Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2015

SELAMAT ULANGTAHUN YANG KE-34 BUAT SUAMIKU

Imej
Hari ini adalah ulangtahun suami yang ke-34 tahun. Sayangnya tahun ini kami tidak dapat mengadakan apa-apa acara kerana dia perlu bekerja di luar kawasan. Dia ditugaskan ke 4 buah negeri dalam masa 7 hari bersama seorang pegawai atasan. Entah apa urusannya saya tidak ambil tahu. Yang saya tahu dia bekerja sebagai seorang pemandu yang berhemah dan tanggungjawabnya adalah membawa pegawai-pegawai atasan kerajaan. Semoga sentiasa dalam lindungan Allah s.w.t. Tahun lalu saya mengadakan majlis kecil-kecilan untuknya yang pertama kali saya buat. Lama juga saya rancang. Menunya adalah rendang ayam dan ketupat. Bermula dari pagi saya sudah sibuk di dapur memasak kerana saya turut menjemput saudara-maranya. Dalam hati, takut juga kalau rumah diserbu dan makanan tidak cukup. Saya usahakan mencari sebuah gitar kapok untuknya melalui adik saya sebagai hadiah kerana saya tahu dia sangat suka muzik. Kebetulan harijadinya jatuh pada hari raya ke-4 jika tidak salah. Jadi, ramai orang masih dalam mood

PENSTRUKTURAN SEMULA PAKEJ KELAS ONLINE ABDR

Beberapa hari ini agak sibuk dengan penstrukturan semula pakej kelas dalam akademi ini. Sibuklah para pengurus online seperti saya menyelaraskan semula entri mengenai pakej kelas di blog. Alhamdulillah. Berita paling baiknya, setiap pakej juga ada keistimewaannya. Saya agak cemburu juga kerana masa saya daftar dulu, bonusnya tidak seperti sekarang. Apapun, itulah dinamakan rezeki. Saya bukan sahaja perlu struktur semula pakej kelas. Saya juga sedang berusaha menstruktur semula jadual rutin harian dan mingguan yang sudah tunggang-langgang sejak akhir-akhir ini. Menjadi suri bekerja di rumah ini memerlukan ketangkasan, kepantasan dan disiplin. Keadaan hidup yang makin memaksa ibu-ibu dan suri-suri bekerja mengalahkan kaum lelaki juga menjadikan ramai kawan saya yang terasa mahu berhenti bekerja kerana masa bersama anak-anak sangat terhad dan kadangkala langsung tiada masa. Ia memang sangat menyedihkan. Sedar-sedar saja anak sudah besar dan mulalah episod pelbagai jenis drama

10 JALAN SMA : SISTEM MAZELAN ABAS

Imej
Assalamu'alaikum semua. Senyum. Masih panas hati ke awak semua dengan isu politik semalam? Biarkan sajalah. Usah fokus pada mereka. Kita fokus pada diri kita sahaja sudah. Ok? Hari ni saya nak cerita tentang buku yang saya baru baca. Saya dapat percuma dari rakan setelah saya beli sekeping simkad yang dikatakan mampu menjana pendapatan pasif. Bersama simkad tersebut, saya juga dibekalkan flyers dan buku mengenai simkad tersebut. Bagus juga. Sudah 2 bulan rasanya saya beli simkad tu. Suami saya juga saya belikan. Memang benar pun ia berpendapatan pasif sebab saya sudah terima komisen sebelum raya kelmarin. Berbalik pada buku yang saya baca tu. Tajuknya "10 Jalan SMA" tulisan tuan Mazelan Abas yang juga seorang pengguna simkad tersebut. Tapi dia guna bukan untuk suka-suka saja. Dia guna untuk jadikan perniagaan. Saya pula tidak pasti lagi nak guna untuk apa sebab saya mahu berjaya dulu dalam akademi bekerja di rumah ini. Akhir-akhir ini tak banyak saya kon

BELI PENCETAK HP 1510 DI TESCO, KAJANG

Assalamu'alaikum. Apa khabar agaknya semua selepas raya ni? Saya rasa ramai yang dapat penyakit selsema, batuk dan demam kan? Maklumlah, kebanyakan rumah yang diziarahi menyediakan air sejuk seperti air gas dan ais batu. Kadang-kadang saja ada atau jika ada permintaan, kan? Apapun kondisi kesihatan anda semua, semoga sentiasa dalam rahmat dan keberkatan. Saya baru sahaja diserang sakit 3 serangkai ni selepas sebulan elok darinya. Dalam pada sakit tu, sempat juga memasang printer baru yang suami saya belikan Sabtu lepas. Ikutkan badan yang tidak sihat ni, memang malas nak hadap. Tapi memandangkan belum diperiksa lagi samada elok atau tak, terpaksalah buka juga kotak tu dan pasang printer tu. Alhamdulillah. Saya berjaya pasang mengikut arahan tertera pada buku panduan disediakan. Saya pun cuba cetak dan fotokopi. Semuanya dalam keadaan baik. Tinggal waranti saja perlu diaktifkan melalui online . Kami beli printer tersebut di pasaraya berdekatan rumah dengan harga

