WAYAR INTERNET DIGIGIT TIKUS

Teks: Ziadah Zainal Abidin
Entri: 38

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Syukur untuk rezeki yang murah minggu ini.

Hari ini suami pulang agak lewat. Saya fikirkan dia melepak bersama kawan sekerja. Rupanya dia sudah terima gaji yang tertangguh 2 bulan. Jadi, dia terus ke kedai telefon untuk membeli telefon bimbit baru untuk kemudahannya bekerja dan berhubung. Betapa syaitan itu berusaha supaya saya berburuk sangka dengannya. Astaghfirullahal azhim.

Dapatlah saya menggunakan kembali telefon saya yang dihadiahkannya 2 bulan lalu semula untuk berblog dan berniaga. Alhamdulillah lagi sekali.

Memandangkan talian internet tanpa wayar atau wifi rumah saya sudah terputus kerana digigit tikus, saya terpaksa tangguhkan semua aktiviti atas talian sehingga pihak Telekom memasang semula wayar baru.

Syukur untuk hari ini. Semoga esok dan seterusnya menjadi hari yang menggembirakan juga. Terima kasih Allah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PENGALAMAN SEBAGAI PEMBANTU TADBIR N17 DI SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH, UPM

BERNIAGA KIOSK

PENGALAMAN PERNIAGAAN PERCETAKAN