abang-abangnya tiada di rumah. Suami juga lambat pulang kerana bekerja lebih masa. Saya cuma mahu kongsi sedikit sahaja hari ini. Tadi saya tonton TV AlHijrah slot Taman Syurga yang dihoskan oleh Syeikh Habib Ali, bertajuk Wajib Mendidik Anak dan Isteri. Saya tertarik dengan kisah yang disampaikan dan mahu berkongsi dengan anda semua. Komen pendapat anda setelah membacanya ya. ******************************************* Slot Taman Syurga - Habib Ali - TV Alhijrah Tajuk: Wajib Mendidik Anak dan Isteri Teks olahan: Ziadah Zainal Abidin Satu ketika, seorang anak kecil dipesan ibunya supaya tidak berkata dusta (bohong/tipu) walau di mana saja dia berada. Anak kecil ini kemudiannya mengikuti sebuah kafilah. Di pertengahan jalan, kafilah ini ditahan perompak. Semua barangan mereka dirampas. Anak kecil ini hanya memerhati sahaja sehingga dia ditanya oleh salah seora

MENCARI TEMAN BIAR YANG BAIK BUDI PEKERTI

Assalamualaikum. Alhamdulillah untuk hari ini. Pagi ni saya perlu ke klinik kesihatan bagi menepati temujanji pemeriksaan kesihatan Aleef. Temujanji pada jam 11 pagi tapi saya datang awal jam 10 pagi. Suami saya hantarkan dan tinggalkan kami berurusan di sana. Akif mengikut suami saya untuk menjemput ibu mertua saya ke Pesuruhjaya Sumpah di Putrajaya bagi menyelesaikan permohonan Rumah Mesra Rakyat. Aiman terpaksa cuti kerana ikut sekali ibu mertua. Jika tidak, tiada orang dapat mengambilnya pulang sekolah nanti. Dalam masa saya menunggu giliran, sempat juga membaca Whatsapp. Masalah ugutan masih berlanjutan. Sehingga bergaduh adik-beradik saya. Sebagai kakak, saya tidak menyebelahi sesiapa. Hanya cuba mengekalkan fokus mereka agar tidak saling menuding jari dan hilang fokus. Ayah bercadang berjumpa ibubapa individu biadab tersebut yang masih mengugut pelbagai perkara sehingga ada pula kaitan dengan dadah. Haih. Semoga Allah berikan jalan terbaik kepada kami untuk menjernihkan

MENGELAK MASALAH DARI MANUSIA BIADAB

Assalamu'alaikum semua. Apa khabar iman? Bertambah ke masih di takuk lama? Moga bertambahlah ye. Amiin. Apa cerita hari ni ye? Saya hari ni duduk rumah semula. Malam semalam ayah dan ibu saya hantar. Kebetulan mereka mahu ke rumah Mak Teh (isteri arwah abang ibu saya). Jadi saya tumpang sekali sebab rumah Mak Teh dekat dengan rumah saya. Seperti biasalah rutin saya bersama anak-anak. Memasak, menonton televisyen, bermain bola, makan minum dan berbual bersama. Aman. Walaupun kadang Aleef meraung, kadang Akif nerengek, itulah suara yang tak akan saya dengar nadanya lagi 20 tahun akan datang. Ya. Apabila usia tua menjengah, anak sudah remaja, pastilah suasana tangis, raung dan rengek itu tak akan ada lagi. Nadanya mungkin berubah menjadi ketawa, serius atau tiada bunyi lagi kerana kurang komunikasi dan masa. Sambung cerita hari ini, petang pula anak-anak layan diri bermain. Saya pula bermesyuarat dengan keluarga di dalam kumpulan Whatsapp. Ia tentang individu biadab (pern

ISTIMEWA OGOS 2015

Imej
Bulan Ogos ini ada 2 promosi dilancarkan oleh akademi. Saya sebagai pengurus online akademi telah mewar-warkan berita ini di laman Facebook, Wechat dan Whatsapp. Hari ini saya war-warkan di blog pula. Bagi mereka yang belum bersedia memasuki kelas dan ingin tahu lebih lanjut mengenai bekerja di rumah digalakkan memiliki promosi ebook bulan ini. Ada 2 promosi pada bulan ini iaitu: 1. Pakej Ebook RM50 dan dapat BONUS Ebook 101 Idea Home-Based Bisnes. 2. Pakej Ebook RM30 (Yeay! Mama Sudah Resign) dan BONUS mana-mana ebook akademi pilihan anda.

HARI YANG SUPER SIBUK DAN SEDIKIT STRESS

Imej
Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. ヽ(^。^)ノ Hari ni saya balik rumah ibu saya di Putra Kajang kerana suami saya ke luar kawasan selama 3 hari. Adik saya yang ambil. Mulanya saya rancang nak menyelesaikan pendaftaran Aiman di sekolah berdekatan untuk Tahun 1 pada 2016 nanti. Saya terlupa yang suami terlupa berikan wang untuk membayar tanda nama dan tali leher yang akan dipakai Aiman nanti. Langsung saya menelefon sekolah untuk tahu samada bolehkah jika menghantar borang sahaja dahulu. Kata guru yang menjawab panggilan saya, lebih baik hantar bersama wang tersebut. Jadi, tak perlulah saya berulang-alik nanti. Oleh kerana tak jadi untuk ke sekolah, saya bawa anak-anak ke rumah ibu saya terus. Alhamdulillah selamat sampai. Terima kasih kepada adik saya yang menumpangkan kami. Ibubapa saya pulang selepas azan Maghrib. Mereka tiba dari Perak (kampung asal ibu saya) dengan 2 guni buah rambutan dan pulasan, isi durian dan beberapa buah tangan lagi. Alhamdulillah. Rezeki itu

MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI DI SURAU AL-ASMAH, TAMAN SRI JELOK

Imej
Assalamua'laikum semua. Hari ni saya dan suami sudah merancang untuk menghadiri jemputan rumah terbuka yang diadakan di surau al-Asmah, Taman Sri Jelok, tempat tinggal kami. Jadi, hari ini saya dapat cuti memasak. Pagi-pagi lagi suami sudah memasak mee goreng basah yang memang menjadi kebolehannya di waktu dia rasa teringin nak masak. Akif jadi orang pertama merasa masakan ayahnya hari ini. Siap menambah. Selera betul walaupun pedas sedikit. Saya hanya membancuh air teh uncang sahaja sebagai minuman pagi. Aiman pula tidak makan mee goreng ayahnya kerana sudah bersarapan biskut coklat cicah air teh. Sambil menonton filem kartun Turbo, sambil bersarapan. Alhamdulillah. Lepas sarapan, mereka masing-masing buat aktiviti sendiri dengan menonton filem dan bermain PS2. Saya pula menyiapkan pakaian untuk ke jamuan tengahari ini. Selesai semuanya, kami pun bergegas ke surau. Ramai orang. Kami sampai lebih kurang jam 1 petang rasanya. Terlupa tengok jam. Menu yang disediakan

KELAS ONLINE WEBINAR BERSAMA AQIF AZIZAN

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Jam 8.30 malam, 7 Ogos 2015, saya terbaca status copywriter terkenal dari syarikat Write To Wealth iaitu Aqif Azizan di Facebook. Yang menarik perhatian saya adalah perkataan percuma. Ya. Kelas online percuma secara live . Dari jam 9.00 malam hingga jam 10.30 malam. Perkongsian beliau kali ini sebenarnya lebih kepada back to basic atau kembali kepada asas. Ini pendapat saya sahaja ye. Pembaca semua boleh rujuk slaid beliau yang saya sempat screenshot di dalam kelas tadi di bawah ye. Selepas pembaca semua membaca dan melihat serta memuatturun slaid ini (minta izin dulu ye), apa yang anda belajar dari slaid-slaid di bawah? Kongsi dengan saya pendapat atau soalan anda. Terima kasih. Di dalam slaid ini, kami (semua penonton termasuk saya) dijelaskan tentang bagaimana syarikatnya membuat kajian memilih pelanggan. Ini boleh dipraktikkan sebelum anda mulakan bisnes anda. Ingat! Setiap eksperimen anda akan memberi keputusan berbez

PENIAGA ONLINE PENIPU?

Assalamualaikum. Hari ni terbaca hal peniaga online penipu di blog nameeroslan.blogspot.com. Cerita tentang penipuan ni, saya teringat kisah masa saya baru lagi dalam dunia perniagaan online ni. Masa tu dropship baru berkembang dalam 30 ke 40 peratus di Malaysia ni rasanya. Kes ni bukan di Instagram macam yang saya baca tu. Kes saya ni di laman Facebook. Masa tu adik saya kerja dengan pengaturcara majlis perkahwinan. Dia belajar solek orang dan memang pandai bab solek-solek ni dari sekolah menengah lagi. Saya tak pandai langsung. Satu hari, saya diminta untuk terima seorang individu yang saya tak kenal sebagai rakan Facebook. Saya terima saja tanpa ada niat apa-apa. Baru kenal Facebook la katakan. Dalam pada memunggah profil timeline individu tersebut, saya nampak iklan produk solekan (eye-shadow jenama MAC dengan warna yang sangat banyak). Saya pun tambah rakan melalui individu tersebut. Saya pun tunjuk kat adik saya ni gambar alat solek tu. Apalagi. Terus dia bayar dan tempah. Or

DISERANG DAN DIUGUT PEMUDA BIADAB

Imej
Alhamdulillah. Assalamu'alaikum semua. Syukur kerana masih bernyawa untuk terus memperbaiki diri dan menyebar kebaikan serta ilmu melalui blog ini. Salam kemaafan pada yang terasa hati (jika ada). Terima kasih pada yang setia membaca. Hari ini kami (saya dan suami) agak terkejut kerana rumah kami diserang individu yang saya kategorikan sebagai bermasalah. Begini ceritanya. Pagi-pagi lagi (jam 7.30 pagi) adik saya telah mesej saya melalui Whatsapp menyatakan beliau akan datang sebentar lagi untuk menghantar simkad dan merujuk saya berkenaan syarikat percetakannya. Saya setuju dan sambil menunggunya, saya meneruskan aktiviti rutin saya bersama anak-anak. Lebih kurang jam 11 lebih rasanya baru adik saya sampai. Dia membawa bersama fail-fail syarikat dan komputer ribanya. Dia mahu menyiapkan laporan tahunan untuk dihantar ke pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri. Walaupun untung tidak banyak dan masih bertatih, syarikat ini sebenarnya mampu berkembang lagi jika kena caran