KELAS ONLINE BLOG PENULISAN DAN FANPAGE BISNES

Imej
Teks: Ziadah Zainal Abidin Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Sudah hampir 4 bulan saya bersama akademi ini. Banyak ilmu yang dikongsi dengan arahan serta tunjuk ajar yang tiada had. Seperti yang dinyatakan di dalam ebook Super WAHM, Super Mom, ibu yang beranak kecil seperti saya jauh lebih lambat bergerak. Ia memang kenyataan. Komitmen terhadap bayi tidak dapat dijangka. Semua suri juga sedia maklum hal ini. Saya mula berkenalan dengan guru online saya ketika saya terkontang-kanting mencari ilmu kira-kira demi mempertahankan perniagaan percetakan saya yang baru berusia lebih kurang 1 bulan suku akhir tahun lepas (2014). Permintaan yang tinggi secara mendadak menjadikan saya tidak menang tangan mahu membuat kira-kira kos, pengurusan perakaunan, promosi, jualan, pentadbiran dan sebagainya sendirian. Salah saya yang memilih orang 'kapal' saya tanpa menyiasat dan memandang masalah yang bakal timbul nanti. Sayangnya saya terlupa tentang kelas yang guru Anys pr

AIDILFITRI 2015

Imej
SELAMAT HARI RAYA SAYA UCAPKAN KEPADA SELURUH UMAT ISLAM. ヽ(^。^)ノ

RUTIN AIDILFITRI

Assalamu'alaikum. Hari ni tiada aktiviti menarik pun nak saya kongsi. Banyak baca status kawan-kawan di Facebook je. Ramai yang dah mula balik kampung. Pengetua ABDR pun ada bertanya semua ahli. Suami saya orang Semenyih, Selangor. Saya pula anak jati Kajang, Selangor. Jadi, nak balik kampung tu, tak perlu bergaduh bercekau bagai. Biasanya saya akan ikut suami balik kampung dia dulu di Kampung Pasir Baru, Semenyih. Lepas tu, bawa mertua, anak-anak dan adik-adik ipar beraya rumah saudara-mara suami. Kalau mertua sudah letih dan tiada tempat lagi mahu dituju, barulah kami ke rumah ibu bapa saya pula yang tinggal di Taman Putra Kajang. Adik-beradik keluarga ibubapa saya jauh-jauh. Jadi, kami sekadar beraya rumah ibubapa saya saja. Bila ada rezeki lebih, barulah ikut bapa saya ke Felda Air Tawar 5, Kota Tinggi, Johor untuk menziarah nenek saya. Begitulah rutin raya saya dan suami. Tak pernah lagi gaduh pasal nak balik mana dulu. Alhamdulillah. Mata saya sakit semul

PERSIAPAN MENYAMBUT AIDILFITRI

Imej
Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Lama sangat 'cuti' menaip blog. Apa pun sebabnya, biarkanlah. Alasan je semua tu. Jadi, apa khabar rakan dan sahabat semua? Bagaimana dengan persiapan menyambut Syawal tahun ini? Sebenarnya tahun ini saya tidak bernafsu untuk membeli-belah baju raya dan kuih raya. Tetapi dek kerana paksaan suami untuk bergaya pada hari raya yang memang sudah menjadi rutin dari awal perkenalan kami, saya ikutkan sahajalah. Pagi-pagi suami sudah bersiap-siap bersama anak-anak untuk keluar membeli-belah. Sayalah yang menjadi tempat rujukan suami untuk ke mana membeli. Saya cadangkan untuk ke Plaza Metro Kajang kerana ibu mertua saya cadangkan kami ke situ beberapa hari yang lalu selepas membeli baju raya adik ipar saya. Murah dan cantik katanya. Sampai di Plaza Metro Kajang, kami 'cuci mata' sebelum membeli. Selepas belikan anak-anak makanan untuk 'alas perut', mulalah aktiviti mencari dan memilih baju yang sesuai. Bertaw

NUZUL QURAN YANG MENGUNDANG TETAMU

Assalamu'alaikum pembaca (kalau ada la). (^.^) Hari Nuzul Quran hari ni, ramai pula tetamu datang tanpa diundang. Mula-mula datang pagi tadi, adik ipar (lelaki) saya yang masih solo, mengambil topi keledar yang tertinggal selepas dia datang menghantar Aiman semalam. Tengahari, makcik pakcik suami datang menghantar kabel pencetak ( printer ) untuk saya install ke dalam komputer mereka yang sedang dalam proses format kerana sistem operasi Windows yang digunakan tidak sesuai dengab komputer mereka. Petang pula, adik-adik saya pula datang bersama anak susuan saya, mengambil baju-baju mereka yang tertinggal semasa berpindah ke rumah ibubapa saya. Rumah memang riuh sekejap, senyap sekejap. Bila ada tetamu, anak-anak memang serta-merta jadi aktif. Bila pulang tetamu, kurang sikit aktifnya. Cuma Aleef yang masih kecil (7 bulan) saja akan terpinga-pinga jika ada tetamu. Jika tiada tetamu, saya perlu awasi dia kerana sudah mula pandai merangkak dan cuba berdiri dengan memaut tepi-